program myPRIHATIN : lesen motosikal (Kelas B2) cuma RM100 - sayidahnapisahdotcom program myPRIHATIN : lesen motosikal (Kelas B2) cuma RM100
LightBlog

program myPRIHATIN : lesen motosikal (Kelas B2) cuma RM100

Pernah dengar tak program myprihatin? Kat surat khabar --> INISIATIF BANTU GOLONGAN MISKIN BANDAR. Lesen Kelas B2 cuma RM100. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia perkenal program MyPrihatin untuk penduduk bandar berpendapatan isi rumah bulanan kurang RM3900 (B40) miliki lesen motosikal B2 dengan kadar RM100, berbanding kadar biasa RM360 bagi bantu mereka jana pendapatan.


program myPRIHATIN : lesen motosikal (Kelas B2) cuma RM100


myprihatin
program myPRIHATIN : lesen motosikal (Kelas B2) cuma RM100
Di Facebook JPJ pun ada mengeluarkan sedikit notis berkaitan dengan Program myPRIHATIN:

Syarat-syarat permohonan myPRIHATIN

1. Warganegara yang mempunyai kad pengenalan Malaysia (biru)

2. Umur 16 tahun ke atas
3. Miskin bandar yang isi rumah RM3000 ke bawah
4. Belum pernah memiliki apa-apa kelas lesen memandu

Buat masa ini dilaksanakan Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur (KL) dan masa akan datang akan dibuat 4 bandar besar seperti Pahang, Johor, Perak dan Pulau Pinang. (negeri lain secara berperingkat)

NOTA PENTING: calon yang terpilih adalah yang berdaftar di bawah Program e-KASIH atau mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Penerima bantuan Baitulmal.

#myPRIHATIN
#JPJMalaysia
#rakyatdidekatiJPJdisenangi

syarat syarat permohonan myPRIHATIN
syarat syarat permohonan program myPRIHATIN
Haa tudiaa. Nampaknya program myprihatin ni memang betul-betul nak bantu mereka yang tak mampu. Kerana calon yang terpilih adalah yang berdaftar under program e-KASIH/ dapat bantuan dari Jabatan Kebajikan / Baitulmal. Tapi sekarang ni kat WP dulu dan akan dilancarkan di negeri-negeri lain secara berperingkat.

Program myPRIHATIN ni kan untuk golongan miskin penduduk bandar sahaja. Di kawasan kampung, boleh apply lesen di bawah program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) atau Program myLESEN. Mylesen RM200.

Tapi ramai juga la yang saya nampak .. complain tentang myprihatin ni. sebab ada rules kena daftar under ekasih, jabatan kebajikan, baitulmal baru boleh apply. Kalau tak, tak layak untuk mohon.

Lepastu ada yang complain kenapa harga myLESEN lebih tinggi daripada myPRIHATIN walhal mylesen untuk luar bandar manakala myprihatin untuk bandar. Patutnya yang luar bandar lagi rendah dari penduduk di bandar.

Aduyaii macam-macam kan~

Tapi, tujuan saya share entri tentang program myPRIHATIN ni untuk memberitahu pada orang yang tak tahu. Mana tahu kot kot ada yang layak ke, boleh la mohon. Mana tak layak tu, jangan salahkan atau complain kat saya ye hahaha.

Kalau anda lepas syarat-syarat myprihatin, boleh pergi di laman web JPJ (www.jpj.gov.my) untuk makluman lanjut.

Kalau anda ada sebarang pertanyaan or permasalahan, boleh tanya sendiri kat staff JPJ ke aduan@jpj.gov.my.


Sekian~ wassalam :)

Post a Comment

1 Comments

  1. Kak, saya belum pernah ada apa-apa lesen lagi… macam mana nak apply ya, boleh pergi dekat sekolah memandu ke?

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p