REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending tapi 5 bintang saya bagi ! - sayidahnapisahdotcom REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending tapi 5 bintang saya bagi !
LightBlog

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending tapi 5 bintang saya bagi !

Sabtu lepas (22 Oktober 2016), sehari sebelum hari konvo saya.. saya pergi tonton wayang dengan kawan saya tengok movie The Wailing. Cerita Korea. Dan ada sedikit Jepun dalam tu. Saya memang paksa kawan saya cari cerita seram/hantu yang sedang ditayangkan dalam pawagam untuk kami tengok haha. So, dia pun cari kat Internet, jumpa la movie The Wailing ni. Kalau tengok di satu laman website ni, rating bagi movie seram korea ni adalah 4 bintang. Tapi bagi saya, saya bagi 5 bintang untuk cerita ni!

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending tapi best!


REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
Kenapa saya beri 5 bintang cerita The Wailing ni? Sebab dia unexpected. Mungkin pada permulaan cerita ni, kita akan fikir "alaaa, macam cliche je cerita ni.", "macam boleh agak je ending dia", "boleh teka siapa yang jahat ni", atau "mesti sama je cerita hantu ni dengan cerita lain. tiada kelainan.".

Tapi tu pada awal-awal la. Tapi kemudian, makin lama korang tengok... confirm. confirm korang akan confuse juga macam hero cerita ni haha. Tak tahu siapa yang jahat, siapa yang baik. Mana satu yang boleh dipercayai, mana satu yang tak boleh dipercayai. Keliru nak buat keputusan. Tak tahu nak ikut cakap siapa. Arghhhh! Aku pulak stress haha.

Cerita ni unik sebab korang takkan tahu apa ending dia. Saya ada teka siapa yang jahat, siapa yang baik. Tapi saya salah =.= Rupa-rupanya ada dua yang jahat, seorang yang baik. Hero The Wailing ni pun ada satu tahap saya ingat dia jahat tapi rupa-rupanya dia baik je haha. Tapi untuk sesiapa yang tak suka benda yang mengerikan, saya nasihatkan tak payah la kot tengok cerita ni hehe.

**Saya minta maaf awal awal dulu sebab saya nak spoil kan The Wailing movie ni haha. 

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: heavenofhorror.com

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: salon.com
Okay mula-mula satu kampung ni digemparkan dengan berita-berita yang mengerikan sana sini. Ada orang mati, rumah terbakar, ada yang kena gantung di pokok dan macam-macam lagi. Then, cerita jadi gempak bila anak perempuan hero The Wailing ni yang kena pula. Oh hero ni kerjanya adalah polis. So, anak perempuan hero ni kena rasuk, perangai berubah menjadi kasar dan kurang ajar. 

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
anak perempuan hero
credit foto: hancinema.net
Lepastu, mak hero panggil sorang bomoh ni untuk ubatkan anak perempuan tu. Hero syak seorang lelaki Jepun jahat sebab bila pergi ke rumah lelaki Jepun tu, ada semua gambar-gambar yang pernah menjadi mangsa di dalam kampung tu & ada jumpa satu bilik dia macam tempat pemujaan.

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
lelaki jepun a.k.a syaitan
credit foto: vox.com

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
bomoh


Dalam pencarian siapakah orang jahat tu juga, muncul la seorang perempuan tiba-tiba. Dia macam bagi hint dekat Hero ni. Hint siapakah dalang bagi semua permasalahan ni. Haaa masa ni memang saya fikir perempuan tu baik dan lelaki Jepun tu jahat. Okay lepastu, firasat saya tu berubah bila satu scene: perempuan tu sihirkan bomoh. Dia buat bomoh tu muntah-muntah darah dengan teruknya bila bomoh tu nak masuk kawasan rumah Hero. Dia juga kacau bomoh ni dalam kereta sampai bomoh tu takut. So, masa ni saya macam.. "eh perempuan ni jahat ke? takkan la bomoh ni jahat pula sehinggakan perempuan tu nak kenakan bomoh?".

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: vox.com

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: youtube.com
Keadaan bertambah confuse lagi bila hero jumpa perempuan tu. Perempuan tu kata bomoh tu jahat, lelaki Jepun tu pun jahat dan perempuan tu nasihatkan jangan balik ke rumah sebab ada kuasa jahat kat rumah dia. Masa tu, hero kena pilih salah satu : sama ada stay dengan perempuan tu di situ atau balik ke rumah sebab anak perempuan dia ada kat rumah. Okay masa ni seriusss saya terikut confuse juga macam hero tu haha. Tak tahu nak pilih mana satu. Tak tahu nak decide mana yang betul. Perempuan tu halang la hero tu daripada balik rumah. Siap merayu lagi jangan pergi. Hero ni macam nak ikut kata perempuan tu tapiii! 

Tapi last minit tetibe hero tu nampak klip rambut anak perempuan dia dekat belakang perempuan tu (atas lantai). So, hero anggap perempuan tu yang jahat sebab haritu, bomoh kata kat hero.. "yang buat jahat dekat anak perempuan dia adalah yang curi salah satu barang anak perempuan dia dan melalui barang tu lah, anak perempuan dia dirasuk". So, hero teringat kata-kata bomoh tu. Dia pun terus lari dari perempuan tu dan balik ke rumah.

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong)
REVIEW: Movie THE WAILING (Goksung)
credit foto: avclub.com
Rupa-rupanya! Rupa-rupanya perempuan tu yang baik. Dan bomoh yang kononnya nak bantu pulihkan anak hero & lelaki jepun tu yang jahat sebenarnya ish. Dua 'orang' ni bersubahat. 

Okay sebenarnya lelaki Jepun tu bukannya manusia pun. Dia adalah syaitan yang menjelma menjadi manusia. Serius meremang bila dia dedahkan bahawa dia adalah syaitan pada akhir cerita. Mula-mula dia bagi hint kepada anak saudara kawan hero (sorry tak ingat nama dia hahaha), dia kata "syaitan/iblis tidak mempunyai daging dan tidak mempunyai tulang". 

Masa dia bagi hint tu, memang penonton akan confuse sama ada perempuan tu atau lelaki Jepun tu yang syaitan (jahat). Selepas ayam berkokok tiga kali, baru lah semua (penonton) akan terkejut (saya assume jela penonton akan terkejut sebab saya terkejut haha). Masa tu lah lelaki Jepun tu perlahan-perlahan tukar bentuk dan rupa menjadi syaitan. Meremang weh masa tu! Dengan senyuman dia yang jahat gila tu sambil tangkap gambar lelaki anak saudara kawan hero tu.. perghhhh torbaekk meremang time tu!

So, ending dia.. hero jadi gila. Isteri dan mak hero kena bunuh dengan anak perempuan hero (sebab time bunuh tu anak perempuan hero dirasuk). Anak perempuan hero tu saya tak tahu apa jadi. Rasanya mati kot. Atau jadi gila juga. Syaitan dan bomoh tu terlepas lah. Thats why I kata sad ending.

REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending
REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) 18+
REVIEW: Movie THE WAILING (Gokseong) sad ending
saya dan kawan saya tonton movie the wailing di GSC IOI Mall
Tapi best la cerita ni. Tak menyesal tengok di wayang hehe. Sesiapa yang dah tonton The Wailing ni di pawagam, berapa bintang korang bagi? Jangan tanya saya mana satu yang lagi best antara cerita ni dengan Train To Busan sebab saya tak tengok lagi Train To Busan tu muhahaha.

Post a Comment

2 Comments

  1. weh... gambar kat atas tu ganaz... kena cangkul kat kpale... fuhhh

    ReplyDelete
  2. OooMMM...x sanggup la nak tgk...
    singgah pagi :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p