Hukum Menyambut APRIL FOOL dalam Islam

by - April 01, 2016

Hukum Menyambut APRIL FOOL dalam Islam

Siapa yang tak tahu kan? Rasanya satu dunia tahu 1 April ialah Hari April Fool - hari di mana kalau kau nak buat jahat/nakal memang hari ni lah yang terbaik. Kot? Ye ke? 

Boleh ke tak sebenarnya orang Islam sambut April Fool ni? Boleh ke kita, para muslim dan muslimat membuat jokes/prank April Fool kat orang lain?

Hukum Menyambut APRIL FOOL dalam Islam
April Fool's Prank
credit foto : valentinedayquotesimages.com

Ustaz Azhar Idrus

Soalan : Boleh ke menyambut Hari April Fool ni?

Jawapan : April Fool-Hari Mempersendakan Orang. Ulama-ulama setuju Hari ini ( 1 April) diharamkan kita sambut April Fool. Bukan hak kita. Bila Saidina Umar masuk Islam sampai perayaan orang Musyrikin, Saidina Umar bersedih. Dengar kat Kaabah. Nabi tanya kenapa bersedih? Saidina Umar jawab dulu time kafir, boleh beraya macam ni (Raya Kafir). Rasulullah kata jangan sedih.

Allah beri kita(orang Islam) dua Hari Raya. Raya Puasa & raya Korban. Cukup lah. Tak payah raya-raya hak lain. 

April Fool ni memperbodohkan orang. Dia letak baldi atas pintu bilik air. Dia bubuh air penuh. Kawan dia bukak pintu, baldi tu molek pusing. Nasib baik air je yang jauh, kalau baldi-baldi sekali jatuh, patah tengkuk kawan tu haha. 

Islam haramkan hari April Fool.


.......

Hukum Menyambut APRIL FOOL dalam Islam
Adoii ni betul punya lawak prank April Fool.

Dulu time sekolah rendah memang tak tahu pasal hukum hakam agama ni kan. So, memang saya suka la duk usik kawan lepas tu jerit APRIL FOOL! Hahaha. Ada juga kawan yang kenakan saya balik cissskek! Tapi tu time dulu lah. Time sekolah rendah. Time hingus masih keluar leleh leleh lagi. Jahil lagi. Hahaha.  Sekarang ni, dah tahu hukumnya kena la duduk sopan bersimpuh gituu :P

Tapi kalau nak difikirkan pun, manusia-manusia yang bukan Islam yang sambut April Fool ni bukannya baik sangat pun pada hari-hari selain dari hari tu kan. Bukannya mereka buat jahat kat kawan pada 1 April je, hari lain pun kot kot mereka ada buat jahat juga. Tapi time hari bertarikh 1 April tu macam mana ntah sel-sel jahat berkembang dan bercantum dalam otak membuatkan mereka lagi kejam dan dahsyat laa perangai jahat nya tu haha.


Ohh 1 April juga ialah Anniversary GST kan kan hahaha adoii. 
Ada orang tanya jugak.. GST ni salah satu prank April Fool juga ke? Haha macam-macam.

Sekian, wassalam :)

You May Also Like

2 comments

  1. thanks sharing dik...betul tu..tak payah nak fikir pasal april fool sebab itu bukan budaya kita kan

    ReplyDelete
  2. Kita buat je budaya kita dan agama kita...smoga rmai yg tahu hukum april fool ini...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p