http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

mimpi dalam mimpi dalam mimpi

By 11:04:00 PM

mimpi dalam mimpi dalam mimpi

mimpi dalam mimpi dalam mimpi
mimpi dalam mimpi dalam mimpi
sumber : dreamtravelinspire.tumblr.com
Pernah tak bermimpi? Tapi kita bermimpi tu dalam mimpi sebenarnya. Mimpi tu pula sebenarnya dalam mimpi juga. Perghhh banyak betul mimpi haha. Saya pernah jadi macam tu. Banyak kali bermimpi. Rasa macam dah bangun dari mimpi. Tapi ohh! Rupanya dalam mimpi lagi. Tersedar lagi. Tapi eh ehh~ tersedar dalam mimpi lagi rupanya. Then baru yang betul-betul tersedar dari mimpi. Phewww~ 

Jarang la banyak kali macam tu. Biasanya mimpi dalam mimpi je. Tu pun jarang. Biasanya terus tersedar betulbetul dari mimpi.

Alang-alang dah masuk topik mimpi, jom cerita tentang mimpi!

1.
Saya ni jenis yang ingat mimpi bila tersedar dari mimpi tu. Bila bangun je, mesti boleh ingat rasa dan suasana mimpi tu. Korang macam tu tak? Saya tak tahu lah benda tu normal ke tak sebenarnya. Tapi most of the time..bila saya bangun mesti saya boleh ingat apa mimpi yang saya mimpi tadi. Kekadang saya boleh ingat mimpi tu dalam jangka masa yang lama. Mungkin sebab mimpi tu beri impak besar kot. Ataupun mungkin saya terlalu menghayati ketika dalam mimpi tu kot. Hahha mungkinnn.

2.
Kekadang mimpi ni tak logik pun ada kan. Tapi kita boleh tak sedar dalam tu. Contohnya saya pernah mimpi situasi di mana saya ada adik. Walhal saya tak ada adik kandung pun dalam dunia yang sebenar. Tapi ketika saya dalam mimpi tu saya tak terfikir pun macam tu. Yela nama pun mimpi kan. Kita tak boleh nak kawal. Tak boleh nak bezakan dengan dunia yang sebenar dengan dunia mimpi.

3.
Sometimes, saya juga mimpi tempat lama. Tempat yang saya tak duduk dah. Contohnya rumah lama saya, kampung lama saya (Raub). Rumah lama saya tu dekat Gombak. Saya dah duduk situ sejak baby sehingga matrik. Kampung Raub tu pula sehingga saya Tingkatan rasanya. Lepastu dijual. Hmm kerap juga mimpi dekat rumah lama dengan kampung lama tu. Kekadang pelik mimpi kat situ. Mungkin sebab dah lama duduk situ kot. Tapi time mimpi tu tak ada lah rasa pelik kan haha sebab tengah mimpi memang masuk terus alam situ. Tak fikir apa dah.

4.
Korang pernah tak..sedar yang korang dalam mimpi sebenarnya? Saya kekadang pernah rasa macam tu. Saya dalam mimpi. Dan akhir tu saya rasa.."eh ni mesti tengah mimpi ni". Lepastu saya decide sama ada saya nak teruskan mimpi tu atau berusaha untuk sedar dari mimpi tu. Hahaha lawak pun ada kalau jadi situasi macam tu. Ada kes pulak dah bangun dari tidur tapi berusaha untuk tidur balik sebab nak teruskan mimpi tadi hahahaha. 

Macam-macam~

Itu lah mimpi. Mainan semata. Tapi ada juga mimpi yang membawa maksud. Ada juga mimpi yang menunjukkan petunjuk. Ada juga untuk menguji kita. 

Ada juga mimpi yang memberi gambaran the future. Tu sebab kekadang kita mengalami dejavu. Sebab situasi di alam dunia sebenar pernah terjadi di alam mimpi. That's dejavu.

Ada juga yang hanya mainan Syaitan semata. 

Wallaualam, goodnyte :)

You Might Also Like

5 comments

  1. selalu tak ingat ape yang dimimpikan.haha. tapi sy jarang mimpi. heeee:)

    ReplyDelete
  2. saya nak cerita pasal mimpi saya pula..ada masanya, saya boleh control mimpi saya..contoh, pernah mimpi menyorok dalam semak..nampak orang tengah usung keranda, atas keranda tu ada roh yang terbang. waktu tu memang takut sangat. lepas tu terus cakap, aku mesti keluar dari mimpi ni, saya jalan, kemudian berlari anak, terus! terjaga dari tidur.

    2. pernah mimpi dikejar orang. waktu tu dengan abang saya. kami lompat dari bumbung ke bumbung, mimpi kan, memang tak logik. lepas tu, sampai dekat 1 lorong, saya cakap dengan abang saya, kalau kau tertangkap, kau keluar dari mimpi aku. lepas tu, kami berpisah. sempay juga saya fikir, kenapa biarkan dia lari sorang-sorang. hahaha.

    3. banyak sebenarnya cerita mimpi ni, nantilah, buat entry dekat blog, hahaha.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh no2 tu saya pun pernah. terbang terbang hahaha

      Delete
  3. yang sedar time kita mimpi tu senanya situasi dinamakan "lucid dreamin". bukan semua org leh dpt tu. and org yg tgh berlucid dreaming ni leh kawal mimpi dia sendiri tpi dlm lingkungan situasi mimpi tu la. contoh macam tgh mimpi baca buku. bila tersedar tu mimpi, kita leh la kawal buku tu terbang ke. buku tu jadi rumah ke. best senanya sebab setiap lepas tu kita akan igt mimpi tu. nak dpt lucid dreaming leh training tapi makan masa la. leh google caranya. bila dah dpt serius heaven gila. saya tau sebab dulu pun saya leh lucid dreaming tapi sekarang tak dah huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh baru tahu tentang lucid dreamin ni. thankyou :)

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.