Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad Zolkefli Menang Emas di Paralimpik Rio 2016! - sayidahnapisahdotcom Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad Zolkefli Menang Emas di Paralimpik Rio 2016!
LightBlog

Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad Zolkefli Menang Emas di Paralimpik Rio 2016!

Selepas zohor petang tadi, buka-buka televisyen ada berita tentang pencapaian atlet Negara Malaysia menang emas di Paralimpik Rio 2016, Brazil iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 Lelaki (cerebral palsy) & Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 Lelaki (masalah pembelajaran). Wahhh daebakkkk!

Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad Zolkefli Menang Emas di Paralimpik Rio 2016!


Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad Zolkefli Menang Emas di Paralimpik Rio 2016!
Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad Zolkefli Menang Emas di Paralimpik Rio 2016!
credit foto: erafm
Bukan itu sahaja! 

Ada empat fakta menarik berikutan dengan pencapaian terbaik dua atlet Negara di Olimpik Rio 2016, Brazil ini!

+ Malaysia melakar sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio iaitu di Brazil. (Malaysia pernah memenangi pingat perak dan gangsa pada Paralimpik sebelum ini)

+ Pelari pecut, Ridzuan mencatat masa larian 12.07 saat, sekaligus memadamkan rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine, iaitu 12.25 saat di Beijing 2008.

+ Atlet lontar peluru, Ziyad mencipta rekod dunia baharu dalam percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m , sekaligus memadamkan rekod dunia dan rekod Paralimpik milik Todd Hodgetts dari Australia, iaitu 16.29m yang dicipta pada 4 tahun yang lalu.

+ Tambahan lagi, Ziyad memperbaiki rekod dunia dengan jarak 16.84m pada percubaan kelimanya.

Whoaaaaaa *tepuk tangan kuatkuat please*

Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad Zolkefli Menang Emas di Paralimpik Rio 2016!
atlet negara Malaysia menang emas di paralimpik rio 2016, Brazil
credit foto: freemalaysiatoday.com
Alhamdulillah. Tahniah Ridzuan Puzi dan Ziyad Zolkefli kerana mengharumkan nama Malaysia di Paralimpik Rio Brazil 2016. We are very proud of both of you!

Tadi, saya tengok video saat Ridzuan mengalahkan atlet-atlet Negara lain..perghhhhh! Mendebarkan sungguh ! Dengan sipi-sipi lagi nak menang di saat akhir tu perghhhh. Mula-mula tu beliau ketinggalan di belakang sikit dari atlet dari Cina. Lepastu, dia dapat pecut dan leading di betul-betul saaat akhir ke garisan penamat tu. YaAllah syukur menang!

Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad Zolkefli Menang Emas di Paralimpik Rio 2016!
saat mendebarkan!
credit foto: meradongtoday.blogspot.my
Mula-mula saya tak tahu tau. Apa la dimaksudkan dengan T36 dengan F20. Yela kan atlet Ridzuan menang emas acara 100m T36 dan atlet Ziyad menang emas acara lontar peluru F20. Rupa-rupanya. T36 tu kategori cerebral palsy , manakala F20 tu masalah pembelajaran.

Itu lah sedikit info hehehe. Sekiannnn~

Post a Comment

2 Comments

  1. wah best diorang alhamdulillah bakat yang tak disia2kn dgn kekurangan diorg ada

    Apa pun terjah Nil ye ada something Join la jommmmm

    SEGMEN BLOGWALKING EXCHANGE LINK NH

    JOM JOINNNNN.... ada hadiah ada followers.. ada komen.



    http://nilamhimawari.blogspot.my/2016/09/segmen-blogwalking-blog-exchange-link-nh.html

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p