'Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli'

by - June 23, 2017

Full story from my dear cousin, Abu Hurairah Asifa.. Semoga bermanfaat :)

'Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli'

Saya pernah berniaga bazar.

Saya biasa berniaga bazar.

Saya dah rasa perihnya berniaga bazar.

Dari bangun awal.pagi, masak lauk sampai tengahari.

Lepas zohor, masukkan barang dalam van. Angkat khemah, kerusi, tray, alas, sudu dan macam-macam lagi.

Dah sampai bazar, susun pula satu-satu. Meja, kerusi, lauk pauk sampailah terduduk keletihan yang amat sangat.

Kadang matahari pacak atas kepala, kadang hujan membasahi semua.

Satu hari niaga, hujan lebat. Angin kuat sampai berniaga sambil pegang payung.

Dari pukul 3 sampai pukul 6 hujan tak berhenti. Orang yang datang tak perlu kira pakai jari. Sebab tak sangat ramai.

Peniaga lain dah mula bungkus.

Muka masing-masing hampa.

Kecewa lebih ramai sebenarnya.

Ada yang lempar balang air ke longkang. Marah gamaknya. Yang jual lauk.pun menung. Yang jual nasi ayam, nasi tomato, nasi briani lagi nanges.

Saya diam. Melihat hamparan lauk yang masih belum di beli. Ikan kembung segar dalam kari. Ikan pari masih berenang dalam asam pedas ni. Ayam tetap bergolek sana ke mari.

Akhirnya, tinggal saya sorang di bazar.

Teringat mak pesan,
'Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli'

Gelisah mat amin! dah nak pukul 7. Sorang pun takde.

"Bu, balik lah. Takde sape nak beli tu!"

"Kau niaga apa woi hujan-hujan! baliklah giler!"

Saya masih diam. Saya pandang langit, moga Allah kasihkanlah saya yang dah penat dari pagi.

Tiba-tiba tepat pukul 7.10 minit, sebuah kereta parking. Keluar seorang akak.

"Adik! Alhamdulillah, nasib baik masih ada lauk. Akak buat makan-makan untuk anak yatim kat rumah tu. Tapi katering tak sampai2. Boleh tak kamu hantar semua lauk ni? sempat lagi nak buka 7.30 kan?"

Nak nanges!

Allah balas kepercayaan ni.

Saya ajak semua lauk ke rumah akak

"Nah, RM500. Kalau kurang kira nanti ek. Lepas majlis habis. Rumah akak kat jalan 4, simpang kanan kampung sira."

'Baik kak!'

Saya angkat semua lauk. Saya tengok ikan kembong dan ikan pari menari-nari. Ayam lagi la hepi. Sotong udang berpelukan tanpa geli.

Allah, Engkau Maha pemberi rezeki buat kami!


You May Also Like

2 comments

  1. Alhamdullilah. Percaya pada rezeki Allah.

    ReplyDelete
  2. mati, rezeki, jodoh, pertemuan di dalam rahsia Illahi.
    sabarlah jika mendengar kata2 seperti
    "Kau niaga apa woi hujan-hujan! baliklah giler!"
    "itulah...memilih sangat, kan tak kawin2 lagi..."
    "ko nak jumpa dia bila? petang ni ke atau petang tahun depan? bukan ko tak tahu perangai dia!"
    tapi yang paling best bila dalam keadaan marah "kau ni bila nak mati haaa???"

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p