Permohonan Online Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda) - sayidahnapisahdotcom Permohonan Online Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda)
LightBlog

Permohonan Online Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda)

PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR | Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman tanpa faedah untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

Permohonan Online Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

SYARAT-SYARAT AM

Syarat-syarat Permohonan
Keterangan
Kelahiran
·        Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

·        Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau

·        Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.

·        KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR

Peringkat pengajian
Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil - sijil profesional / pelajar Kolej Vokasional seluruh negara adalah tidak layak memohon)

Penajaan
Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja layak memohon. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.

Pencapaian Akademik
Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan

Tahun Pengajian
Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN / diberi tempoh pelanjutan pengajian.


SYARAT AKADEMIK


Peringkat Pengajian
Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda Pertama
·        Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas; atau

·        Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

·        Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

Diploma
·        Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

·        Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK / CGPA 2.50 ke atas.

Sijil (IPTA)
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM;


Iklan Tawaran

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
Permohonan Online Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
+ Hebahan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor
+ Hebahan melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my

Kaedah Permohonan
Permohonan adalah secara online sahaja di Portal rasmi TKWBNS

Tarikh Permohonan
Permohonan dijadualkan dibuka seperti berikut:
Sesi Pertama: 1 - 28 Februari 2017
Sesi Kedua: 1 - 30 Ogos 2017

Temuduga
+ Pemohon yang mengemukakan permohonan lengkap dan layak akan disenarai pendek untuk temuduga.
+ Temuduga dijadualkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.
Pemohon yang tidak dipanggil temuduga di anggap tidak berjaya

Tawaran
+ Hanya pemohon yang disokong panel dan mencapai markah minimum yang ditetapkan akan ditawarkan pembiayaan.
+ Keputusan tawaran akan diumumkan dalam tempoh 2-3 minggu selepas selesai urusan temuduga.

Semakan Temuduga/ Keputusan
+ Hebahan panggilan temuduga dan tawaran dibuat melalui portal rasmi TKWBNS. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk membuat semakan dari semasa ke semasa.
+ Urus Setia tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul akibat daripada kegagalan pemohon untuk membuat semakan sendiri.

Kuota Penerima
+ Kuota 1,500 peminjam sahaja setahun.
+ Purata jumlah permohonan yang diterima adalah 6,000 pemohon setahun.

Kriteria Pemilihan
+ Mengisi dan memuatnaik semua dokumen permohonan ke dalam sistem dengan LENGKAP.
+ Memenuhi semua syarat kelayakan memohon.
+ Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga
+ Mencapai markah minimum jumlah keseluruhan merit yang diambil kira.
+ Pemohonan yang memenuhi semua Syarat Kelayakan Memohon TIDAK SEMESTINYA ditawarkan pinjaman.

KADAR PINJAMAN

Peringkat Pengajian
Kadar pinjaman (setahun) (RM)
Ijazah Perubatan (perubatan/ pembedahan/ pergigian/ veterinar)
7,000
Ijazah Sarjana Muda
6,500
Diploma
4,900
Sijil
4,000

Kadar ini adalah terpakai bagi pengajian di institusi awam dan swasta.
*Pelajar Ijazah Perubatan yang mempunyai pembiayaan PTPTN adalah layak untuk memohon.
*Pelajar selain Ijazah Perubatan tidak dibenarkan mempunyai 2 penajaan dalam satu masa.

KAEDAH PEMBAYARAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR

+ Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun Bank Muamalat Pelajar.
+ Pelajar yang berjaya ditawarkan Pinjaman Pelajaran adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Muamalat sahaja.
+ Pembayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan oleh Urus Setia.

PERMOHONAN SESI KEDUA DIBUKA PADA 1 OGOS 2017 - 31 OGOS 2017

Untuk pemohon baru mendaftar, klik SINI
Untuk pemohon yang telah mendaftar pada sesi-sesi lepas, klik SINI.


Permohonan Online Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
Program Khas Peduli Siswa & Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Post a Comment

2 Comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p