http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

didenda sebab gugur kursus pada minggu ke-7

By 2:30:00 PM

didenda sebab gugur kursus pada minggu ke-7

Al-kisah... Saya ingat lagi masa tu minggu ke-2 kuliah, saya nak drop subjek Bahasa Arab I di laman web pelajar - Sistem Maklumat Pelajar (SMP) sebab Ustazah kataa.. pada sesiapa yang sudah ambil Bahasa Arab pada masa sekolah menengah, dah tak boleh ambil dah kat universiti. So saya pun redho lah walaupun saya nak sangat ambil bahasa Arab.

Saya login SMP. Lepastu saya klik tanda pangkah (untuk gugur subjek) di bahagian pendaftaran tapiii, tak berjaya. Please try again lah, connection mende mende lah.. system macam ada problem time tu. Saya pun fikir .. nanti lah try balik. Tapiiiii! Saya terlupa terus untuk bukak balik SMP untuk gugurkan kursus tu selepas tu. Adoii.

Saya pun tak tahu lah macam mana boleh terlupa .Saya ingat saya dah drop. So saya pun tak de lah nak pergi kelas Arab. Test 1 pun saya tak ambil. Saya completely ingat saya dah drop Arab.

Pada minggu lepas (minggu ke-6) ..saya tergerak hati nak buka balik SMP untuk check waktu kredit subjek yang saya dah pernah ambil. Bila bukak.. saya tengok ada nama subjek Arab I kat situ. Ya Allah! Kenapa ada lagi Arab kat situuu!!! Bukan ke aku dah dropp! Homai homai homaii. Fuhh tarik nafass. Mengucap sikitt.

Saya pun terus call bahagian Akademik UPM untuk bertanyakan pasal ni. Staff tu kata kalau nak gugurkan kursus selepas minggu ke-2 hingga 7 kena denda RM50.00. Saya kena pergi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM ambil notis arahan bayaran dan bayar RM50 di bahagian Bendahari UPM. Lepas dah bayar tu kena pergi balik BHEP untuk cop. Dan selesai! Subjek Arab saya pun  sudah digugurkan dengan jayanya dan sedihnya. (sedih sebab melayang RM50 haha)

didenda sebab gugur kursus pada minggu ke-7
Notis Arahan Bayaran

didenda sebab gugur kursus pada minggu ke-7
Gigih pergi bayar denda di Bahagian Bendahari UPM
Pheww. So kot kot siapa yang jadi macam saya ni, jangan panik. Kalau tak tahu nak buat apa boleh call bahagian Akademik BHEP dulu di no telefon 03-89466059/060. 

Yang penting benda-benda macam ni jangan tangguh-tangguh. Sebab kalau jadi macam kes saya ni.. kalau lah sampai minggu ke-8 saya baru sedar saya tak drop Arab lagi.. alamatnya saya takleh nak drop dah Arab ni walaupun kelas semua saya tak pergi. Gagal lah macam tu kiranya kan. Pastu kena repeat satu sem pula sebab kena repeat subjek Arab ni hadoii ..nauzubillah!

You Might Also Like

3 comments

  1. Muda muda dah lupa..mujur rm50 je..hehhe

    ReplyDelete
  2. Nasib la tergerak hati nak buka kan. Takpe biar melayang duit jgn melayang markah. Goodluck ya! :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.