find yourself the right best friend - sayidahnapisahdotcom find yourself the right best friend
LightBlog

find yourself the right best friend

Saya suka dengan status Kak Fynn Jamal haritu because I can relate with her and understand what she want to say:

find yourself the right best friend
find yourself the right best friend | sumber: Google
i used to be so possessive of literally everything i feel belong to me;
kawan baik, pasangan, famili.
.
i used to want to be in control.
.
semua benda kena aku setuju baru boleh. sebab dalam kepala otak aku, aku tau apa yang terbaik. dan aku cuma nak yang baik-baik saja untuk semua.
.
keyword: dalam otak aku.
.
jadi aku terlalu sibuk dengan ahmad serasi tak dengan gepren baru dia. peduli apa kalau ahmad ngam dengan awek tu. kalau aku rasa tak orait-- aku memandai cakap "ah takyah la dulu".
.
aku juga jadi terlalu risau kalau mimi masih bertegur dengan musuh aku. di mana kesetiaan mimi? sebab aku kalau tau mimi bergaduh dengan murni, AKU lah orang pertama yang bertempur untuk mimi.
.
distorted, kan, definisi kawan untuk aku?
.
sebab itu kawan boleh bilang dengan jari. sebab aku memang tak reti. semua benda aku genggam terlalu kuat sampai kat tangan ini ia mati.
.
so what kalau kawan kita ada 10 group wasep selain dengan kita? so what kalau kawan kita masih berbual dengan ex-kawan kita? so what kalau kawan kita nak me-time dan tak nak ikut weekend plan kita?
.
apa isunya?
.
tempoh hibernasi aku berkhalwat dari bersosial banyak buat aku fikir balik cara aku melihat cara aku melayan orang. aku perlu akui-- kerana menyedari aku tidak berapa pandai lah yang buat aku jadi lebih selesa bersendiri.
.
aku terlalu posesif.
so the only way to fix that is by no longer possessing anything anymore.
.
aku takkan boleh tamak benda aku tak ada.
.
aku serahkan setiapnya kembali pd الله. 
manusia kanan kiri. kawan jauh, kawan dekat. 
semuanya aku sebut pada الله: ambillah kembali mereka-mereka. 
siapa yang kau pulangkan semula-- aku cuba jaga sebagaimana selayaknya.
.
maka begitulah jadi sedikit baki-baki sahabat yang ada. dan dengan prinsipal baru ini, aku hidup dengan lebih sentosa.
.
ada--
alhamdulillah.
tak ada--
tak ada masalah.
.
semua orang ada life dia. nak datang rumah, aku buka pintu. lama tak datang, aku rindu. layan manusia macam kucing. kena bagi ruang. bukan harap manusia taat buta macam anjing yang hidupnya semata berkhidmat pada orang.
.
kita sendiri ada masa-masa kita.
ada masa meriah,
ada masa monolog sorang-sorang.
kita manusia.
ada dinamiknya.
.
find yourself the right best friend.
yang boleh selamatkan kita dari azab kubur, contohnya.
.
macam Quran.

find yourself the right best friend
find yourself the right best friend
Yeap saya pun jenis yang possesive. That's why saya belajar untuk redha dan bersyukur. Kerana dua rasa ini membuatkan saya lebih tenang dan tidak kecewa.

Kawan tak semestinya manusia. Boleh jadi macam-macam jenis dan apa. Bukan siapa.

Boleh jadi pengalaman lalu adalah kawan kita supaya kita tak terjerumusuntuk melakukan kesilapan yang sama.

Boleh jadi buku adalah kawan baik kita pada masa lapang. Mengisi hati dan fikiran dengan ilmu yang bermanfaat.

Boleh jadi zikir adalah kawan rapat kita pada waktu sunyi kita. Menjadi makanan roh dan jiwa islami kita.

Conclusion is.. find yourself the right best friend. The RIGHT BFF. Best Friend Forever.

Post a Comment

5 Comments

  1. Eloklah tu kita belajar mengenal diri sendiri

    betulkan masa yang kurang

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. memang kita sangat2 lah digalakkan untuk mengenal siapa diri kita :D

    ReplyDelete
  3. yeah...we need to find the best friend that can keep us on the right path. like u just said; Quran. the best friend ever is ourselves. :)

    ReplyDelete
  4. Best baca kata-kata Fynn Jamal. Tak dinafikan Siqah suka baca caption dia di IG. Panjang sentiasa caption dia. Dan semuanya berguna untuk kita hadam jugak.

    BFF. Setuju dengan SOfie. Our BFF is ourselves :)

    ReplyDelete
  5. Bila kita buat sesuatu kerana manusia, kita pasti kecewa. Buat sesuatu kerana Dia, in Shaa Allah tenang seanjang masa :)

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p