http://pengetatvagina.blogspot.my/

Search This Blog

mata sebelah bergerak-gerak.. mengapakah?

By 2:13:00 PM

Pernah tak korang tiba tiba je mata sebelah bergerak-gerak? Bergerak dengan sendirinya. Tapi bukan la bergerak dengan agresifnya. Dia kadang-kadang je bergerak tapi kita boleh rasa bila dia gerak tu. Pernah tak? Saya tiga hari lepas jadi macam tu. Biasa sekejap je tapi.. seharian mata sebelah bergerak-gerak. Ermm takut jugak la kan kenapa dengan mata aku ni. Ada problem ke. Ke, sebab tak cukup tidur ke? Hmmm..

mata sebelah bergerak-gerak.. mengapakah?


mata sebelah bergerak-gerak.. mengapakah?
mata sebelah bergerak-gerak.. mengapakah?
Okay biasa kan orang-orang kata.. 
"kalau tangan gatal, maksudnya nak dapat duit", 
"jangan duduk kat pintu nanti kahwin dengan orang tua", 
"jangan pindah-pindah tempat nanti kahwin ramai", 
"kalau bulu mata kanan jatuh, maksudnya ada orang rindu", 
"kalau rama-rama putih masuk rumah, maksudnya ada orang jauh nak datang". 
Banyak kan? Hahaha.

So.. kalau mata kita bergerak-gerak sebelah? Apa maksud dia? Saya pun tanya lah umi. 

"Omma, kalau mata bergerak-gerak, maksud dia apa? Orang dulu-dulu kata apa kalau mata gerak-gerak?"

Umi jawab.."laa jangan lah duk percaya benda karut tu." #tetibe hahaha.

Den cakap laa bukannya nak percaya ke apa, saje je nak tahu. 

Pastu umi kata kalau mata sebelah gerak-gerak, maksudnya nak jumpa orang jauh. 

Perghhhh siapakah gerangan dari jauh nak bertemu dengan beta! HAHAHA sengal. Okay gurau je. Tak kisah la kan sebenarnya tapi memang pelik tiga hari lepas.. seharian mata gerak-gerak kat sebelah kanan. Sampai naik risau tau hahaha. Tapi keesokannya kembali norma dah. Phewww~ lega den.

InshaaAllah tak ada pape kan. Hehe. Okayyy adios!

You Might Also Like

4 comments

  1. eh.. lain pulak fahaman kita. orang cakap, kalau kening gerak2, maksudnya ada orang ngah bercakap pasal kita.

    jap..nak cakap kening ke mata yang gerak2 tu? kalau kening biasa dengar, ni mata gerak2, baru 1st time dengar. hehehe

    ReplyDelete
  2. pernah rasa, tapi tu la kalau baca mitos ada macam macam versi.hahah

    ReplyDelete
  3. Adehh pening lak akak tgk bijik mata bergerak tu kak cik oiii.. Hahaha..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.