Search This Blog

mungkin bila kita berada dalam situasi dia, kita boleh jadi lagi teruk dari dia

By 10:30:00 PM , ,

Alih alih channel Televisyen, melekat jap kat channel Oasis. Rancangan Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE).

Kata-kataa tetamu dalam ceramah tu  (tak ingat nama =.=) melekat dalam kepala saya sampai sekarang. Intipati yang saya dapat dari kata-kata beliau..

+ kalau kita bersangka buruk dengan manusia bermaksud kita bersangka buruk dengan Allah.

+ kalau kita tengok orang tu jahat/buat maksiat (atau langgar perintah Allah atau sewaktu dengannya), jangan lah kita kutuk dia. sebab mungkin suasana/keadaan sekeliling membuatkan/memaksa dia jadi macam tu. Jadi.. doakan semoga dia diberi hidayah. Kita tak tahu, mungkin kalau kita berada seperti dalam keadaan dia, kita boleh jadi lebih teruk dari dia.

+ kalau kita nampak orang tu baik / buat baik, doakan juga. Doakan semoga dia istiqamah dalam perkara baik yang dia lakukan.


Yeap yang tu antara yang paling saya ingat. Sebab kata-kata tu menusuk terus ke dalam jantung saya. Membuatkan saya lebih beringat, 'memahami' dan menerima karenah/perangai berbagai manusia dalam dunia ni - Tiada yang sempurna.

mungkin bila kita berada dalam situasi dia, kita boleh jadi lagi teruk dari dia
islamic quotes #1
So, conclusionnya.. bersangka baik lah dengan manusia (yeah it's super duper hard. i know it. but better try then give up kan?). Sentiasa doa yang baik-baik. Hidayah tu Allah yang punya. Bila-bila Allah nak beri hidayah pada manusia, Allah beri je. Jangan lah mencaci dan berkata buruk pada seseorang itu seolah-olah kita tak pernah buat dosa. Jangan judge. Jangan menghina/mencaci. Beri peluang pada orang untuk berbuat baik. 

Sesungguhnya, bukan lah permulaan atau pertengahan hidup yang perlu kita risaukan. Tetapi pengakhiran. Bagaimana kah pengakhiran hidup kita? 

Semoga mati kita semua mati dalam iman Amin~

mungkin bila kita berada dalam situasi dia, kita boleh jadi lagi teruk dari dia
islamic quotes #2

You Might Also Like

3 comments

  1. Semoga yang baik-baik aja yang datang dalm hidup kita dan keluarga kita kan KC..

    ReplyDelete
  2. Betul...bersangka baik...dan terus mendoakan....elakkan terus buat kesimpulan..

    ReplyDelete
  3. betul tu kc..setuju sangat.. nak copy ayat no 2 tu ehh..hihihi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.