abi tanya soalan cepu cemas "bila nak kahwin?"

by - February 24, 2017
Malam semalam borak-borak dengan umi abi. Abi suruh daftar SSM & buat akaun KWSP sebab saya niat nak gerak (kerja) sendiri.

Lepastu, saya menyelit la kata "tengah kumpul duit juga ni untuk kahwin"

Walhal, takde pun terfikir nak saving untuk kahwin hahaha. Tiba-tiba terluah pula macam tu. Tapi bila difikirkan balik pun, memang patut la simpan duit untuk kahwin nanti kan. Kalau tak simpan dari sekarang, nanti nak guna duit siapa? Takkan besau besau ni nak pinjam duit umi abi.

Okay.. lepas saya mention kumpul duit untuk kahwin tu, tak ada la umi abi cakap apa-apa. Sambung la borak macam biasa.

Pagi tadi, time makan sarapan. Abi tanya soalan cepu gangsa "kakcik bila target nak kahwin?"

GULP

Ohmai english! 

Rasanya abi tak pernah tanya lagi soalan bila nak kahwin tu kat den sebelu  ni. Ni mesti sebab saya  cakap tentang kumpu duit nak kahwin semalam ni. 

Oh, nak tahu ke saya jawab apa? Hehehe.

"kakcik nak kumpul duit dulu sekarang."

Wahhh jawapan yang tak menjawab soalan langsung kan? Hahahaa. Lepastu abi counter attack.

"kalau kumpul duit, sampai 10 tahun akan datang masih kumpul duit lagi"

Okay abi okay haha.

"maybe dua tahun lagi kot" saya jawab.

Haaa selamat sikit kan saya mention dua tahun. Supaya umi abi tak ungkit tentang kahwin dah pada tahun ni dan tahun hadapan haha.

Alaaa, lagi pun siapa tak nak kahwin kan? Ada faktor-faktor tertentu menyebabkan seseorang tu tak kahwin lagi. Yang penting, perbaiki diri menjadi yang lebih baik dari semasa ke semasa :)

be patient

You May Also Like

10 comments

  1. hahahahaha....sabar jer la..KC muda lagi kot..x yah fikir dulu la

    ReplyDelete
  2. Seramnyaaa kena tanya soalan macam tu. Boleh bayang dah gulp dia tu macam mana. haha

    ReplyDelete
  3. Biar lambat asalkan pilihan untuk menjadi ketua keluarga itu pilihan yg trbaik

    ReplyDelete
  4. insyaallah adalah jodoh tu,sabar ya akan tiba jugak masa tu

    ReplyDelete
  5. Ok pas kak irra beranak sorg lagi, boleh tolong kc buat persiapan kawen...hihihi

    ReplyDelete
  6. banyak berdoa agar dikemukakan jodoh yang baik-baik...

    jodoh yang mendekatkan kita kepada Allah SWT

    ReplyDelete
  7. sy masih berfikir, thn bila sy target nak kawen? 😌

    ReplyDelete
  8. Hehehe tu la KC, sape taknak kahwin, tapi adalah sesuatu yg perlu kita settle dulu sebelum gerak ke target tu kan.

    Yg penting, doa yang baik2

    ReplyDelete
  9. Sy suka kata kata ayah tuan punya blog. Hehe. Memang perlu target kahwin dulu baru fikir kumpul duit. Sebab kalau fikir kumpul duit dulu sampai bila bila tak cukup. InsyaAllah bila niat kahwin rezeki dtg. sebab tu target kahwin dulu.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p