Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam

by - August 23, 2017
Perempuan dan Moody memang bagai air yang dicincang tak akan putus hahahaha. Tapi tak ada laaa setiap masa dan ketika nak moody dan monyok masam. Ada sebab dan juga puncanya.. Antaranya...


Yang mana punca perempuan jadi moody dan masam?


Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam
Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam
1. Tudung renyuk

Secara tepatnya.. tudung tak jadi. Senget sini, senget sana. Renyuk sini,renyuk sana. Kelepet sini, bengkok sana. Memang sakit hati kan hahaa. Nak cakap dengan orang bila tudung tak jadi pun rasa tak confident.

2. Berat badan naik

Woww ni memang boleh menimbulkan hormon moody serta merta hahaha. Lagi-lagi bila tengah usaha nak turunkan berat badan, tup tup bukan turun tapi naik =.=

3. Tumbuh jerawat

Satu, dua jerawat tak apa lagi. Ni bila jerawat melakukan serangan besar-besaran dan saiz pun besar dan sakit. Arghhh. Biasanya kalau tumbuh jerawat ni bila nak dekat time bendera merah haha.

4. Datang bulan

Haaa panjang umur. Baru cakap pasal bendera merah tadi. Dah la tumbuh jerawat, lepas tu datang bulan pula. Perghhh. Yang lelaki sila jangan buat hal dan saja saja mengusik time ni ye. Takut gunung berapi meletup bila dia tak tahan hahaha.

5. Crush tak layan

Ni nak setuju ke tak ek. Saya rasa.. Sebenarnya yang lebih tepat.. Crush tak layan kita + layan perempuan lain hahaha. Kalau crush tak layan kita boleh tahan lagi tapi kalau crush layan perempuan lain dengan mesra alam dan penuh dengan senyuman manis.. memang boleh jadikan muka kita masam seperti jeruk haha.

6. Pin tudung habis

Kena tambah sikit. Pin tudung habis dan tiada siapa yang nak dipinjam pin tudung. Yelah cuba bayangkan. kerongsang habis lepastu bila nak minta kat orang lain.. orang lain tak ada. Habis tu kita nak guna apa? Grrrrr.

Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam
Antara Punca Perempuan Boleh Jadi Moody & Masam
Saya no.2 tu bukan lah punca jadi moody, cuma confidence level merundum je hehe. 

No.4 tu saya setuju sangat. Saya tak tahu lah. Mungkin kot ada satu hormon moody memang diciptakan untuk perempuan yang nak datang bulan atau sedang datang bulan dan boleh jadi juga selepas datang bulan hahaha.

No.3 saya tak setuju. Sebab entah lah. dah biasa ada jerawat wakakaka. So tak ada la sampai jadi moody pun. Cuma bila terkena jerawat yang sakit tu memang arghhhhhhhhhhhh sakit! Hahaha.

Kalau blogger.. punca boleh jadi moody adalah bila UV PV tak tinggi dan earnings adsense ciput muahahahaha. Kbai.

You May Also Like

5 comments

  1. tak tahu nak pakai baju mana pun boleh moody. tu belum masuk hal lapar lagi.

    ReplyDelete
  2. haha..betul la tu. kalau dah masam tu jgn cuba dekat tau

    ReplyDelete
  3. alamak. banyak-banyak list macam ada jew yang kena

    ReplyDelete
  4. bab no 2 dan 3 memang sangatlah kena dengan diri ini. Hihi. Sekarang dark spot pun dah banyak kat muka. Aduh :(

    PV tak tinggi pun boleh jadi punca kepada blogger moody. Siqah macam tu jugak, rasa sedih je bila tengok PV tak tinggi. Tapi takpelah, nak buat macam mana lagi, update blog pun malas. Hii :D

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p