Hukum menutup aurat ketika membaca Quran

by - April 15, 2016

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran

Ramai di antara kita yang masih confuse. 
Aku baca Quran ni kalau pakai telekung bahagian atas je ..tapi kain telekung bahagian bawah tak pakai boleh ke? 
Aku pakai tudung time baca Quran... tapi berlengan pendek boleh ke?
Aku tutup kepala pakai tuala, tapi kaki terdedah... boleh ke?

Dan saya pula biasanya lepas solat ..baca Quran. Then tanggal kain telekung, tapi telekung bahagian atas biarkan je. Kekadang macam terfikir jugak, boleh ke aku pakai camni time baca Quran, sopan kah?

Kawan saya sorang ni pula pernah gak baca Quran tak pakai tudung pun. Maksudnya free hair la time mengaji tu. Dia ada tanya jugak kat saya ..boleh ke?

And that's why.. Saya tulis entri ni.

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran
hukum menutup aurat ketika membaca Al-Quran

soalan:

Bolehkah saya membaca Quran tanpa tutup aurat dalam bilik sendiri?


jawapan (Ustaz Azhar Idrus):

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran adalah sunat, Bukan wajib. Apa makna aurat?

Aurat : anggota badan yang wajib kita tutup.

Daripada siapa kita wajib tutup? Dari orang yang haram melihat sahaja. 

Daripada Quran? Tak wajib. 
Daripada kitab? Tak wajib. 
Daripada masjid? Tak wajib. 
Daripada binatang? Tak wajib. 
Daripada malaikat? Tak wajib. 

Hanya wajib tutup aurat pada manusia ataupun orang yang tak boleh lihat. Tu lah makna aurat.

Yang kata haram bertelanjang - daripada penglihatan orang. 

Baca Quran -> sunat menutup aurat -> tanda menghormati Quran

Kalau dia pakai seluar pendek ketika membaca Quran? Tak dosa tetapi kurang fadhilatnya (kelebihan).

Hukum menutup aurat ketika membaca Quran
Bacalah Al-Quran
So...pilihan berada di tangan andaa. 

Sekian terima kasihh :)

You May Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p