"makcik awakk.. makcik awakk~"

by - July 17, 2017
So far, saya dah ada 6 anak buah. 3 lelaki 3 perempuan. Yang lelaki suka mengusik yang perempuan. Tapi bila bergaduh, perempuan yang menang haha. Mestilah, girls' power kan *flip tudung bawalJadi seorang makcik ni memang best. Lagi-lagi macam saya yang tak ada adik ni, memang sesuai sangat laa ada anak buah. Boleh buli dorang. Boleh dush dush. Boleh suruh dorang buat ni, buat tu, ambil ni, ambil tu. Hahahaha. Gurau-gurau. (tapi kekadang makcik Sayidah ni memang saya suka buli anak2 buah kekekeke)

Tapi paling best bila anak-anak buah panggil saya "makcik". Entah lah that feeling bila anak buah cari makcik mereka kat mana & that feeling bila anak buah suka bermain dengan makcik mereka.. so beautiful and wonderful :D


"makcik awakk.. makcik awakk~"



"makcik awakk.. makcik awakk~"
Hamad Muaz si adik & Hamad Raef si abang
Tapi dalam ramai-ramai anak buah saya (ramai la sangat ahaha), ada sorang (Hamad Raef) yang panggil saya 'makcik awak'. Serius nii, tak memain haha. Raef kalau panggil saya mesti panggil "makcik awakkk.. makcik awakk!"

Why? 
Kenapa 'makcik awak'? Bukan just normal makcik?

kisah anak buah
dua beradik Raef & Muaz
Alkisahh.. 
asal usul nama 'special' makcik awak tu...

Saya ni jenis yang suka guna perkataan 'awak' dengan budak-budak. Tak tahu lah kenapa. Rasa macam lebih mesra haha. So, masa tu raef umur berapa eh saya tak ingat. Tapi agak kecil lagi. 2 or 3 tahun lebih macam tu lah umurnya. 

And saya pun niat nak bermesra la dengan dia. Sebab dia jenis yang pasif dan suka ngelat dari main dengan saya. So, saya nak attract dia, saya cakap cakap la dengan dia. Create conversation. Tarik perhatian dia.

Dan saya pun ada la sebut perkataan 'awak' banyak banyak kali dalam perbualan kami. Contohnya macam:

"Raef.. awakkk sihat?" 
"awakkk.. jom lah main dengan makcik"
"awak suka main ni tak?"
"awak suka kereta yang mana?"
"awakkkk. tak baik tau macam tu"

Tu contoh la. Saya pun tak ingat saya bualkan apa dengan raef masa tu hahaha. Tapi yang pasti ada perkataan 'awak' saya sebut sooo many times to him.


Bermula dari detik tu lah.. 

dia panggil saya dengan panggilan 'makcik awak'. mungkin tu cara dia ingat saya. Makcik yang suka guna perkataan awak dengan dia hehe. Bagus lah sebenarnya. Sebab dia ada dua mak saudara yang nama panggilan nya adalah makcik. So, nak bezakan kami dua : sorang makcik mirae. Sorang lagi makcik awak. HAHAHAHA.

Tapi sekarang ni saya dah tak guna sangat dah word 'awak' dengan anak-anak buah. Sebut nama penuh terus hahaha.

Okay tu je nak cerita muhehehe. Selamat malam~! Daaa wassalam :)

You May Also Like

6 comments

  1. Hehehe makcik awak makcik awak.. comel jer Raef sebut makcik awak tuu.. bukanlaaaa makcik saya ni makcik saya ni kikikiki..

    ReplyDelete
  2. bijak anak buah makcik ni...

    http://muasz.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Cute..makcik cute, anak buah buah pun cute sama ..

    ReplyDelete
  4. Hahaha tomeynyaaa 'makcik awak' ... Hahaha. Anak buah mai baru 3, tapi penatnya nak kepung depaaaa tu ya ampunnnnn. hahaha.

    ReplyDelete
  5. 'makcik awak' alahai comeinya bila budak-budak sebut.

    hai 'makcik awak'

    ReplyDelete
  6. Masa raya ni jumpa dengan anak anak buah

    Dah besar semuanya

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p