http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

aku benci dia

By 4:00:00 PM


Setiap malam dia kacau saya. Banyak kali saya kata jangan ganggu saya. Tapi still, dia ganggu saya. Keluarga saya pun kekadang tak puas hati dengan dia. Yela, asyik ganggu keamanan dan keharmonian keluarga kami. Kami siap bagi warning lagi tapi dia masih degil juga.

Siang, petang, malam.. dia tak pernah nak berhenti untuk terus menghampiri saya. Tak pernah jemu. Tak pernah bosan dengan saya. Sampai saya rasa......

Rimas!

Benci!

Meluat!

Bosan dengan sikap dia! Seriously, 24 hours nak ganggu hidup saya? Tolong la! Please, don't disturb me anymore! Walaupun saya cuba bagi amaran keras kat dia, tiada langsung beri kesan pada dia. Malah, lagi liat dia kacau saya. Ya Allah, geramnya!

Kadang-kadang dia bawa kawan dia. Kawan dia pun sama jenis je dengan dia. Satu kepala. 2 kali 5 je dengan dia. Dorang tiada langsung rasa simpati dengan saya dengan apa yang dorang dah buat dengan saya. Ya Allah.. berilah aku kesabaran untuk menghadapi ujian ni.

Saya sentiasa berjaga-jaga dengan dia. Orang kata..sediakan payung sebelum hujan. Tetapi kekadang saya tak perasan pun dengan kemunculan dia. Ilmu apa entah dia pakai.

Ish! Sampai bila nak macam ni?

Dia suka stalk saya. Saya tak kisah tapi kalau dah selalu nak stalk saya, buru saya..siapa yang tahan kan?

Annoying!

Sampai satu tahap tu..saya cuba nak bunuh dia. Iye.. jangan terkejut kalau saya kata banyak kali saya try bunuh dia. Lantak la orang nak kata apa. Yang menghadapnya, saya. Yang tanggung siksanya, saya. Yang sentiasa diganggu..adalah saya. Bukan mereka. 

aku benci dia
credit foto: weheartit.com
Banyak kali juga saya kejar dia ni. Baru padan muka dia. Dia ingat saya perempuan, saya takut? Dia ingat saya perempuan, saya lemah? Excuse meeee! Ni Sayidah la~

Nak tahu apa cara saya bunuh dia? 




Orang lain mungkin sembur dengan Ridsect untuk bunuh dia. Tapi.. Saya bunuh dia dengan cara menepuk dia dengan dua tapak tangan saya. Kasi lenyek. Kalau saya dapat bunuh dia, dia akan keluarkan darah. Kekadang tak ada darah pun. Mungkin sebab dia tak sempat hisap darah saya. Hahaha padan muka dia.


Dia adalah...


Seekor nyamuk.


THE END :P

p/s: cerita ini kisah benar saya. jangan pernah meraguinya kihkihkih.

You Might Also Like

4 comments

  1. hehehe part atas bunyi serius lelaki kacau ni hahahah smpai prt hjung2 sy cuba bunuh ni mesti ending lwak hehhe

    ReplyDelete
  2. Memang nyamuk ni esp aedes sgt jahat. sekrg ni musim denggi. jadi kena berhati2.

    Jika sudi dan berkesempatan, jemputlah join GA abam kie n kawan2. Ada 12 buah buku/novel untuk dimenangi. Terima kasih banyak2.

    http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

    ReplyDelete
  3. baca yg atas2 bila sebut MALAM dah dapat agak dah mesti pasal nyamuk..huuhu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.