ikhlaskah dari hati? - sayidahnapisahdotcom ikhlaskah dari hati?
LightBlog

ikhlaskah dari hati?

02:41am

Hmm tak boleh nak tidur. Maka..marilah kita berborak seketika. Hmm satu topik. Keikhlasan. Ikhlas. 

Pernah tak kekadang kita meragukan keikhlasan seseorang? Oh tak perlu fikir orang lain la kan.. pernah tak kita ragu dengan keikhlasan kita sendiri? Berapa kali aku ikhlas. Berapa kali aku tak ikhlas, sekadar mengambil hati, sekadar hendak menunjuk, sekadar.. sekadar penipuan pembohongan semata. Berapa kali aku cuba untuk mengikhlaskan diri. Berapa kali aku mahu jadi insan yang ikhlas dengan benda dan manusia di sekeliling.

Ada juga kadangkala kita merasa tidak pasti dengan keikhlasan orang sekeliling kita, orang yang berdekatan dengan kita, orang yang berhubung dengan kita. Hmm kekadang kita tak tahu pun betul ke tak mereka ikhlas. Bermula lah episod rasa insecure a.k.a tidak selamat bila keikhlasan seseorang telah diragui.

Bagaimana pula rasa jika keikhlasan kita yang suci murni diragui? Pasti rasa sakit yang tidak boleh dibayangkan. Rasa teraniaya. Rasa bersalah. Rasa...rasa yang tidak indah yang pasti.



Puisi ikhlaskah dari hati?                                                                                                         
Segala yang kau tunjuk..
Perbuatan yang kau persembahkan..
Rasa yang kau hidangkan..
Prasangka yang kau fikir..
Keakraban yang kau pamerkan..    
Kemaafan yang kau pinta..                     
Kebaikan yang kau tonjolkan..
Nasihat yang kau beri..
Luahan yang kau muntahkan..
Pendapat yang kau ketengahkan..  
Cerita yang kau kongsi bersama..
Penampilan yang kau hiaskan...
Rahsia yang kau sembunyikan..

ikhlaskah dari hati?


#siscubabuatpuisisendiri
hahaha

Goodnyte.

03:20am 

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p