ramai yang salah sangka

by - December 11, 2016
Saya ni jenis yang jarang keluar rumah. Memang niat di hati nak selalu keluar rumah, keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan tapi abi (ayah saya) tak kasi saya keluar sembarangan. Walau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sekalipun, banyak yang disoal siasatnya dan kadang-kadang tak bagi pun haha. Takpelah kan.. saya dah biasa dah sejak kecil macam tu. Saya tahu abi bukan kongkong, tapi "protective". :)

Tapi bukan itu yang saya nak cerita hahaha. Okay.. kan saya jenis yang jarang keluar rumah, lagi-lagi sekarang saya dah habis study dan kerja sikit-sikit dari rumah. Memerap dalam rumah je.  Memang jarang jumpa orang. Melainkan geng-geng mengaji umi kadang-kadang datang rumah. Atau ada kenduri haa baru lah saya dapat jumpa orang lain.

Then haritu ada kenduri kat dewan. Dewan dekat dengan rumah je. Lepastu ramai la yang duk tanya saya "tingkatan berapa sekarang?", "lepas ni sekolah nak ke mana cadangnya?", "lepas sekolah nak buat apa?". And I was like "makcik, saya baru je habis degree 4 tahun di UPM hehehehe" atau "eh pakcik saya bukan budak sekolah. saya baru habis belajar kat UPM. sekarang tengah duduk rumah hehehhee". Haa yang penting hehehehe kat belakang setiap ayat tu haha.

ramai yang salah sangka
short girl problem
Ni baru-baru ni pergi kenduri kat Ipoh, Perak. Jumpa la anak-anak kepada sepupu abi. Yang umur bawah-bawah lagi la. 15tahun, 18tahun, 19tahun dan ada lagi lah. Saya kan jenis yang peramah sikit (walaupun pemalu orangnya :P ). So, saya tanya la awak umur berapa, awak nama apa. Lepastu dia boleh pula tanya saya "awak tingkatan berapa?" atau soalan yang berbaur ke arah seperti saya ni baru habis SPM macam tu. Hahaha. Bila saya kata saya dah 23 tahun dah dik. Terkezutt dorang haha.

ramai yang salah sangka
short girl problem
Itu lah 'salah sangka' yang saya maksudkan di tajuk entri. Kekadang tu saya tak tahu la nak happy ke, atau nak bangga ke, atau nak sedih bila orang sangka saya budak sekolah lagi. Tapi pernah sekali la masa tu yang paling "teruk" bila orang ingat saya budak sekolah rendah hahaha. Speechless betul saya masa tu. Yela mana tak nya kan, budak sekolah rendah pun ada yang lebih tinggi dari saya =.=

ramai yang salah sangka
short girl problem
Mungkin faktor ke-rendah-an saya kot yang buat orang fikir saya masih budak sekolah. Well, tinggi saya 147cm (kadang-kadang 146cm haha). Plus, perangai saya yang ermmm ye, kebudak-budakan sikit haha. Tapi tak apa lah, tak kahwin lagi boleh la perangai budak-budak kan hehe. Dan mungkin juga salah satu faktor orang ingat saya still budak sekolah sebab muka saya yang comel. Macam budak-budak. Okbai hahaha.

Tapi saya tak ada lah nak tension bagai pasal ni. Saje je nak berkongsi cerita haha.

Alrighttt, adioss~!

ramai yang salah sangka
stay kawaiiii~!
p/s: kawaii bahasa jepun. maksudnya : cute/comel

You May Also Like

5 comments

  1. Takpa KC , org kecil ni awet muda tau, kakak mai lg kecil dari mai, so bila keluar jalan2 org selalu salah sangka yg semua anak dia tu anak mai, dh org ingat dia tak kawin lagi, argghhh tak tahu la nak tension ke apa, ahahaha.

    ReplyDelete
  2. Ok apa.. awet muda selalu.. hehehe..
    Esok ada anak org ingat adik beradik..

    ReplyDelete
  3. Kecik ni comel, ada keistimewaan tau salah satu awet muda haha tahniah awak.

    ReplyDelete
  4. yang seronoknya orang rendah ni selalunya nampak lebih muda.. i is jeles.. huhu

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  5. itu untungnya orang kecik ni. (boleh ke kecik?) sbb dia akn nmpk muda. bnding dengan mek yg 24 tap nmpk 30 thun --'

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p