http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat Tak Berapa Mantop Dan Kureng Feel~

By 3:11:00 PM , , ,

Yeayy drama Cinta 11 Syarat dah habis! Semalam (1 Julai 2016) adalah episod akhir drama Cinta 11 Syarat ni. Macam biasa lah.. umi, abi dan saya pukul 6 petang dah tercongok depan TV Astro Maya HD (135) tengok drama best Aqasha dan Bella Dally ni. Ohh boleh jugak menonton drama ni diAstro Prima. Disebabkan semalam episod akhir Cinta 11 Syarat ni, so mesti la excited kan nak tahu macam mana pengakhirannya. Tapi bagi pendapat saya, hujung-hujung cerita ni agak mengecewakan la. Lakonan dari beberapa pelakon yang macam tak ada feel dan tak begitu menghayati situasi dan tak mantap. Tak tahu la salah pelakon tu sendiri atau pengarah drama ni yang tak suruh mereka supaya over sikit berlakon dan memberi reaksi sepatutnya dalam beberapa situasi penting. Okay lah.. nak tahu scene apa yang saya tak puas hati dalam episod akhir drama Cinta 11 Syarat ni? Okay jom check it out!

Babak-babak Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat Yang Mengecewakan


Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat Tak Berapa Mantop Dan Kureng Feel~
Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat
dari kiri : Haziq, Jaslene, Rasya, Syahrie
kredit foto : mulan-sabahnu.blogspot.my

1. Babak di mana Hana (lakonan adik Anzalna, Afifah Nasir) kena culik. 

Saya tak puas hati dengan lakonan ayah Hana, Pak Omar (lakonan Kazar) dan juga heroin drama Cinta 11 Syarat ni, iaitu Rasya (lakonan Bella Dally). Dua watak ni adalah ahli keluarga Hana. Sorang ayah Hana, sorang lagi kakak Hana. Okay cuba bayangkan macam mana kalau anak bongsu perempuan anda atau adik kesayangan anda hilang tak tahu pergi mana tanpa khabar berita? Tak balik balik sampai ke malam? Apa perasaan anda? Bagaimana reaksi anda? Apakah tindakan anda ketika tu? Mesti resah gelisah tak tenang, menangis, termenung, muka sedih..kan? Tapi Pak Omar dan Rasya agak rileks ketika situasi ini berlaku. Pak Omar sempat lagi pergi surau dan tak tunjuk riak risau ke apa. Rileks sangat mukanya. Riak muka Rasya pulak langsung tak menggambarkan resah dan gelisahnya ketika adik dia hilang kena culik. Tak menangis pun. Haih pelik-pelik. At least kalau tak menangis pun, buat la muka cuak ke, risau sangat-sangat ke..tapi ni tak, tetap kekal dengan muka tak berperasaan tu hahaha. Mak Hana, Jannah (lakonan Farisha Irwayu) je lakonan dia mantop sepanjang babak ni berlangsung. Nampak la kehilangan anak kesayangan dia tu bila dia nangis-nangis, tak tenang, gelisah. Itu lah yang sepatutnya kan pun bila anak kita hilang kan. 

2. Babak akhir sekali, di mana polis menyerbu tempat Hana diculik oleh Syahrie (lakonan Iqram Dinzly).

Okay babak ni pulak saya tak puas hati dengan Rasya dan Haziq (lakonan Aqasha). Mereka dua ni ikut polis menyerbu ke tempat penculikan Hana. Yela sebab nak ambil Hana kan. Yang saya tak puas hatinya bila scene..kan polis dah serbu, lepastu polis pun bawak lah Syahrie penjahat mamat psiko mental gila ni keluar dari pondok tempat penculikan tu. Si Rasya dengan Haziq ni berdiri di pintu pondok tu. Apabila polis bawak Si Syahrie ni keluar melalui pintu di mana mereka berdiri tu...mereka boleh tengok saja si Syahrie ni? Just tenung je? Takde riak muka tak puas hati atau marah atau bengang. Ini sangat ntah pape ntah. Okay..takkan la kau nak tenung je muka laki yang dah culik adik ipar atau adik kandung kau? Tumbuk la sikit sebab geram kan dah culik anak orang. Tengking la sikit sebab marah dah kurung adik kau dalam pondok tu tanpa diberi makan dan minum. Buat la riak muka bengis sikit kat laki yang kau percaya selama ni baik rupanya perangai tak rupa manusia tu. Kan kan? Ni tak. Rasya dan Haziq buat muka rileks. Berdiri je kat pintu tu. Ish ish.

Tambahan lagi! Si Rasya tu tak reti-reti ke nak pergi masuk ke pondok tu ambil adik dia si Hana tu lepas polis dah tangkap Syahrie? Nak jugak tercongok dekat pintu tu tunggu adik dia keluar. Macam tak logik pun ada. Adik dia yang sudah diculik banyak hari, tak tahu khabar berita, selamat ke tak, sihat ke tak, cedera ke tak ..dan bila dia dah jumpa adik dia tu takkan la tak terdetik nak rushing berlari pergi ke adik dia dalam pondok tu kan? Ni tenang je kat pintu tu, tak masuk pun pergi tengok adik dia yang dah kena culik tu. Bila jumpa adik dia kat pintu pun, ingat nya berdrama la peluk-peluk erat dengan muka risau atau menangis kegembiraan sebab dah jumpa adik dia ke...tapi hampeh. Riak yang ditonjolkan oleh Rasya 'biasa-biasa je'. Macam bukan jumpa adik yang baru diculik pun. Haih tak puas hati den hahaha.

Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat Tak Berapa Mantop Dan Kureng Feel~
dari kiri : Rasya, Jannah dan Hana
kredit foto : onedirectmoviez.blogspot.my

3. Babak di mana Hana balik ke rumah.

Lakonan mak Hana saya tak nak usik sebab lakonan dia memang A+. Yang saya tak puas hati ni..lakonan ayah Hana bila Hana balik ke rumah selepas beberapa hari dia diculik. Pak Omar ni rileks je kat tangga rumah bila anak dia si Hana tu balik? Ya Allahh.. Tak ada ke rasa macam nak join peluk sekali si Hana tu dengan Jannah? Ke..memang ada ayah yang sangat rileks macam tu bila anak bongsu dia dah beberapa hari kena culik? Hmm musykil jap.

.................

Haa tu lah scene atau babak yang saya agak terkilan bila menonton episod akhir Cinta 11 Syarat ni. Ending dia terlalu tidak-berperasaan. Hahaha. Agak tak logik pun ada. Ending dia saya tak berapa suka sangat bila terlalu smooth dan beberapa pelakon yang tidak terlalu feel dalam lakonan mereka berdasarkan situasi ketika itu. Serius tak puas hati. Saya siap complain a.k.a membebel-bebel time tengok episod akhir ni dekat umi dan abi. Umi abi kata "hishhh kenapa la kakcik tak jadi pengarah cerita ni je?" hahahaha. Sebab kalau saya jadi pengarah drama ni, mahu saya marah pelakon yang tak berapa feel bila berlakon babak-babak episod akhir ni. Hehhe.

Yela kecewa sikit sebab saya memang follow drama ni dari first episod. Dan semua episod Cinta 11 Syarat ni okay, tapi bila tang episod akhir macam tak ada feel sangat pelakon-pelakon ni. So, expectation kita yang tinggi terhadap episod akhir drama ni jatuh sudaaa~ Tapi lakonan Iqram Dinzly, Afifah Nasir dan Farisha Irwayu torbaek la. A+ saya bagi terhadap kesungguhan dan penghayatan lakonan mereka. Lakonan Syamin Azlah sebagai Jaslene pun not bad la dalam episod akhir ni.

Yang penting, lagu 'OST' drama Cinta 11 Syarat (lagu Katakan nyanyian penyanyi Harris Baba) memang best! Saya dah hampir hafal lagu ni haha. Yela asyik dengar je lagu ni bila tengok cerita ni. Dan bila tengok tadi Official Lyric Video lagu Katakan kat YouTube ni, baru laa dapat tengok betapa hensemnya Harris Baba ni hahaha. Ada iras Zayn Malik sikit. Ada jambang-jambang sikit. Kira handsome la. Tak percaya? Jom layan lagu Katakan Harris Baba ni di SINI.

SINOPSIS CINTA 11 SYARAT

Rasya - Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.

Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.

Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.

Aqasha membawa watak sebagai Haziq
Bell Dally membawa watak sebagai Rasya
Iqram Dinzly membawa watak sebagai Syahrie

Para Pelakon Drama Cinta 11 Syarat

Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat Tak Berapa Mantop Dan Kureng Feel~
pelakon Drama Cinta 11 Syarat

Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat Tak Berapa Mantop Dan Kureng Feel~
hero dan heroin Drama Cinta 11 Syarat, Haziq&Rasya

Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat Tak Berapa Mantop Dan Kureng Feel~
pelakon Drama Cinta 11 Syarat

Episod Akhir Drama Cinta 11 Syarat Tak Berapa Mantop Dan Kureng Feel~
pelakon Drama Cinta 11 Syarat

info sinopsis:
http://www.myinfotaip.com/2016/05/drama-cinta-11-syarat.html

tonton & download full episod drama cinta 11 syarat
:
http://www.moviesinfobsyokv2.net/2016/05/tonton-cinta-11-syarat-2016-full-episod.html

You Might Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.