Search This Blog

(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK

By 9:10:00 PM , ,

Pernah dengar tak ayat penggerak ni? Sebelum ni saya tak tahu pun dan tak pernah dengar. first time I knew about this bila baca buku DIAGNOSIS FOBIA. Di dalam buku tersebut, ada tertulis tentang ayat penggerak pada muka surat 291.



AYAT PENGGERAK




"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Riwayat Abu Daud, 4/323; At- Tarmidzi, 5/465 dan Ahmad)

+ Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko, atau bermusafir/hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko/pulang ke rumah dari melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.

+ Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat, baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar dan teruskan perjalanan/pekerjaan tersebut.

Haaa itulah info tentang ayat penggerak yang saya jumpa di buku DIAGNOSIS FOBIA.

diagnosis fobia
(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK dalam buku Diagnosis FOBIA
Sebenarnya (doa/zikir) ayat "bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi........." tersebut dikenali juga sebagai wazifah. Ayat ni memang famous. Betul tak? Korang mesti kenal dan biasa dengar doa wazifah ni kan? Para Ustaz pun memang galakkan kita amalkan setiap hari ayat ni. Why?

Safety against Sihir
Menjadi benteng dan pelindung kita daripada Sihir/santau/benda tak baik/perkara yang boleh memudaratkan. 
Ayat "bismillahillazi...." ni membantu kita daripada diganggu makhluk halus.

zikir ayat penggerak
(ZIKIR) AYAT PENGGERAK

kelebihan ayat penggerak
(doa) AYAT PENGGERAK

doa ayat penggerak
(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK

doa pagi dan sore
(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK

doa halang santau
(DOA/ZIKIR) AYAT PENGGERAK - halang dari terkena santau makanan/minuman
Banyak kan advantage ayat ni? So, sila sila lah hafaz zikir bismillahillazi.... ni dengan tajwid yang betul & amalkan setiap hari selepas solat + fahamkan maksudnya (lebih afdhol). InshaaAllah~ 

Moga kita dipelihara daripada perkara yang tidak elok dan tidak diingini. Amin :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Terima kasih share.. ena nak doa-doa ni semua.. sebab memerlukannya sangat2

    ReplyDelete
  2. memang elok amalkan.. kalau nak pergi berjalan seronok2 pun elok amalkan juga ayat ni supaya kita sendiri pun beringat, berpada-pada dalam keseronokkan.. :)

    ...

    ReplyDelete
  3. Airah pernah baca mengenai ayt ni tapi tak amalakan lagi.kena amalkn mulai sekarang. Banyak manfaat dia

    ReplyDelete
  4. Terija kasih. Jelas sekali.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p

Newsletter

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di sayidahnapisah65@gmail.com.

[PENAFIAN] www.sayidahnapisah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.