Sifat Mereka Yang Lahir Pada Bulan Ogos #happybirthdaytome #2Ogos - sayidahnapisahdotcom Sifat Mereka Yang Lahir Pada Bulan Ogos #happybirthdaytome #2Ogos
LightBlog

Sifat Mereka Yang Lahir Pada Bulan Ogos #happybirthdaytome #2Ogos

Ehem ehemmm. Bulan Ogos adalah bulan paling special buat saya. Bulan Ogos membuatkan saya berasa dihargai seketika kerana dihujani ucapan dan doa dari ramai orang gutuwww~ Perasan tak hashtag di atas tu? Hahahaha. Harini 2 Ogos is my birthday! Doakan kesejahteraan saya di dunia dan di akhirat yeee (paksa doa hahaha!).

Disebabkan saya lahir bulan Ogos, sooo I want to share kajian dari Dr. Fadzillah mengenai sifat dan juga personaliti dan juga sikap dan juga behaviour dan juga perangai dan juga perwatakan orang yang lahir bulan 8 ni. Saya pun nak tahu tepat atau sipi sipi kah dengan diri saya hehe.

Sifat Mereka Yang Lahir Pada Bulan Ogos
Sifat Mereka Yang Lahir Pada Bulan Ogos // credit: Google

Rahsia Bulan Kelahiran : Bulan Ogos

(rahsia bulan kelahiran ini berdasarkan kajian 25 tahun oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah)


1. Suka berlawak
-- saya banyak buat #lawakhambar je sebenarnya hahaha.

2. Mudah tertawan padanya
-- **blushing.

3. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
-- ambil berat tu betul. tak best lah ambil ringan terhadap orang lain kan. sebab orang lain tu memang berat pun. #lawakhambar #pleaseketawa

4. Berani dan tidak tahu takut
-- berani senyum, cakap dan bergurau dengan cikgu paling digeruni di sekolah. so, yes.
-- tak takut tengok cerita hantu. so, yes.

5. Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
-- tegas dalam beberapa perkara.
-- takut nak jadi ketua tapi suka menolong ketua haha.

6. Pandai memujuk orang lain
-- buat muka comel dan kenyit mata sikitt, terpujuk lah nanti hahaha. #gurau

7. Terlalu pemurah dan bersikap ego
-- menjadi pemurah untuk bekalan di akhirat apa salahnya ;)
-- yeap saya rasa saya seorang yang ego.

8. Nilai harga diri yang sangat tinggi
-- ni tak sure apa maksudnya hahaha.

9. Dahagakan pujian
-- yezzahh. i love people compliment me. tapi itu tak bermaksud saya buat sesuatu itu hanya sebab mahu pujian orang :)

10. Semangat juang yang luar biasa
-- semangat juang melawan aura-aura negatif haha.

11. Cepat marah dan mudah mengamuk
-- mengamuk ye? macam tak je. mengamuk dalam hati ada lah haha. mengamuk tak tentu pasal, its not me.

12. Mudah marah apabila cakapnya dilawan
-- mudah marah tapi tak tunjuk hehe.

13. Sangat cemburu
-- SANGAT. saya setuju haha.

14. Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
-- maybe sebab pakai spek mata? #lawakhambarlagi =.=

15. Cepat berfikir
-- tu yang lambat tidur. asyik berfikir je haha. #konon

16. Fikiran yang berdikari
-- tidak bergantung pada fikiran orang. haha.

17. Suka memimpin dan dipimpin
-- yes and yes. absolutely right.

18. Sifat suka berangan
-- hmm hmmm iye. bukti? suka tengok drama korea, suka baca Novel cinta. haha

19. Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
-- no. no. dan no. tak pandai lukis, suara tak merdu, tak pandai menari, tak pandai bersilat (tak pernah cuba sebenarnya hehe).

20. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
-- yess SANGAT sensitif tapi part tidak mudah merajuk tu ermmm macam salah je haha.

21. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
-- mungkin sebab metabolisme badan tinggi.

22. Belajar untuk bertenang
-- im trying. tidak mudah melenting :)

23. Sikap kelam kabut
-- ada sorang kawan saya tu beritahu. her first impression towards me is: kelam kabut. hahaha.

24. Romantik, pengasih dan penyayang
-- of courseee :P

25. Suka mencari kawan
-- yesss. saya seorang yang peramah dan easy-going. thats why :)

Antara duapuluhlima perwatakan ni, yang paling tak benar yang ada dalam diri saya adalah nombor 19. Yang lain semua betul haha.

Korang pula? (soalan khas untuk para lelaki dan perempuan yang lahir pada bulan August hehehe)

Post a Comment

10 Comments

  1. SELAMAT HARI LAHIR..SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI

    ReplyDelete
  2. Wah.. Kita sama bulanlah. Cikla pun yg no 19 tu rasanya tak betul kot. Sebab mmg tak reti menari dan bersilat. Tapi kalau melukis tu betul kot sbb masa sekolah selalu masuk pertandingan melukis poster. Paling ingat poster anti dadah. Haha..

    Btw, happy bornday kc... Stay cute.. 😘😘

    ReplyDelete
  3. Happy bestday KC comei. Semoga dimurahkan rezeki dan di rahmati olehNya

    ReplyDelete
  4. Happybesday.moga dipermudahkan segalanye...
    Bohong arr my wife 1.ogos x cam tu punnn.

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir KC. Ada satu lagi sifat yang tak letak kat artikel ni.. -Sentiasa Comel >.<

    ReplyDelete
  6. Happy birthday kakcik....
    semoga murah rezeki , sihat , n panjang umur ....
    Have a nice day...

    ReplyDelete
  7. Hehe betul betul. Ada beberapa yg xtepat je

    ReplyDelete
  8. wahhh.. selamat hari lahir sayidah...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

    http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p