dah tukar nama akaun Facebook kepada Sayidah Napisah Mar Ramli! - sayidahnapisahdotcom dah tukar nama akaun Facebook kepada Sayidah Napisah Mar Ramli!
LightBlog

dah tukar nama akaun Facebook kepada Sayidah Napisah Mar Ramli!

Sejak Form 4 dulu (tahun 2009) sehingga lah la ni dah umur 23 tahun (udah tua) tak pernah tukar nama akaun Facebook sendiri. Kekal dengan nama 'Sayidah Lurve Choc'. Okay tahu nama itu kebudakbudakan sama sekali. Memang budak pun semasa buat akaun facebook tu hahaha. Tapi jeng jengggg.. petang tadi untuk pertama kali ye dalam sejarah saya tukar nama akaun Facebook sayaaaaa! Dari nama budak-budak yang tak cukup matang itu, bertukar kepada nama penuh saya yang sebenar iaitu Sayidah Napisah Mar Ramli yang comel. Eh. hahaha.

12 September 2016-officially tukar nama akaun Facebook 

dah tukar nama akaun Facebook kepada Sayidah Napisah Mar Ramli!
officially tukar nama akaun Facebook petang tadi
Sempena hari yang berbahagia, Hari Raya Aidiladha harini saya pun menukarkan nama akaun FB saya. haahha acewah. 

Apa perasaaan saya bila dah tukar? Hmmm sebenarnya niat di hati saya memang nak kekal dengan satu nama sahaja iaitu Sayidah Lurve Choc sebab bagi saya, nama tu dah semacam identiti saya haha. Walaupun ada yang gelak, ada yang main-mainkan nama saya tu, ada yang perlekehkan .. tapi nama tu lah yang membuatkan saya lebih diingati dan lebih popular? Ehhh haha. 

Buktinya, di Universiti dulu.. ada seorang staff pejabat Kolej 16 ni, namanya kak ros panggil saya sayidah lurve choc tau. Kekadang tu dia panggil saya lurve choc je hahaha. Lepastu tak kurang juga yang ingat saya hanya dengan nama FB saya tu sahaja. Tapi tu lah kekurangan dia yang sebenarnya kan.. ingat 'LURVE CHOC' saya tapi tak ingat pun nama sebenar saya iaitu 'SAYIDAH'.

Alaa, sebenarnya orang panggil saya dengan nama panggilan 'KAKCIK'. Tak ada pun panggil saya Sayidah kecuali rakan-rakan sekolah rendah & menengah saya. Start dari zaman matrikulasi hingga ke universiti..mereka panggil saya dengan nama kakcik sebab itu lah nama panggilan saya dalam keluarga, saudara mara semua. 

Tapi, di alam pekerjaan nanti.. hmmm saya nak mereka panggil saya Sayidah kot hahaha. Takkan la mereka nak panggil saya kakcik kan time kerja nanti. Tak professional lahhhh (konon) haha.

Oh..kenapa saya tukar nama akaun FB saya? Sebab ada kata sesetengah orang..kalau bukan nama kita sendiri (nama FB yang agak childish), nanti FB bagi warning. So, sebelum FB saya diapa-apakan, baik la saya tukar hehhee.

Apa-apa pun, sila bear in mind that nama saya ialah seperti nama blog ni - sayidah napisah. hehehehe. Okay daa~

Post a Comment

3 Comments

  1. Tu la..Macam FB ni makin skema pulak nak guna nama sebenar. Hehehee

    ReplyDelete
  2. kalau saya pulak, dah biasa dgn nama hanis amanina. kadang2 terlupa yg sy ada 'nur' kan depan. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. patutlah susah nak create akaun fb baru. hrmm...

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p