Search This Blog

"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"

By 9:25:00 PM , ,

"Hitam itu menawan". Benarkah? Betulkah? Setujukah? Jawab dalam hati la ye hehe. Untuk pengetahuan korang, saya di antara manusia yang suka pakai baju atau tudung hitam. Dulu masa saya sekolah rendah dan sekolah menengah, memang suka lahai pakai tudung hitam. 

"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"



"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"
"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"
Jangan terkejut dengan gambar saya di atas ni. Gambar tersebut demi nak selari dengan tajuk entri ini muahaha.

Kita perempuan ni kan mesti ada satu tudung feveret kan? Tudung yang memang selalu menjadi pilihan hati untuk pakai ke mana-mana. Pergi kedai pakai tudung tu, pergi main kat taman pakai tudung tu, pergi jalan jalan pakai tudung tu, nak pergi berjemah dengan jiran pun pakai tudung tu. Mesti ada kan tudung favourite macam tu? Haaa saya pun ada satu tudung hitam tu memang suka sangat pakai. Sampai umi tegur 'tak ada tudung lain ke?' atau 'tak basuh eh tudung ni?'. Hahaha.

Tapi sekarang dah tak ada dah tudung tu. Dah lusuh dan nazak dah ditelan zaman. Sekarang ni bukan tudung hitam yang saya suka pakai, tapi baju hitam haha. Kalau tengok koleksi tshirt lengan panjang dan lengan pendek saya memang kebanyakannya warna hitam.

Sebab apa saya suka pakai warna hitam? Sebab
1. nampak kurus
2. selesa
3. confident
4. tak menyerlah
5. tak nampak kotoran

Then, harini saya ada terbaca satu post berkaitan dengan warna hitam dan ianya telah mengubah perspektif saya terhadap warna hitam. Satu benda yang baru. Satu ilmu yang saya tak tahu sebelum ni. Apakah post itu?

Post itu adalah coretan ikhlas dari insan bernama Fynn Jamal....jom hayatinya..

Nukilan Fynn Jamal~

balik2 hitam. balik2 hitam. tak ada warna lain? macam berkabung hari2.
.
aku diam.
nanti2lah aku jawab.
.
kadang2 respon dgn seloroh;
black metal la.
nak cover gemuk la.
nak jadi arab la.
.
kadang2 orang lain jawabkan;
kau syi'ah, kan?
hahaha adoi.
.
allahummahdi qaumin fa innahum laa ya'lamuun.
.
"nanti2lah aku bagi jawapan", aku ckp pd aku.
nanti2lah.
.
hari ini--
adalah hari nanti itu.
.
dari umm khalid binti khalid;
.
rasulullah saw diberikan beberapa helai kain termasuk sepersalinan berwarna hitam.
.
rasulullah saw bertanya:
"pada siapa patut dibagi ini?"
semua diam.
.
rasulullah saw menyambung:
"panggilkan untukku umm khalid"
.
aku didukung menghadap baginda.
ketika itu aku masih kecil.
.
rasulullah saw meletakkan pakaian tersebut ke tangannya kemudian menghulurkan-- menyuruhku memakainya.
.
baginda berkata:
"semoga kau hidup cukup lama sehingga lusuh kau pakai sampai berkali2 kau perbaiki rosaknya"
.
pada pakaian itu ada sedikit hiasan hijau atau pudar.
.
rasulullah saw berkata:
"wahai umm khalid. ini sanah (bagus / cantik)"
.
HR sahih bukhari nombor 5823.
.
rasulullah saw bilang warna hitam itu paling sesuai utk orang perempuan. malah cantik.
.
makanya aku rasa tidak salah untuk aku suka warna yang rasulullah suka pada perempuan.
kan..?
.
hitam bukan warna wajib utk perempuan.
.
hanya kerana ada budaya bukan islam berkabung dgn warna hitam, atau ada org2 bukan sunnah yg konsisten dgn warna hitam--
tidak semestinya orang islam tidak boleh berpakaian hitam.
.
habis-- kalau org yahudi suka minum air sirap-- muslim tak boleh minum air sirap?
.
hadith berkenaan "menyerupai menjadikan kita sebahagian dari mereka" adalah berkenaan pelaksanaan ritual keagamaan. benda2 syirik. itu je. kena faham dulu sblm berkata.
.
many women choose to wear black-- not because it is obligatory-- but because it is the farthest removed from being an adornment.
.
hitam paling mudah;
tak jarang
tak memanggil mata memandang
tak payah pikir panjang.
.
black is a choice.
mcm kau pilih biru. atau pink. atau kelabu.
aku tak marah pun kau pilih itu.
.
kenapa aku pakai hitam?
sbb rasulullah suka perempuan pakai hitam.
tgk saja isteri2 baginda.
.
wajib?
tak.
.
rasulullah suka.
tu je.

"balik-baik hitam. balik-balik hitam. tak ada warna lain?"
Fynn Jamal

You Might Also Like

5 comments

  1. satu informasi yang saya pun tak tahu. saya pun seorang yang suka pakai color hitam. senang nak match dengan apa - apa color sekali pun. pastu senang nak jaga kan.

    ReplyDelete
  2. Allahu, baru tahu jugak benda ni :D sebab2 sy suka pakai hitam similar dgn awak, hitam menawan, senang, effect kurus hihi

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. tudung paling saya suka adalah tudung saji

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.