31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59! - sayidahnapisahdotcom 31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59!
LightBlog

31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 12AM 31 Ogos 2016 Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke-59 semua! Sambil berlatarbelakangkan letupan bunga api sana sini, saya ucapkan selamat hari kebangsaan yang ke-59 pada semua rakyat Malaysia tak kira la di mana anda berada. Alhamdulillah dah 59 tahun kita Merdeka. Haa korang ada kibarkan bendera Malaysia tak dekat rumah ke untuk meraikan bulan Kemerdekaan ni? Bendera kat pejabat ke? Letak flag kecil kat kereta ke.. Ada tak? Haa umi dan abi saya dah gantung dah bendera Malaysia kat tingkap rumah. Haaa berkibar-kibar gituuu. Jangan jeles~

31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59

31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59
31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59
Ada yang kata.. walaupun kita sudah mendapat kemerdekaan tetapi sebenarnya kita sedang dijajah. 

Ada yang kata..Kita belum lagi merdeka dalam erti yang sebenar. Kita sedang dijajah dari segi pemikiran dan mentaliti.

Ada orang kata..Muzik dan hiburan adalah contoh yang menunjukkan kita masih lagi belum bebas dari zaman penjajah.

Marilah kita bermuhasabah diri sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59 pada tarikh yang bermakna ini, 31 Ogos.

31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59
gantung bendera melalui dapur

31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59
gigih ikat bendera ni dekat tingkap

31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59
kibaran bendera Malaysia dari bumi Seremban
Apakah tema Hari Kebangsaan Malaysia 2016?

Untuk pengetahuan semua, tema bagi Hari Kemerdekaan a.k.a Hari Malaysia adalah Sehati Sejiwa. Haa macam pernah dengar je kan sehati sejiwa ni. Sebenarnya sebelum ni pun, pada Hari Kebangsaan tahun yang lepas pun guna tema 'Sehati, Sejiwa' ni. Tahun ni tema #sehatisejiwa masih dikekalkan.

Apakah maksud di sebalik tema Hari Kebangsaan Malaysia 2016 : Sehati Sejiwa?

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada.

Apakah logo Gambar Hari Kebangsaan Malaysia 2016?

31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59
Logo Gambar Hari Kebangsaan 2016
credit foto: www.mysumber.com
Apakah maksud Logo Merdeka/ Logo Hari Kebangsaan Malaysia?

Bulan : metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara.
Bintang pecah 14 : cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Bentuk hati : merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.
Peta Malaysia : menggambarkan keakraban semua negeri di bawah payung Negara.
Garis merah (di bawah) : imejan Rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani.
Rentetan warna Merah, Biru, Kuning, Putih : merupakan kombinasi warna jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.

31 OGOS 2016 SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-59
Maksud dan keterangan di sebalik logo Hari Kebangsaan
credit foto: mysumber.com
Apakah Lagu Tema Hari Kebangsaan Malaysia Tahun 2016?

Tajuk Lagu: Sehati Sejiwa
Penyanyi: Alif Satar dan Rosario (duet)
Lagu: Muhammad Yuri Edris
Lirik: Muhammad Yuri Edris / Siso Kopratasa

Lirik Lagu Tema Hari Kebangsaan 2016 Sehati Sejiwa

Demi...
Tanah yang bertuah
Taman..
Cinta merdeka
Kasih..
Di hatiku ini
Untukmu..
Tanah pertiwi

Dari 
utara selatan
Juga
Timur ke barat 
Turut gagah
Sabah Sarawak
Sehati sejiwa

Ku dengar janjimu
Bayu Kinabalu
Ku dengar sumpahmu
Rejang yang membiru
Bersatu denganku
Tegap Titiwangsa
Malaysia...Sehati Sejiwa

Laut luas terbentang
bukan satu halangan
untuk kita bersama
melafaz janji setia
Demi mu Malaysia
Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya

Walaupun berbeza 
budaya agama
bukanlah penghalang
kita bergandingan
Marilah bersatu
Sehati sejiwa
Malaysiaa.kekal sejahtera

MI I SO GINAVO
KITAI DEKAK MUJUR
MI I SO GINAVO
NGETAN KE MENUA
MI I SO GINAVO
NYULUK CITA MULIA
Malaysiaa..sehati sejiwa
Malaysiaa..sehati sejiwa



Merdeka!Merdeka!Merdeka! 

*confirm saya terbabas tengok perarakan Hari Kebangsaan 2016 di TV.selalunya time tu saya tidur lagi kekekeke kbai*

Post a Comment

1 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p