Resepi Serunding Daging Siat Halus

by - October 06, 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Korang suka serunding tak? Kalau saya.. depends lah. Kalau sedap, saya makan banyak. Kalau tak sedap, ermmm.. krik krikk krikk. Tolak tepi sikitt hahaha. Tapiii.. kalau dah jumpa yang sedap, saya memang tak toleh kiri kanan dah. payah nak berhenti ratah. Lagi-lagi kalau serunding tu pedas, perghhh!

Agak susah sebenarnya nak cari serunding yang sedap + betul-betul kena dengan taste kita pada zaman sekarang. Eh.. tapi bergantung juga pada taste masing-masing. Some people ada yang suka serunding besar-besar, keras.. some people suka yang halus-halus, lembuttt.

Kalau ditanya "senang ke susah buat serunding ni?". Sorry saya tak boleh nak jawab haha. Sebab saya tak pernah buat serunding dan tak pernah juga nampak umi masak serunding. Just beli or orang bagi je. 

Habistu, resepi yang saya nak share ni? Siapa punya? Resepi di bawah ni saya jumpa kat akhbar. Nampak macam mudah je step step dia hahahaha. Elehhh... Kalau setakat tengok memang senang kan. Ce buat tengokkk.




Resepi Serunding Daging Siat Halus

Resepi Serunding Daging Siat Halus
Serunding Daging Siat Halus | credit: www.seluaslautan.com
BAHAN-BAHAN:

1 kg daging - direbus dan disiat halus
200 gm serbuk kari
100 gm jintan manis
100 gm jintan putih
100 gm serbuk ketumbar
200 gm cili kering kisar
400 ml santan
500 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR:

200 gm bawang merah
120 gm bawang putih
10 batang serai
100 gm kunyit hidup
6 sm lengkuas
6 sm halia

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga harum
2. Kemudian masukkan cili kering kisar, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Gaul sehingga wangi dan garing.
3. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan ia mendidih.
4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat halus. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
5. Teruskan memasak dengan menggunakan api yang perlahan sehingga serunding kelihatan kering.

Sedia untuk dihidangkan!

Resepi Serunding Daging Siat Halus
Serunding Daging Siat Halus | credit: dayangjack.blogspot.my
Selamat mencuba! :)

You May Also Like

5 comments

  1. sedapnya . bila tengok serunding ni teringat pulak lemang dengan ketupat

    ReplyDelete
  2. yeahh..boleh cuba resepi serunding ni nanti

    ReplyDelete
  3. perghhhh....sedapnya,bagai di siat2 hati kak lina tengok serunding ni...hihi

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p