http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

sekolah dulu.. kalau tak masukkan peribahasa dalam karangan rasa macam.......

By 11:13:00 AM ,

sekolah dulu.. kalau tak masukkan peribahasa dalam karangan rasa macam.....

Saya ingat lagi masa sekolah dulu. Time nak buat karangan Melayu je, mesti fikir peribahasa Melayu apa lah nak masuk dalam karangan ni. Yelah kalau ada peribahasa, cikgu bagi extra marks. So, di mana boleh sumbat peribahasa/pepatah/simpulan bahasa, saya sumbatkan aje haha.

Tapi peribahasa yang saya biasa tulis ialah yang kat bawah ni. Kira macam..peribahasa-peribahasa bawah ni dah memang ada dalam otak la. Tinggal nak selit selit dekat tempat yang sesuai je. Yang lawaknya, kawan-kawan pun guna peribahasa yang sama. Memang popular la senarai peribahasa kat bawah ni. 

1. Meluntur buluh biarlah dari rebungnya

maksudnya : mendidik atau mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula dari kecil, jika sudah besar susah untuk dibentuk.

2. Alah bisa tegal biasa

maksud : perkara yang sukar apabila kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir

3. Bagai mencurah air ke daun keladi

maksud : pesanan atau nasihat yang tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar

No 1,2 dan 3 ni biasa saya guna dalam karangan yang bertemakan mendidik atau mengajar. Mendidik anak-anak, mendidik pelajar. Selain tu, karangan yang membincangkan cara menangani masalah sosial atau budaya kurang baik seperti dadah, rogol, pembuangan bayi, dan lain-lain memang sesuai kalau nak selitkan peribahasa-peribahasa ni. 


4. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

maksud : bagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga

5. Hangat-hangat tahi ayam

maksud : bersungguh-sungguh pada awalnya sahaja, tapi tidak bersemangat atau tidak habiskan hingga ke akhir.

Haaa no.4 & 5 ni sebenarnya takde lah selalu sangat saya guna, tapi kalau diarah buat karangan yang berunsurkan kisah yang direka sendiri (fiksyen), haaa boleh la selit peribahasa ni.


6. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang ke tepian

maksudnya : supaya mendapat kesenangan di masa hadapan, harus berani bersusah payah dahulu.

7. Bagai aur dengan tebing

maksud : hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling bantu-membantu

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

maksud : menghadapi susah dan senang

No. 6,7 dan 8 ni memang favourite ramai student. Peribahasa-peribahasa yang ni biasanya diaplikasi dalam karangan yang bertemakan kejiranan, kerja berkumpulan, gotong-royong, kerjasama dan sifat tolong-menolong antara satu sama lain.


9. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

maksud : hanya kerana salah seorang, sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.

10. Nasi sudah menjadi bubur

maksud : sesuatu hal yang sudah terlanjur terjadi dan tidak dapat diubah lagi

11. Sudah terantuk baru terngadah

maksud : sudah ditimpa musibah baru hendak bertuah

No 9,10 & 11 ni pula biasa diselitkan dalam ayat yang kita nak tunjuk akibat kalau tak bersungguh-sunguh dalam membanteras sesuatu hal atau kesan bila suka membuat masalah/onar/benda buruk.

sekolah dulu.. kalau tak masukkan peribahasa dalam karangan Melayu rasa macam.....
kalau dapat masukkan peribahasa walaupun satu dalam karangan, rasa macam bagus sangat dah hahaha

Perghh boring betul entri ni kan hahahaha. Saya sebenarnya just nak share je peribahasa apa yang biasa saya selalu guna dekat sekolah dulu. Dan bagi saya, kalau tak masukkan sekurang-kurangnya satu peribahasa dalam karangan, rasa macam loser gila lah hahaha. Kalau tak ada peribahasa dalam karangan rasa macam tak lengkap je karangan tu nak hantar kat cikgu. Rasa macam maluuu je nak hantar. Rasa malu dengan kawan-kawan yang ada banyak peribahasa dalam karangan dorang. 

Tapi tak semestinya banyak peribahasa dalam karangan menjamin karangan kita tu A++. Peribahasa tu macam rempah la. Penyedap rasa. Penambah umphhhh dalam karangan gituuuuw~

Haaa nak tahu jugak.. Peribahasa apa pula korang suka guna time sekolah sekolah dulu? :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Baru tahu ejaan yang betul adalah Meluntur buluh biarlah dari rebungnya..dulu saya eja melentur...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehee.. nak meluntur buluh gunalah clorox.. sambungan kpd peribahasa tersebut.. :)

      Delete
  2. betul.. dalam karangan mesti ada selit peribahasa.. kadang-kadang otak jem nak bila lupa pengakhiran peribahasa tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Akak plak... hampir semua yang kamu tulis tu dalam list akak... haha

    ReplyDelete
  4. Betul...hihihi...walaupun kadang maksudnya tak berapa nak ngam...

    ReplyDelete
  5. Ingat lagi ye?akak lupa dah...kena ada pribahasa ke??ye ke??hahahaha....
    nampak sangat dah tua...

    ReplyDelete
  6. wahhhh...!! ni tentu karangan dapat full mark sokmo ni.. :)

    Bagai Anjing Menyalak Bukit
    Bagai Anjing Dengan Bayang-Bayang
    Bagai Melepaskan Anjing Tersepit

    ok.. banyak sangat anjing.. syuuhhh.. syuuuhhhh...!

    ReplyDelete
  7. peribahasa ni buat karangan tu lebih menarik pada saya :) alah, macam sekarang pun, bila kita quote ayat2 menarik dari orang yg hebat, perbualan tu rasa lagi best. dan nampak seseorang tu lebih banyak membaca. hehe

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  8. ni mesti cikgu suka baca karangan sis ni:-) kdg jenuh pk nak selit peribahasa ni..asal ade dptla extra mark..hihi..mengimbau kenangan kan

    ReplyDelete
  9. dulu masa sekolah rajin masukkan peribahasa dalam karangan untuk tambah markah..hehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.