http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

apa aku nak karang ni?

By 7:26:00 PM

Assalamualaikum semuaaa~ "apa aku nak karang ni?" haaa jawab sayidah jangan tak jawab. Dari tadi insan bernama sayidah ni dok fikir nak buat entri apa haha. bukan apa..sebenarnya saya tengah serabut sikit dengan test. harini ada dua test. Subjek Thailand dan subjek Myanmar. Alhamdulillah masing-masing okay, boleh jawab tadi. Esok pagi ada satu lagi test-Teori Graf. Banyak kena hafal theorem dan proof. Tak masuk lagi kena faham pohon graf, regular graf, directed graf, graf sequences semua tu adehh. Lepastu kena fikir FYP (final year presentation) lagi lepas test Teori Graf nanti. Chapter 3&Chapter 4 tak siap lagi. Kawan yang sama SV(supervisor) dah hampir siap FYP dia. Arghh tekanan den kena siapkan jugak, kang lecturer tanya "kenapa kawan awak dah siap, awak tak siap lagi?" Haaa mampuih den haha. Disebabkan semua ini lah, tak ada idea sangat nak buat entri sebab tak boleh berfikir dengan waras sangat haha.. Sampai tadi tanya diri sendiri "apa aku nak karang ni kat blog aku?" hahaha.

sejenis entri apa aku nak karang ni?


apa aku nak karang ni?
entri apa aku nak karang ni?

Okay saya namakan entri ni sejenis entri personal hahahaha. Ermm apa lagi den nak tulis ni. Ohh nak cerita tentang test Myanmar petang tadi lah. Bukan nak cerita pasal kesusahan atau tahap kesenangan test Myanmar tu tetapi... manusia yang mengambil test Myanmar tadi.

Nak tahu tak? Ada segolongan manusia ni yang meniru ketika test petang tadi. Okay saya tak kata saya baik. Tapi saya tak pernah la bukak buku nota senyap senyap kat bawah sebab jawapan bagi test tu ada dalam buku nota. Ada beberapa orang yang diam-diam bukak buku kat tepi kerusi dia, selak-selak cari jawapan. Terkejut gak saya sebab saya tak pernah la nampak kejadian macam ni. Rasa marah, terkilan semua ada. Padahal benda tu boleh je fikir sendiri kot. Kalau tak tahu, tak payah la buat. Atau kau hentam je lah yang kau rasa betul. Tak payah la nak menipu pensyarah Myanmar tu kat belakang sorok sorok tengok buku nota.

Hmmm sedih pun ada bila kawan yang baru kita kenal macam tu kan. Moga mereka insaf aminnn.

Okay lah dah masuk maghrib. Daaa~ doakan saya test Teori Graf saya pagi esok and wish me luck! :)

You Might Also Like

6 comments

  1. Terima kasih sudi join GA Mieza Suhaini ^_^

    http://kanvasdakwat.blogspot.my/2016/05/senarai-peserta-giveaway-fv-oleh-mieza.html

    ReplyDelete
  2. Kalau tak ada rezeki awak dekat sini, mungkin rezeki awak dekat GA lain yang sy akan buat lepas ni :)

    http://kanvasdakwat.blogspot.my/2016/05/pemenang-giveaway-fv-oleh-mieza-suhaini.html

    ReplyDelete
  3. Moga berjaya ya.. Buat yang terbaik..

    ReplyDelete
  4. Good luck...doa sentiasa..moga dipermudah.amin.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana melaporkan salah laku pelajar pada hari ujian, saya akan ambil tindakan terhadap mereka.

    ReplyDelete
  6. rindu KC...!! :)
    gudluck ye utk apa jua yang sedang diusahakan..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.