http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !

By 6:41:00 PM , ,

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid! Hahahaha lambat betul den update. Nak update semalam sebab semalam lah Majlis Bersanding Cik Piah dan pasangan, pada 7 Mei 2016. Tapi semalam dan pagi sehingga petang tadi saya ada kursus kahwin pulop. Sekarang baru ada masa sikit. Okayy...Haa kenal tak siapa Cik Piah ni? Alaaa cik piah yang comel lote tu.. Yang dulu free hair, sekarang sudah bertudung alhamdulillah.. Bertambah lawa dan comel sangat selepas memilih untuk berhijrah dan berhijab. Ermm Cik Piah.. yang alaaa yang Announcer a.k.a DJ Radio Sinar fm tu. Alaaa yang jadi pengacara bersama AC Mizal, yang menemuramah peserta-peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 sebelum turn peserta tersebut sampai untuk perform atas pentas MLM. Haa ingat tak ingat tak? Haa yang tu lah.. Iyeee..beliau yang bernama Feeya Iskandar sudah berkahwin (akad nikah) kelmarin, 6 Mei 2016 dengan suaminya yang tak kurang kacaknya,bernama Rashid. Semalam adalah majlis bersanding pengantin baru Cik Piah&Rashid. Sangat cantik baju pasangan secocok ni yang berwarna biru gelap, yang telah di-design oleh designer KL Wedding Ministry! 


Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
selamat pengantin baru Cik Piah&Rashid

Ni gambar-gambar yang diambil di instagram Cik Piah sendiri (@feeyaiskandar). Cantik sangat tau gambar-gambar pengantin baru ni di majlis bersanding semalam. Jealous sangat tengok!

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
Feeya Iskandar & Rashid

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
#feeyarash with family

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
Pengantin baru memotong kek

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
Makan beradab

Yang bestnya tengok kan, wajah pasangan bahagia Cik Piah dan Rashid ni sangat bercahaya cahaya dengan gelak ketawa dan senyum ikhlas mereka. Mereka tidak cover-cover cun atau macho. Bersahaja. Bersenda gurau. Siap nyanyi sama sama lagi tu ouchh sweetnya lahai!

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
Suka tengok keserasian Cik Piah dan suami

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
Auchhhh sweet sangat!

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
Cik Piah & husband menyanyi bersama

Okay saya boleh dikatakan minat la jugak kat Cik Piah ni. Jap bukan minat. Tapi saya suka dengan Cik Piah ni. Sebab apa? Sebab Cik Piah ni tak gedik-gedik, pandai berkomunikasi dengan artis&pelawak lain, tak over, sangat bersahaja. So... jom kita layan sikit gambar akad nikah dan malam berinai Cik Piah jom hehe.

Akad Nikah Pengantin Baru Cik Piah&Rashid

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
Atotoo sukanya Cik Piah dan Rashid ketika majlis akad nikah 6 Mei 2016

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
khusyuk khusyukk fokus!

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
agak-agak tu ibubapa Cik Piah atau parents Rashid?

Selamat Pengantin Baru Cik Piah&Rashid !
Lawanya pelamin akad Nikah Cik Piah & Rashid

Malam Berinai Cik Piah

Malam Berinai Cik Piah&Rashid !
Cik Piah di malam berinai

Okay dah dah! Jealous tengok Cik Piah ni cantik sangat ya amat hehe. 

Seriously..saya berharap sangat..agar bahtera dan masjid yang dibina oleh pasangan dua sejoli ni kekal utuh walau dilandai masalah apa jua pun. Semoga #feyarashstory #feyarashlovestory berkekalan #tilljannah. Amin :)

You Might Also Like

2 comments

  1. cik piah memang shomel sgt!
    moga cik piah terus terus bahagia hingga ke jannah :)

    ReplyDelete
  2. comeynya, minat sgt kat radio sinar ni...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.