http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

KUMPULAN LENGKUAS MENANG TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN MASTER CHEF FAKULTI SAINS

By 10:13:00 PM

KUMPULAN LENGKUAS MENANG TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN MASTER CHEF FAKULTI SAINS


Whoaaa tahniahhh Kumpulan Lengkuasss yang ahlinya terdiri daripada Nadhrah, Syahirah, Nasuha & Salwa! Perghhh jangan tak percaya. Kumpulan Lengkuas memenangi tempat ke-4 di antara 21 peserta dan mendapat hadiah kumpulan tergempak sebab masakan mereka dapat full marks tau! Hebak wehh hebakkk.

Apa yang hebaknya lagi? Pesaing mereka bukan calang calang juga orangnya. Turut serta-pensyarah Fakulti Sains dan staff Fakulti Sains. Perghhh hebak la tu. Lecturer dan staff mesti lah berpengalaman dalam memasak kan lagi-lagi kalau ada anak, yang selalu masuk dapur. Kalau saya laa jadi ahli Kumpulan Lengkuas ni mahu kurang confident gak tengok pesaing-pesaing yang hebat ni. Tapi seeee.. mereka berani masuk pertandingan ni malah berjaya mendapat tempat ke-4 fuhh!

Ni laa muka-muka ahli Kump. Lengkuas yang tulus murni ..siap pakai topi tinggi ala-ala chef gituuu. Tapi Nad kata sekejap je pakai topi tu sebab asyik terbang dek angin je time memasak hahaha.

KUMPULAN LENGKUAS MENANG TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN MASTER CHEF FAKULTI SAINS
ahli Kumpulan Lengkuas

Program Master Chef Fakulti Sains ni anjuran Jabatan Matematik, Fakulti Sains. Diadakan pada harini 5 April 2016 bertempat di Ruangan Foyer, Fakulti Sains 2:30 petang. 

Yang sedihnya saya tak dapat nak bawak banner pelanduk sokong mereka sebab time pertandingan ni saya ada kelas Myanmar sobsob. Kalau saya datang sokong nih mesti mereka boleh dapat tempat pertama disebabkan aura comel saya muahaha.

KUMPULAN LENGKUAS MENANG TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN MASTER CHEF FAKULTI SAINS
Borang penyertaan Master Chef

Macam biasa la kan. Kalau dekat Masterchef TV tu, bahan-bahan memasak semua dah siap disediakan. Tinggal nak berebut dengan peserta lain je. Sama lah juga konsep nya dengan Master Chef Fakulti ni.

Setiap kumpulan diberi satu box. Dan dalam box tu ada AYAM mentah. So, tema nya ialah masakan yang lauknya ayam. Tak kisah la nak buat gulai ke kari ke apa ke. Yang penting kena masak ayam tu. Dan kumpulan Lengkuas memilih untuk memasak ayam masak merah.

Kata Nad, mereka menggoreng ayam selama 15 minit. Tumis bawang semua 10 minit. Plating kasik cantik 5 minit. So total semua cukup-cukup 30 minit seperti masa yang diberikan oleh pihak penganjur.

KUMPULAN LENGKUAS MENANG TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN MASTER CHEF FAKULTI SAINS
Ayam masak merah

Yang mereka tak sangkanya dan saya pun kagum.. Mereka mendapat full marks/score untuk rasa  ayam masak merah yang sangat sedap. Mereka ingat Chef dari luar Negara yang jadi juri tu bergurau je, rupa-rupanya betul! Hahaha daebakk. Tapi bukan Chef dari Luar Negara tu je yang jadi juri, ada lagi 4 juri yang turut sama menjadi juri-memberi markah.

KUMPULAN LENGKUAS MENANG TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN MASTER CHEF FAKULTI SAINS
Hamper best tuuuu~

KUMPULAN LENGKUAS MENANG TEMPAT KE-4 PERTANDINGAN MASTER CHEF FAKULTI SAINS
Yang pakai kemeja coklat tu ..juri yang dari Luar Negara tuu hehe

Tahniah Kumpulan Lengkuassss! Korang memang awesome!

You Might Also Like

1 comments

  1. seronok nyer aktiviti gini.
    dedulu time belaja takde gini.
    sebab ye la, time tu masterchef tak wujud lagi :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.