http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

cara mudah untuk pulihkan rabun

By 4:42:00 PM , , , ,

Haritu sembang sembang dengan isteri kepada cousin saya, namanya kak siti. Lawa orangnya. Putih gebus hehe. Lepastu bila sembang sembang ni macam-macam la kan cerita keluar. Antara salah satu cerita saya nak share kepada semua ialah ..dulunya kak siti ni rabun tau. Power cermin mata kak siti tak sure berapa. Tapi sekarang ni rabun kak siti dah pulih. Kak siti dah tak pakai spek mata dah. Best kan! Jealousnya den. Iyelah mana taknya.. saya ni rabun tahap tinggi gak. Ada lah power spekmata dalam 500 macam tu. Tapi bila kat luar jenjalan tak pakai spek pun ahhahaha. Yela bila pakai spek, nampak tak lawa walaupun memang tak lawa kan, eh :P Okay back to the topic, haaa saya pun apalagi.... Tanya la kak siti apa rahsianya dan mintak kak siti kongsikan cara mudah untuk pulihkan rabun yang beliau amalkan dulu. Kak siti pun bermurah hati laa share apa cara mudah untuk pulihkan rabun kak siti dulu. Nak tahu apa dia? Jeng jenggggg jeng~


cara mudah untuk pulihkan rabun


cara mudah untuk pulihkan rabun
cara mudah untuk pulihkan rabun
credit photo : www.mnn.com
Bukan nak kata apa la kan. Tapi memang mudah pun cara yang dikongsikan oleh kak siti ni. Hanya jus carrot+limau sunquick (buah oren). Haa senang je kan caranya? Tambahan lagi, kedua-dua bahan ni senang je nak dapat di kedai-kedai atau supermarket. 

Haa cara nak buat jus merawat rabun ni...

1. Blend carrot menggunakan blender (pengisar)
2. Blend buah limau sunquick juga
**blend asing-asing

3. Kemudian campurkan carrot dan buah limau yang dah dikisar tadi. Tuang dalam satu cawan yang sama. 

4. Done! Then, minum.

Haaa kan den dah kata mudah je caranya.

Saya tanya lah dekat kak siti berapa kali nak minum jus ni? Kak siti kata dulu kak siti minum 2 atau 3 kali seminggu.

Lepastu saya tanya lagi (saya ni memang banyak tanya .. nasib baik kak siti seorang yang penyabar hahaha), lama tak nak hilangkan rabun kak siti dulu tu bila amalkan minuman jus ni?

Kak siti jawab.... "Jangka masa tu pulak kak siti tak dapat agak sebab jus tu kak siti memang minum berterusan. Kalau pergi makan kat kedai, kak siti order jus tu. Power mata turun pun tak perasan."

Haaa gitu lah testimoni nya dari kak siti sendiri. So maksudnya memang kita kena amalkan selalu la minum jus ni. Jangan sekerat-sekerat jalan. Kena istiqamah baru ada hasil. Gituwww~
Saya ni memang teringin nak buat tapiii ermmm kat asrama ni mana ada blender nak bland carrot dengan limau hahaha. Kalau kat rumah tu, haaa boleh la juga nak buat. Rajin pun rajin lah sikit kalau kat rumah kan haha.

Ohhh haa... boleh la lepas ni order jus carrot+oren ni kat kedai makan ke kan. Tak de lah asyik order air nescafe je yang tak berapa nak sihat sangat kalau amalkan hehe. Korang pun kalau nak amalkan pun boleh. Mana tahu power mata boleh menurun ..dan seterusnya boleh hilang terus rabun tu. Takyah pakai spek dah. Perghh bestnya! InshaaAllah amin.

So.... Selamat mencuba pada sesiapa yang nak mencuba! Jangan lupa ucap bismillah sebelum minum ye hehehe. Kita hanya berusaha, Allah yang memulihkan :)


Baca juga entri:

You Might Also Like

4 comments

  1. betul ke boleh hilang rabun ni? sungguh? kena cuba ni..sebab power spek rendah lagi ni..:)

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ni..kak PC pun rabun lah dik..alahai..

    ReplyDelete
  3. Kena letak air gula tak ? or tak payah... *teruja nak try*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah letak gula sebab limau tu dah manis hehehe

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.