2 OKTOBER 2016, HARI DATUK DAN NENEK (Grandparents Day) ! - sayidahnapisahdotcom 2 OKTOBER 2016, HARI DATUK DAN NENEK (Grandparents Day) !
LightBlog

2 OKTOBER 2016, HARI DATUK DAN NENEK (Grandparents Day) !

Yang selalu kita raikan setiap tahun : 8 Mei Hari Ibu, 16 Mei Hari Guru. Pernah tak kita raikan hari datuk dan nenek a.k.a grandparents day di Malaysia ni? Tak pernah kan? Saya baru dapat tahu haritu kerajaan mengisytiharkan bahawa pada Ahad pertama Bulan Oktober setiap tahun disambut sebagai Hari Datuk Dan Nenek. Jika tahun lepas... 4 Oktober 2015 tapi tahun ni 2 Oktober 2016 rakyat Malaysia celebrate grandparents day ni.

2 OKTOBER 2016, HARI DATUK DAN NENEK (Grandparents Day) DI MALAYSIA


2 OKTOBER 2016, HARI DATUK DAN NENEK (Grandparents Day) !
HARI DATUK DAN NENEK
So..Ahad pertama bulan Oktober tahun ni --> 2.10.2016 officially menjadi hari datuk dan nenek di Negara Malaysia. Tak semestinya wish pada atuk nenek je. Kalau ada moyang lagi pun boleh wish selamat hari datuk dan nenek kepada beliau.

Saya dah tak ada datuk dan nenek dah. Belah abi dah takde, belah umi pun dah takde. Jadi..pada siapa yang masih lagi mempunyai atuk dan nenek di kampung tu,moh le appreciate mereka dengan meraikan mereka pada 2Okt ni. Bukan bermaksud hari lain kita tak menghargai mereka. Tapi konsep dia sama lah macam Hari ibu, Hari Bapa dan Hari Guru kan. Hari lain memang kita appreciate mereka. Tapi pada hari special ni lah..apa salahnya kita wish selamat hari dot dot dan menggembirakan mereka in a special way pada hari special tersebut. Tambahan lagi.. Kita pun dapat pahala dengan membahagiakan orang yang telah banyak berbakti kepada kita :)

Okayy..jangan lupa 2 Oktober 2016 ni hari datuk dan nenek ye!

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p