Search This Blog

Tips Elak Hilang Wang Dari Kad Debit Baru

By 6:19:00 PM , ,

TIPS ELAK HILANG WANG DARI KAD DEBIT BARU


TIPS ELAK HILANG WANG DARI KAD DEBIT BARU
TIPS ELAK HILANG WANG DARI KAD DEBIT BARU
Bermula 1.1.2017 semua kad debit dan kredit hanya akan gunakan sekuriti PIN menggantikan tandatangan.

Bagi yang dah tukar ke Debit Kad yang baru, anda perasan tak dalam kad baru telah ditambah fungsi Contactless Transaction (Paywave) yang membolehkan transaksi TANPA masukkan SEKURITI PIN untuk belian RM250 kebawah.

Dengan Contactless Transaction, anda hanya perlu sentuhkan kad pada terminal dan duit anda akan ditolak dari akaun. Nilai maksimum untuk setiap transaksi adalah RM250. (Amount Bank Standard Chartered)

Bayangkan kalau anda ada 4 kad debit yang baru dari bank yang berlainan, anda akan kehilangan RM1000 jika wallet anda hilang atau dicuri.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Perkara pertama setelah dapat kad debit yang baru:

1. Hubungi pusat servis bank yang mengeluarkan kad debit anda dan bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka

2. Minta mereka berikan amount Contactless Transaction untuk kad anda.

3. Minta pihak bank hapuskan atau kurangkan nilai Contactless Transaction kad anda.

4. Pihak bank akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja untuk kemaskini sistem ini.

5. Hubungi pihak bank selepas 3 hari untuk pastikan Contactless transaction telah dihapuskan atau nilai telah dikurangkan.

Bagi aku biar leceh sikit kena masukkan sekuriti pin bagi setiap transaksi daripada tau tau duit susut dalam akaun tanpa kita sedar. RM250 kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi aku.

Benda ni penting bagi aku dan aku rasa dah jadi tanggungjawab untuk aku share benda ni pada orang lain.

Please share kalau rasa bermanfaat untuk kawan-kawan lain.

Assalamualaikum
-Anwar Badroldin-

Semoga info ini bermanfaat! Adios! :D

You Might Also Like

6 comments

  1. sy ada byk kad debit tp satu je yg ada byk duit. yg lain tu ada rm10 je. saja suka2 buat koleksi kad debit. hehehehe.

    ReplyDelete
  2. thanks for info. menarik nie. senang betul nak membeli barang sekarang bila ada paywave. semua ada kebaikan dan keburukan memasing :D

    ReplyDelete
  3. masih belum faham fungsi paywave tu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.