Perjalanan sebagai seorang Blogger

by - February 08, 2017

Perjalanan sebagai seorang Blogger

Perjalanan sebagai seorang Blogger

Ada seorang hamba Allah ni bernama Sayidah Napisah. Dia teringin sangat nak buat blog pada tahun 2010 (Form 5) sebab tengok kawan-kawan sekelas dia ramai ada blog sendiri. Dah la blog kawan-kawan dia design lawa, followers ramai pula tu. Dah la followers ramai, komen di entri pun banyak. Dah la komen banyak, dikenali ramai pula tu. Dah la dikenali, content blog mereka best-best pula. 

So, seorang Sayidah Napisah ni pun berazam nak ada blog sendiri

Dia pun sign up di www.blogger.com & URL blog dia adalah (jangan gelak!) memburucintamu.blogspot.com. Sebenarnya maksud URL tu adalah memburu cinta Mu (Allah) tapi orang salah faham. Dikatanya, URL tu membawa maksud memburu cinta lelaki. Ceyttt tak de makna la haihhh Sayidah Napisah nak buru cinta kaum Adam haha.

Oh, Sayidah Napisah ni tak aktif sangat pun time mula-mula jadi blogger dulu. Selepas SPM sementara menunggu result, dia memang agak aktif menaikkan followers blog dia. Tapi masuk je alam matrikulasi, senyap terus. Dibawa angin Laut Sumatera.

Then, pada tahun ketiga dia study degree di UPM (2015), baru lah kembali aktif. Aktif segala-gala nya lah. 
+ aktif update entri, 
+ aktif join Giveaway/segmen,
+ aktif blogwalking,
+ akftif ping entri di Group Facebook Blogger & Google+,
+ join 1 group blogger (group EFG tapi kini dikenali dengan nama AFB),
+ aktif belajar ilmu blog,
+ aktif meluaskan network blog
+ aktif membina nama dalam dunia blogging

Pada tahun 2015 juga, Sayidah Napisah beli domain sendiri dan terbentuk lah www.sayidahnapisah.com. Dia sayang sangat dengan blog sayidahnapisahdotcom ni. Sebab apa? Blog ni sekarang :
+ ada 1616 entri blog
+ 1143 followers
+ UV sehari > 2K
+ PV sehari > 5K
+ hampir mencecah 3 juta pageview blog
+ dapat jana income setiap bulan

Walaupun banyak ups and down seorang Sayidah Napisah tempuh sepanjang jadi blogger & banyak masa yang diluangkan sehingga dia berada pada kedudukan yang sekarang, tapi dia seronok. Banyak benda dia belajar, experience dan achieve. From zero to ..... eh, belum jadi heroin lagi haha. Not yet.

DONE!

Okay maaf ye penganjur bagi Segmen Bloglist ni - farhannajafri. Sebab beliau suruh buat posting ringkas je, tapi ni panjang berjela dah macam entri sendiri dah haha sorry.

Haaa siapa nak join Segmen ni jom le. Dapat membebel panjang tentang perjalanan sebagai seorang Blogger haha. Malah, siapa yang menang dapat wang tunai tau. Haa rugi tak join.

penyertaan bloglist blog
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Goodluck!

You May Also Like

20 comments

  1. Tahniah sayidah. bukan senang nak capai tahap macam sekarang kan. teruskan berblogging:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. yeap betul-betul. inshaaAllah :D

      Delete
  2. gud luck kc. kita sma la start blog 2010. tp busyra skrng ja bru aktif. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke. aktif sangat nampaknya busyra. jeles tengok kekekke

      Delete
  3. Tahniah!! Kelabu mata tengok PV Sayidah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih! aipppp jangan kelabu sangat haha.

      Delete
  4. i kenal you kembaqq..love you, doakan i kejar you pulak, tengah nak naik balik ni, lepas sthn stgh terumbang ambing macam apa lagi..huhu thanks tau you dengan EFB support i sesangat, syukur sangat, kalau i terus tulis, rasanya i akan menangis, so, i nak stop dekat sini..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. love youu too kembaq! hahaha kejau la ai. ai pun nak kejar blogger lain hehhe. eh i tak bantu u apa-apa pun. u yang kuat + tabah ;) yang penting, i and AFB team will be forever support you kay ;)

      p/s: EFB tu gabungan AFB+EFG kah? hahahaha :P

      Delete
  5. Alhamdulillah...apa yang diusahakan membuahkan hasil...sentiasa memotivasikan Kak PC tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak PC. man jadda wajada, wa man zara'a hasoda :)

      Delete
  6. MemburuCinta .. uhh uhh .. hehehe... jiwang tu....
    Selamat kembali ke dunia blog yang semakin kejam ini . haha.

    - hasrulhassan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. well~ perempuan ni memang jiwang hehe. kejam eh? takpe takpe, may Allah guide us dalam dunia yang kejam ni :)

      Delete
  7. Kak cik! Good luck...^^ Alhamdulillah, bukan senang kan nak berada di tahap sekarang :)

    ReplyDelete
  8. good luck! hehe, url blog tu unik betul,biasalah kalau orang salah faham kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) kan kan. sabau jela hahahha

      Delete
  9. from nothing to something.. post yg sgat memberi inspirasi kpd sy yg masih baru dlm berblog.. keep on blogging ^^

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p