Niat Puasa Sehari & Sebulan - sayidahnapisahdotcom Niat Puasa Sehari & Sebulan
LightBlog

Niat Puasa Sehari & Sebulan

Tadi kat berita TV3, penyimpan mohor besar Raja-Raja, Dato' Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan first day puasa jatuh pada hari Sabtu esok, 1 Ramadan 1438H bersamaan 27 Mei 2017. Haaa apalagi, boleh la niat puasa sekarang hihi. Nak niat puasa sehari boleh, sebulan sekaligus pun boleh. Saya biasa kalau niat puasa ni, saya nyanyi lagu Raihan je. "nawaituu sauma ghadin.....". Rentak muzik dia buat kita senang nak hafal heee.

Niat Puasa Sehari & Sebulan
jom niat puasa! esok dah puasa :)

Niat Puasa Sehari & Sebulan

Niat Puasa Sehari & Sebulan


Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

niat puasa
Niat Puasa Sehari

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:


Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Terjemahan: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

niat puasa sebulan
Niat puasa sebulan Ramadhan
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


Waktu Niat Puasa

Waktu berniat puasa bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa kerana kita sahur bangun untuk apa? Mestilah untuk berpuasa kan? Haaa tu dah dikira niat lah tu. Tapi yelaa kan kot-kot terlajak tidur, tak dapat nak sahur. Tu pentingnya niat puasa pada malam hari tu:)

Selamat berpuasa semua esok! kalau tak ada idea nak masak sahur apa, meh baca sini: 30 Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur.

Okay adios~! Wassalam.

Contact/whatsapp 0172008642 (sayidah) untuk order :)

Post a Comment

6 Comments

  1. Selamat berpuasa dan semoga dipermudahkan segala urusan ketika bulan puasa ni.. InshaAllah

    ReplyDelete
  2. Akak pun selalu niat untuk sebulan pada 1st ramadhan.. Bukan apa dah berusia nie suka lupa.. hehehe

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p