"Manisnya' darah haid..." - yang benar, akulah 'dia'.. [kisah seram benar]

by - July 19, 2017
[kisah seram benar] [kisah seram benar di Malaysia]

#kisahbenar ... darah itu keluar dari rahim wanita kemudian melalui faraj & akhirnya diratah 'dia'..

"Manisnya' darah haid...." - yang benar,  akulah 'dia' .... [kisah seram benar]


"Manisnya' darah haid..." - yang benar, akulah 'dia'.. #kisahbenar
[kisah seram benar] GAMBAR SEKADAR HIASAN
"Setiap hari masa bungkus plastik yang penuh pad dalam tong sanitary tu... bau dia tersangat busukk... ada yang penuh pad & berketul-ketul... ada sekali tu dalam pukul 10.10 malam saya dengaq bunyi bising dalam bilik ayaq tu... bila bukak tengok... ada 2 pad yang penuh darah kat lantai.. macam ada orang keluaqkan.... meremang saya masa tu.... balik pun tak boleh nak tidoq sebab fikir macam macam... "


kisah benar seram haid
"Manisnya' darah haid..." - yang benar, akulah 'dia'.. #kisahbenar
Ini pengakuan dari Aini... seorang cleaner di Langkawi.

"Kami jadi cleaner ni pun kadang tak sangka orang Islam kita pun biaq pad lagu tu... takkan depa tak tau 'benda tu' suka darah? Dulu tok saya pun cerita... ada sorang perempuan ni dia buang pad dia dalam tong sampah... pastu keluaq sat nak ambil pad baru.. masa dia masuk bilik ayaq tu semula.. dia tengok ada sorang perempuan tua makan-makan pad dia yang penuh darah tu... lepas dia cerita kejadian tu kat mak dia... 3 hari dia demam panas.. pastu meninggal....Tolonglah basuh pad"

Menurut Aini.... sepanjang dia buat kerja cuci tandas.. kerja yang dia paling seram nak buat adalah bungkus tong sanitary kerana dia sangat percaya 'banyak yang berkumpul' di situ....

Seram bila bercakap dengan Aini..... tapi saya tak nafikan kebenarannya sebab dalam Quran pun dah diterangkan....

Surah Az-Zukhruf Ayat 62

وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.


"Saya pernah tegur seorang adik yang buang pad penuh darah ni... supaya basuh elok-elok pad tu baru buang... pastu dia marah saya balik & cakap saya kolot"

Dalam Quran dah diterangkan yg syaitan iblis ni tunggu untuk sesatkan anak cucu Adam. Ya... walaupun kita tak nampak tapi dia memang ada.

Disebabkan ramai tak tahu pantang larang ni lah... finally jadi macam macam benda pelik.

Cuba fikir...
Kenapa ibu yang berpantang tak boleh keluar rumah?
Sebab darah nifasnya sangat disukai makhluk halus...

Cuba fikir...
Kenapa kita tak boleh mandi tanpa seurat benang?
Sebab 'dia & sekutunya' mengintai kita.... & kalau dia dah jatuh hati tu boleh bawa sampai ke bilik....

Cuba fikir ...
Kenapa anak anak kecil kena azan & iqamat sesudah lahir?
Sebab ada syaitan - Ummu Sibyan yang tunggu untuk sesatkannya....

Cuba fikir....
Kenapa uri perlu ditanam dengan mengikut cara Islam?
Sebab uri tu keluar dari faraj seorang wanita... yang punya bau hanyir yang sangat-sangat disukai makhluk halus.... sebab tu kena hilangkan baunya & tanam sedalamnya....

Banyak kes yang saya terima di #9bulan10hari berpunca dari kecuaian... & disebabkan kecuaian tulah ramai yang menyesal....

Buat semua wanita... basuhlah pad/kain yang terkena darah haid/nifas ni secuci cucinya dengan menggunakan sabun sehingga hilang bau... kemudian balutlah dengan kertas surat khabar & masukkan dalam plastik kemudian baru buang.

Rahim... faraj... semua tu 'barang' kita yang nak guna lama... uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya....


COPYRIGHT @Nazira Nazir buat 9bulan10hari.



Apakah 9bulan10hari tu?

9Bulan10Hari : Buku + Video sbg sahabat baik bagi wanita dan ibu hamil. Ia sarat dgn Tips-tips & nasihat dari Ustaz Don (Panel Islam), Doktor Fidak Pakar O&G (Panel Doktor), Tok Puan (Panel Pakar Bidan) & Nazira Nazir (Penulis) Buku. 

9 bulan 10 hari
Buku 9 bulan 10 hari
Nak beli buku tersebut? Boleh dapatkan di SINI

Saya tak beli pun lagi buku tu tapi macam best kan buku 9b10h tu haha.

Okay lah semoga kisah dan nasihat dari Penulis Buku ni beri manfaat & pengajaran buat kita semua.

Daaa~ selamat malam. Wassalam :)

You May Also Like

8 comments

  1. ada baca baru ni kat fb. bising juga la kes tu. tak basuh pad. ada gak la orang gini

    ReplyDelete
  2. Bila baca macam ni takut pulak...kadang kadang kalau teguran tak bagi reason kita tak nak dengar...bila ada reason baru kita terdiam dan rasa takut..hihi

    ReplyDelete
  3. Menakutkan, thanks you for sharing! Darah sendiri kot, kenalah bersihkan. ;)

    ReplyDelete
  4. perkara ni ustazah dulu pun dah pesan...sampai sekarang saya pegang pesanan usatazah ni

    ReplyDelete
  5. thanx for reminder & sharing kc..huhu..reminder to myself...

    ReplyDelete
  6. Peringatan yang bagus.. Darah haid memang kena cuci elok-elok..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p