http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!

By 9:28:00 PM , ,

Assalamualaikum semuaaa~! Siapa kenal wajik angkat tangann! Siapa tak kenal wajik angkat kaki! Hahahaha, nampaknya banyak yang angkat tangan. Bukan sebab kenal wajik.tapi sebab nak duit raya kekekeke *gurauan mintak penampo*. Okay lahh okay lahh serius seriuss! Wajik a.k.a pulut manis ni kann saya tak de lah gemar sangat dan bukan my favourite pun. Tapiii.. haritu umi ingat nak bagi wajik dekat saudara mara belah Perak so, kami pun masak la wajik ni untuk kali pertama. Newbiee kateko. Walaupun penat mengacau, tapi serius senang je resepi wajik ni tau. Bahan-bahan buat dia sikit je. Okay jom ushar resepi wajik di bawah.

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
resepi wajik a.k.a pulut manis
Bahan-bahannya:

Pulut 500 gram (gm)
Santan 400 gm (1 bungkus sederhana)
Gula kabung 2 buku
Daun pandan
Gula pasir (gula putih)

Cara-cara membuat wajik/pulut manis:

1. Pulut 500 gm ditanak biasa 

**pulut tu nak kukus pun boleh

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
pulut yang telah ditanak
2. Masukkan santan 400gm + daun pandan 2 helai + gula putih 1 cawan + gula kabung 2 buku ke dalam kuali. Kemudian kacau sehingga sebati semua.

**pasang api kecikkkkk sahaja ye semasa kacau ni.
**fungsi daun pandan : untuk kasi wangi.

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
tudiaaa. ni la rupa gula kabung yang famous kat pahang ni

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
adunan yang sudah sebati
3. Apabila telah sebati semua, masukkan pulut yang telah ditanak tadi ke dalam adunan sebati tersebut.

**sebelum masukkan pulut, boleh rasa adunan tersebut manis ke tidak. Jika kurang manis, boleh tambah gula kabung & gula putih lagi ke dalam adunan tersebut & kacau sehingga sebati.

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
masukkan pulut ke dalam adunan

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
resepi wajik
4. Kemudian kacau sehingga sebati, likat dan pekat.

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
Wajik / pulut manis yang telah siap dimasak
Siap!

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
resepi wajik

Resepi wajik (pulut manis) yang sangat mudah!
resepi pulut manis yang simple!
Harituuu sehari sebelum hari raya alkisahhh.. buat wajik dengan umi. Time sebelum masukkan pulut tuu, memang umi ada rasa adunan tu. Rasa macam dah manis dah. Tapi... bila masukkan pulut dan dah kacau semua, alkisahnyaaa..rasanya tak sedap sebab kurang kurang kurang manis. Warna pun macam pudar sebab gula kabung umi masukkan 1 buku je.

Alkisahh..umi memang dah putus asa dalam misi menyelamatkan wajik-kurng-manis tu kan. Umi dah niat nak buang dah sebab tak jadi. Tapiii alkisah nasib baik laa saya dan abi kata jangan lah buang. Membazir kan. Plus, benda nya boleh selamatkan lagi. Abi suggest la masak gula kabung + gula putih dalam periuk lain. Kemudian, bila dah sebati, masukkan ke dalam kuali yang ada wajik-tak-berapa-nak-menjadi tadi. Then, kacau dan kacau dan kacau dan kacau dan kacau sampai tangan ni rasa nak patah hahaha, baru lah stop kacau (bila sesi mengacau wajik ni, api kecil je tauu!).

Alhamdulillah menjadi akhirnya! Warna pun lawa. Bila rasa pun, sedappp. Pheww~ itulah tragisss kejadian memasak wajik for the first time kan hahaha. 

Selamat mencuba!

You Might Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.