http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Nad, sorry terkunci bilik kita tadi.......

By 11:41:00 PM

Nad, sorry terkunci bilik kita tadi.......

Al-kisah pagi tadi..

8.30AM 

Tengah siap siap make up, nak pakai tudung. Kelas pukul 9 pagi. Tengah pakai tudung tu, Nad (roomate) pesan.. "Kakcik..kau jangan kunci pintu tau."

Saya balas "Okayy okay."

Nad pun ambil baldi berisi alatan mandi dan berlalu pergi ke bilik air untuk mandi.

8.48AM

Agnes whatsapp "Kakcik jom"

Saya tumpang kereta Agnes pergi ke kelas. Kalau dia tulis 'jom' tu maksudnya 'okay dah siap. jom turun pergi kereta.'

Saya pun off laptop, ambil beg, pakai stokin dan keluar dari bilik. Dan sebelum keluar bilik tu dengan confident nya saya pergi kunci pintuuuuu! Saya langsung lupa Nad kat bilik air tu. Memang lupa habis! Saya pun lepas kunci, keluar bilik, pakai kasut pastu blah turun naik kereta Agnes. Dan berlalu pergi ke kelas.

OTW KE KELAS. DALAM KERETA.

Ada orang call saya. Tertera nama Wanie. 

"Aik kenapa Wanie call aku pagi-pagi ni?"

Time tu serius saya tak ingat lagi yang saya dah terkunci Nad kat luar. Huwaa.

"Kakcik.. aku ni Nad. Kenapa kau kunci pintu?"

Ya Allahhh. WHATTTTT .???!!!!!!!!! *muka terkejut beruk, beruk pun takde muka terkejut macam tu*

Nad, sorry terkunci bilik kita tadi.......
sorry, forgive me
Memang tak boleh nak patah balik, so suruh Nad tunggu kat bilik Wanie selama hampir satu jam jugak. Nasib baik la kelas 1 jam je. Sian Nad sobsob. Sorry Nad. Serius sebelum ni mana pernah terkunci macam ni. Harini je haihh terrrrkunci.

Nasib baik la Nad punya mood okay pagi tadi. Cool je hehe. Thankyou Nad. Muah ciked.

You Might Also Like

5 comments

  1. salam saya pun pernah terbuat macam ni , kes saya, saya tak tahu rumate pergi mandi , naseb baikk bilik bawah, jiran tolong panjat hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..dia pesan time kita tgh buat keje sb tu jadi cmtu..fikiran kita ke lain, x masuk dlm otak....kesian nad...hihi

    ReplyDelete
  3. Kesian kawan kak chik. Saya pernah kunci rumah, pastu keluar. Abah balik, tak boleh masuk dan terpaksa pergi masjid dulu tunggu anak anak dia balik. Hehe

    ReplyDelete
  4. Lain kali jgn pesan.. selalunya mcm tu lah.. haha xpe boleh jdkan kenangan. Huntungla kawan kakcik tu x ngamok..kan.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.