http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

kadang manusia terlalu sombong tuk menangis

By 4:42:00 PM , , ,

kadang manusia terlalu sombong tuk menangis



kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
credit foto: tumblr.com
"cuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah air mata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa air mata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia

menangislah
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahawa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah
menangislah"

-sedikit lirik dari Lagu oleh kumpulan Nasyid Firdaus - Menangislah Di Bahuku.

Lagu Firdaus ni dah lama dah. 4 tahun yang lalu haha tapi masih saya ingat bait-bait lirik dia. Sebab dulu memang hafal sangat lagu ni. Boleh kata favorite. Boleh dengar lagu dia di bawah ni.


Siapa tak ada masalah dalam hidup ni kan. Semua orang ada masalah tersendiri. Semua orang susah hati dengan masalah masing-masing. 

Kekadang buntu. Keliru. Kecewa. Sakit hati. Frustrated. Marah.

Kita tak tahu dengan siapa nak berkongsi masalah. Tak tahu nak cerita dengan siapa. Tak tahu orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan. Kita pun terus beku. Kaku dan tenggelam dalam dunia permasalahan yang sunyi..bersendirian.

Terus terang, saya jenis yang susah nak menangis depan orang. Sukar meluahkan perasaan atau masalah dengan orang. Orang tengok saya gembira, seperti tiada masalah. Orang tengok saya sentiasa tersenyum, seperti bahagia. Tapi memang bahagia pun haha. Tapi yelah bak kata saya tadi setiap orang mesti ada masalah. Besar atau kecil. Setiap orang ada. Cuma, saya lebih suka pendam sorang sorang. Selesaikan sorang sorang. Kalau nak kongsi masalah pun, tak berkongsi secara keseluruhan. Tapi.. tak bermakna saya tak menangis jika ada masalah. Saya akui bila saya sangat sangat stress, kecewa.. saya akan menangis. Tapi menangis sendiri sendiri la haha. 

Tapi.. ada orang jenis yang berbeza dengan saya.. jenis yang suka luah masalahnya dengan keluarga atau sahabat baik. Dan saya sangat suka untuk menjadi sahabat itu. Sahabat yang dikongsi masalah tersebut. Sahabat yang menjadi bahu untuk sahabatnya menangis ketika ada masalah. Sahabat yang sentiasa ada di sisi.

Point pentingnya di sini adalah.. menangislah. Kalau tak tahan, menangis lah. Kalau rasa tidak mampu, menangislah. Menangis bukan erti lemah. Bukan juga bermakna kita kalah. Menangis adalah salah satu cara untuk kita melegakan dan melempiaskan keresahan di hati kita. 

Dan berdoalah, semoga selepas kita menangis, kita akan diberi kekuatan dan juga ketenangan untuk menghadapi masalah tersebut. Amin.

Awan tak selalunya mendung. Mentari tak selalunya terik. Langit tak selalu cerah. Selepas hujan reda, munculnya pelangi yang indah. Anggaplah semua dugaan dan masalah dalam hidup membuatkan kita menjadi manusia yang lebih matang dan meningkatkan darjat kita di sisi Allah. InshaaAllah.

Be strong myself, 
be strong my dear friendssss 
and 
be strong all people around the world.

kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
never give up!
credit foto: tumblr.com

You Might Also Like

5 comments

  1. JM tak malu menangis walau JM seorang lelaki, tangisan takkan hilang lelakinya.

    ReplyDelete
  2. busyra kalau dh tak tahan sngt memang akan keluar air mata. sampai terkadang tu teresak2. sbb dengan air mata tu boleh buat kita rasa lega..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya, bila menangis itulah kita ertinya kita kuat...cuba untuk kuat tuu. cuba bertenang dengan menangis, kerana kelegaan yang dirasa apabila menangis... kalau hati dah keras, tkut x menangis, takut mencarut, lagi bahaya kan..elok lah menangiss...

    Allah bersama kita, suka atau duka... menangis sampai puas.... Allah tahu kenapa dan semuanya....

    Cik sayidah, nona nak mintak awak komen sikit entri ni, bolehh?
    Kalau awak, hadiah apa awak bagi for pengantin ehh?

    http://nonasani.blogspot.my/2016/10/selamat-pengantin-baru-wawawan-perak.html

    ReplyDelete
  4. terima kasih sbb sudi join GA sy. sy dah masukkan link blog awak dalam bloglist sy. senang la untuk sy blogwalking :)

    ReplyDelete
  5. lagu feberet I tuhh kak cik..hehehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.