5 petua merawat selesema pada bayi

by - September 28, 2017
Ada banyak cara untuk merawat selesema bayi antaranya memberinya makan ubat daripada klinik, namun pada usia bayi yang masih kecil, pemberian ubat pada peringkat awal seharusnya dielakkan. Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan ibu bapa untuk mengatasi masalah selesema di kalangan bayi dan juga kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

5 petua merawat masalah selesema pada bayi


1. Gunakan minyak bawang putih (Garlic Oil)

5 petua merawat selesema pada bayi
petua merawat selesema pada bayi | credit: mamamia.com.au
Sediakan satu labu bawang putih, bakar tanpa minyak sampai keperangan dan ketuk perlahan-lahan sekadar terbelah sedikit. Masukkan ke dalam minyak zaitun. Ibu boleh ramas-ramas sikit agar pati bawang putih tu bercampur dengan minyak. Kemudian sapukan di dada, belakang dan tapak kaki bayi sekerap yang boleh. Bawang putih adalah antibiotik semula jadi yang boleh membantu masalah selesema.

2. Mandikan dengan air suam + minyak kayu putih

Mandikan bayi tiga kali sehari dengan menggunakan air suam. Letakkan sedikit minyak kayu putih dan mandikan bayi seperti biasa. Wap air yang bercampur dengan minyak kayu putih akan memberikan keselesaan kepada pernafasan bayi.

3. Air kunyit

5 petua merawat selesema pada bayi
petua merawat selesema pada bayi - air kunyit
Sediakan kunyit hidup. Gosok-gosokkan ke permukaan kasar, contohnya lesung untuk mendapatkan air kunyit. Sapukan air kunyit itu pada batang hidung bayi. Ini boleh mengelakkan hidung bayi tersumbat dan memberi kelegaan kepada pernafasan bayi.

4. Gunakan balsam

Dapatkan balsam seperti Vicks khas untuk bayi yang ada dijual di farmasi. Ambil sedikit balsam, gosok-gosokkan di telapak tangan sehingga terasa panas, kemudian sapukan ke dada, belakang, tapak kaki bayi dan pakaikan stokin.

Letakkan sedikit di hidung dan batang hidung bayi. Selepas sapu tinggikan bantal bayi agar dia mudah bernafas.

5. Makanan berkhasiat

Petua menghilangkan selesema bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkanlah pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.

Khasiatnya akan menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sangat baik untuk bayi sebagai penawar sakit. Teruskan penyusuan secara eksklusif dengan lebih kerap walaupun anak batuk dan selesema. Jangan sekali-kali menghentikan penyusuan.

sumber: Sinar Harian

Saja salin kat sini. Nanti dah ada baby boleh rujuk sini wakakakaka. Gurau gurauu :P

Yelah kalau bayi selesema atau batuk, kesian kan tengok. Tidur tak lena, kurang selera makan, sakit.. kita yang bukan mak ayah bayi tersebut pun tak senang nengoknya. So, kalau nampak ada baby selesema dan buntu tak tahu nak buat apa untuk sembuhkan, boleh lah cuba tip-tip di atas hhehehe.

Okay daaa~ wassalam! :)

You May Also Like

1 comments

  1. Ena mmg amalkan kunyit letak kt batang hidung tu. Elok slesema cepat kering.. sgt membantu.. klu bawang putih tu xberani la sbb panas kn.takut anak xtahan pedih kt kulit

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p