Beruntungnya mereka yang lahir pada tahun 50 60 70 80 an! - sayidahnapisahdotcom Beruntungnya mereka yang lahir pada tahun 50 60 70 80 an!
LightBlog

Beruntungnya mereka yang lahir pada tahun 50 60 70 80 an!

Siapa yang lahir pada tahun 50' 60' 70' 80' ? Mereka yang lahir pada tahun tersebut sangat beruntung kerana berpeluang merasai apa yang saya tak pernah alami. Apakah ia?

1- Mereka yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana merekalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.

2- Merekalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari mereka masih lincah menari di atas keyboard pula.

3- Merekalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus mereka juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.

4- Merekalah generasi semasa kanak-kanak bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan mereka. Sekaligus saat ini mata dan jari mereka tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget.

Beruntungnya mereka yang lahir pada tahun 50 60 70 80 an!

5- Merekalah generasi terakhir di masa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon / sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya. Kerana mereka adalah generasi yang berjanji cukup dengan hati. Kalau dulu mereka harus bertemu untuk bergelak tawa bersama.

6- Merekalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.

7- Merekalah generasi terakhir yang pernah menikmati tanpa perlu berfikir ada penculik yang membayangi mereka.

8- Merekalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk pindah saluran sana sini.

9- Merekalah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen. Menghantar surat, dari sahabat atau kekasih hati.

10. Generasi yang bawa RM0.10 - RM0.50 ke sekolah tapi boleh makan sampai kenyang kat kantin.. Itulah mereka.

Anda generasi itu? Kongsikan ini kepada mereka yang lain. Biar yang belum tau menjadi tau. Biar yang pernah tau tetap ingat kalau mereka tau. Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tahu (saya lah tu yang tak tahu - generasi 90an hahaha)

Post a Comment

4 Comments

  1. Betul...kami dapat rasa semua sekali...hehe

    ReplyDelete
  2. Seronok waktu tu, kitorang tak bergantung dgn tv, coz siaran tv limited lah sgt ... lebih seronok main guli, lastik burung, main rounders, police n thief, main batu tujuh, main potong ayam, main kad uno, main kad tepak ... aish, teringat semua kenangan time kecil2 dulu ... and yes, kami rekod suara sendiri n dengar berulang kali, lepas tu gelak ramai ramai ...
    Satu lagi, bila bab bergambar, beli negatif kodak/fuji .. the best di pasaran time tu, dgn roll 12, 24 atau 36 ...

    ReplyDelete
  3. bestnya. i was born in a wrong year! huhuhu

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p