malam ni malam Nisfu Sya'ban - sayidahnapisahdotcom malam ni malam Nisfu Sya'ban
LightBlog

malam ni malam Nisfu Sya'ban

Harini, hari khamis bertarikh 11 Mei 2017 bersamaan 14 Sya'ban 1438H. Selepas maghrib, masuk 15 Sya'ban. Jadi, malam ini adalah malam Nisfu Sya'ban. Whats the meaning of nisfu? nisfu bermaksud pertengahan. in the middle. Thats why tarikh tengah-tengah iaitu 15 pada bulan Sya'ban dipanggil nisfu Sya'ban. So, apa kelebihan malam tersebut?


Malam Nisfu Sya'ban

malam ni malam Nisfu Sya'ban [gambar sekadar haisan]
Muaz bin Jabal RA, bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya "Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisgu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan." 
[Sahih Ibn Hibban, no Hadith 5665]

Berdasarkan sumber dari Mufti Wilayah Persekutuan (Dr. Zulkifli),dari sudut fiqah hadis.. 
kita, umat Islam, dituntut pada malam ini (malam nisfu syaaban) untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Untuk itu, tidak dinafikan bahawa pada malam tersebut mempunyai kelebihan dan padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi yang memohon amoun dan yang berdoa kepada-Nya. Disebabkan itu, Imam al-Syafie mengatakan sesungguhnya berdoa padanya iaitu malam nisfu Sya'ban adalah mustajab.

nisfu sya'ban
malam Nisfu Sya'ban
Haa itu lah fadhilat malam nisfu sya'ban yang memang ramai ternanti nanti. Sebab tu kalau kita perasan kan, ramai yang minta maaf dan mohon halalkan makan minum bila nak menjelang nisfu Sya'ban. So, saya pun dengan rendah hati nak minta maaf pada semua semua yang ada terrrkecil hati atas kata-kata dalam blog saya ni. Maafkan kekhilafan saya ye :(

Oh, jangan lupa juga baca Doa Nisfu Sya'ban ye!


DOA NISFU SYA'BAN DAN MAKNA TERJEMAHANNYA:



doa nisfu sya'ban
doa nisfu sya'ban

terjemahan doa nisfu syaaban
makna terjemahan doa nisfu sya'ban
Selamat menikmati kelebihan yang terdapat pada malam Nisfu Sya'ban malam ni! Wassalam :)


Post a Comment

2 Comments

  1. Salam Nisfu Syaaban KC. Kak ana singgah sini :)

    ReplyDelete
  2. Semoga ibadat kita secerah bulan Nisfu Syaaban, ameeen 😄

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p