Search This Blog

pikapline cia cia cia Sepahtu Reunion LIVE Episod 1

By 3:07:00 PM , ,

(Jumaat, 16 Disember 2016, 10-11malam), yeayyy rancangan Sepahtu Reunion ada Season 2, dinamakan Sepahtu Reunion Live! Well for your information, ai memang peminat tegar Sepahtu Reunion haha. Artis undangan bagi Ep 1 ni adalah Erra Fazira. So, macam biasa lah Sepahtu Reunion kan. Tak sah kalau tak ada pikapline. Dan mungkin memang den #mudahterhibur, so memang suka sangat dengar pikapline-pikapline dorang ni haha.

pikapline cia cia cia Sepahtu Reunion LIVE Episod 1

pikapline cia cia cia Sepahtu Reunion LIVE Episod 1
pikapline cia cia cia Sepahtu Reunion LIVE Episod 1
Syuib: Zulaikha nama nya ye?
Erra: Ye pakcik.
Syuib: Zulaikha binti apa?
Erra: Zulaikha Binti Kamal. Nama pakcik siapa?
Syuib: Sekejap.. Nama awak terlalu panjang lah. Susah saya nak ingat sebenarnya. Bolehkah kalau saya panggil 'sayang' sahaja?

Cia cia ciaaa.

Erra: Pakcikk.. sedap pakcik nyanyi tadi.
Syuib: Alhamdulillah.
Erra: Pakcik dulu memang kerja arkitek ke?
Syuib: Macam mana tahu ye?
Erra: Sebab.. pakcik dah membina mahligai cinta di hati saya.

cia cia ciaaa hahahaha.

Syuib: Zulaikha.. awak duduk kat mana?
Erra: Saya duduk dekat Setapak.
Syuib: Ohh awak duduk dekat Setapak.
Erra: Ahaa. kenapa?
Syuib: Kalau awak nak pindah nanti, bagitahu saya. Sebab ruang di hati saya masih lagi kosong.

Ciaaa ciaa ciaaa.

pikapline cia cia cia Sepahtu Reunion LIVE Episod 1
pikapline cia cia cia Sepahtu Reunion LIVE Episod 1
Erra: Pakcik.. pakcik nampak tak? (mencari sesuatu di sekitar meja)
Syuib: Cari apa?
Erra: Saya....
Syuib: Saya tahu awak cari apa.
Erra: Cari apa?
Syuib: Cari bibit-bibit cinta kita.

Ciaaa ciaa ciaaaaaaa

Erra: Cuba pilih. Nak kiri ke.. nak yang kanan?
Syuib: Saya nak yang kanan.
Erra: Kanan? Kenapa kanan? Kalau dua-dua milik awak..

Cia cia cia ciaaa

Syuib: Awak tahu tak persamaan awak dengan mak saya?
Erra: Dengan mak? Tak tahu.
Syuib: Mak itu satu kan?
Erra: *angguk*
Syuib: Sama jugak dengan awak. Satu-satunya di hati saya.

Cia ciaa ciaaa~!

Selain dari rasa 'geli' dengan pikapline-pikapline tu, yang paling kelakar tu expression dan reaction cia cia cia dorang tu hahah. Sampai berair mata den gelak.

Syuib tamatkan sesi pikapline dengan menyanyi sikit lagu Awie ft Erra Fazira. Lepastu iklan. Lepastu dorang berpantun pulak hahaha. Serius kelakar. Yang sesi berpantun ni lagi kelakar dari yang pikapline. Kelakar sebab spontan + keletah mereka. Lagi satu yang kelakar sangat bila Ebby Yus asyik menyampuk je time Syuib nak berpantun. Syuib baru je buat satu line pantun, Ebby Yus mesti menyampuk.

pikapline cia cia cia Sepahtu Reunion LIVE Episod 1
sesi berpantun Sepahtu Reunion LIVE Episod 1
Kalau nak tengok episod 1 #SepahtuReunionLIVE, boleh tengok di SINI atau tonton kat video bawah ni. Selamat menonton dan terhibur dengan lawak spontan mereka!
**Pikapline start dari minit ke 26:24 hingga 29:46.
**Sesi berpantun yang super kelakar tu pula start dari minit ke 31:00 hingga 35:40.



Baca juga:

You Might Also Like

2 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.