http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

saya pernah tipu tak boleh nak jalan kecik-kecik dulu

By 10:40:00 PM

saya pernah tipu tak boleh nak jalan kecik-kecik dulu

Masa kecik-kecik dulu korang pernah menipu tak? Saya pernah ..

Sekali tu saya pernah-masuk dalam bilik, kunci bilik lepastu ... baca alfatihah dan surah kuat-kuat sambil baring kat kerusi, goyang goyang kaki..konon konon tengah solat la. Hahaha. 

Yela saya dilahirkan dalam keluarga yang umi(mak) dan abi(ayah) yang agak alim. Kami solat jemaah pada setiap kali masuk waktu solat. So, memang tak boleh nak lari tak solat sama kecuali kalau berak atau alasan lain yang munasabah. Memang kalau hampir hampir dah azan, umi akan suruh anak-anaknya ambik wuduk, siap-siap bentang sejadah solat sama sama. Alhamdulillah. 

Kami adik beradik kecik-kecik dah diajar dengan solat ni. Paksa solat. Kalau tak solat, mahu kena tibai dengan abi. Abi garang wohhhh. Tengok muka abi pun dah kecut rahim haha.

Tapi tu lah kan. Masa kecik-kecik kan memang tak berapa nak suka solat ni hahaha. Tu yang baca kuat-kuat dalam bilik sambil pintu kunci act like tengah solat laa haha adehhh lawak gilos lah.

Okay tu satu.

Lagi satu yang paling saya ingat - saya buat buat tak boleh nak jalan. Sebab jari kaki saya sakit (memang ada kesan bengkak/benjol dekat jari kaki saya tapi takdelah sakit mana sampai tak boleh nak jalan pun). 

So, saya merangkak je lah macam baby sebab tak boleh nak berjalan. KONONNYA.
Kalau nak berdiri pun, kena ada bantuan orang atau kena pegang something seperti meja ke..kerusi ke... KONONNYA.

Sebab apa saya buat-buat tak boleh nak jalan? 
Sebab saya malas nak solat berdiri. 
Kalau sakit kaki, tak boleh berdiri.. soooo, ada lah alasan untuk solat duduk. Solat duduk senang sikit daripada solat berdiri. 

Choiiii sangat alasan tu kan! Hahaha. Tapi memang betul saya pernah buat macam tu. Takde lah lama pun. Tak sampai berapa hari pun rasanya. Masa tu ermm umur saya berapa ek. Tadika ke ek? Ke belum tadika lagi? Saya tak berapa pasti. Tapi memang time tu saya kecik lagi lah.

Dan sampai sekarang saya tak tahu keluarga saya tahu ke tak saya menipu masa tu. Saya rasa macam tahu sebab ermm.. Saya pernah terkantoi ..kot.

Saya masa tu tengah pakai telekung. Dalam bilik. Depan almari. Saya mungkin lupa yang saya tengah berlakon tak boleh berdiri. Saya pun slumber (tak kisah) je pakai telekung sambil berdiri. Lepastu saya pandang belakang .. saya tengok adik beradik saya tengah tengok saya kat pintu bilik! Homaii. Saya pun terus macam buat-buat pegang kat almari. Ala-ala macam nak jatuh. KONONNNYA.

Tapi tu lah. Saya tak tahu saya dah kantoi ataupun tak .. sebab lepastu macam adik beradik saya takde pun kata pape.

Tapi kalau betul lah terkantoi kan.. mesti kelakar gilos keadaan saya time tu. Berlakon buat buat tak leh nak berjalan. Merangkak macam apa jee.

Sebab satu je saya buat semua tu - Malas nak solat berdiri.

Tapi tuu time kecik la. Time JAHIL sangat tu. Sekali tu je buat-buat sakit jari sangat. 
Dah besar-besar ni takdelah nak buat perangai senonoh macam tu kan. Hahaha.

 saya pernah tipu tak boleh nak jalan kecik-kecik dulu
The memories are...fly fly awayy

Saya bukan nak bukak pekung di dada sendiri tapii... 
mengimbau memori zaman kecik dulu dulu je. Heheh 
#jangankecamsaya #jangantiruaksiini

You Might Also Like

5 comments

  1. Wakakaka.. Nakal gak KC nie kecik2 ye..setiap kita ada cerita tersendiri.. Kikikiki..

    ReplyDelete
  2. Hahaahhaa ... Pernah je jugak berlakon sbb tak nak sembahyang. Masuk bilik, angkat takbir tuu kuat je sebut Allahuakbar. Hakikatnya duduk atas katil. Haha

    ReplyDelete
  3. Hehe.. Zaman budak-budak yang sangat indah dikenang...

    ReplyDelete
  4. KC takde cita-cita nak jadi pelakon ke

    ReplyDelete
  5. Zaman-zaman jahil,bila diingat balik kelakar jugak. Entah ape la kita fikir dulu kan? Haha.
    Tapi awas dah besar gini buat hal mcm tu lg.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.