Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)

by - October 26, 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Yeayyy finally! Akhirnya saya dapat juga tonton filem Tombiruo : Penunggu Rimba di pawagam yang kini menjadi bualan hangat rata-rata rakyat Malaysia. But first of all, tahniah buat filem Tombiruo: Penunggu Rimba kerana telah berjaya memungut kutipan RM4 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan sejak 12 Oktober 2017 yang lalu. You deserve it, Tombiruo!

Tombiruo: Penunggu Rimba menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit. Filem ini menyaksikan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Kusyairi dan ramai lagi.

Seperti yang kita semua tahu.. filem Tombiruo: Penunggu Rimba diadaptasi dari karya novelis thriller nukilan Ramlee Awang Murshid. So, siapa yang dah baca novel Tombiruo yang pertama ni mesti dah pun tahu dan acknowledge bahawa cerita Tombiruo is amazingly memang best dan penuh dengan debaran. Cumanya persoalan di sini.. adakah filem Tombiruo best ataupun tidak? Biasa-biasa sahaja ataupun setaraf antarabangsa?


Sinopsis Filem Tombiruo : Penunggu Rimba

Sebelum den review, moh le baca sinopsis Filem Tombiruo : Penunggu Rimba ni dulu. So that korang boleh dapatkan gambaran dan feel sikit.

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017) | credit gambar: Astro Awani
Secara ringkas, filem ini menceritakan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci penduduk. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya buat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo.

Sementara Amiruddin anggap Tombiruo punca keperitan hidup keluarganya. Wartawan Wan Suraya ikuti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan.

Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi bela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Bagaimanapun satu demi satu rahsia mula terbongkar selepas pertemuan mereka itu. Apakah rahsia itu? Saksikan filem ini di pawagam!

credit sinopsis: Sinar Harian.
pelakon tombiruo
krew dan pelakon Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | credit gambar: Astro Awani
Para Pelakon & Nama Watak Filem Tombiruo : Penunggu Rimba

Zul Ariffin - Ejim @ Tombiruo.
Farid Kamil - Amiruddin
Nabila Huda - Wan Suraya
Faizal Hussein - bapa Ejim
Hasnul Rahmat - Uncle Juslan
Farah Ahmad - Bobohizan
Atu Zero - Ondu
Michael Chen - Wong
Datuk M Nasir - Tan Sri Berham
Datin Marlia Musa - Bonda
Dynas Mokhtar - Baizura


Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba - Filem Aksi Thriller No.1 Malaysia A++

Secara jujurnya, saya sangat sangat enjoy menonton filem ni. Tak ada masa laa nak rasa boring atau mengantuk. Penuh dengan aksi dan thriller. Penuh dengan debaran dan tension. Saya bagi A+ overall.

Yang saya kagum, scene pukul memukul dan lawan melawan nampak real & bukan fake. Nampak ganas & bukannya lembik. Nampak tough & bukannya hanya "kau pukul aku sini sikit, kau pukul aku sini sikit" hahaha. Bila Wan Suraya kena tolak dengan Wong pun memang real. Bukannya just tolak-tolak sotong. Dari segi tu, memang patut dipuji.

Dari segi CGI (imej janaan komputer) yang diterapkan dalam filem ni pun memang harus dipuji. Babak terbakar, babak yang melibatkan api, babak akar pokok, babak lantai hutan terbelah, babak rumah Ejim dalam hutan. Nampak sooo real!

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Scene paling best? Mesti lah scene six pax Ejim wakakakaka. Okay gurauu.. Actually, semua scene best. Tapi scene yang pada saya "perghhhhh walawehh!" adalah:

1. scene di mana sesi kereta kejar mengejar di jalan raya. Seriussss babak ni DAEBAKKKKK! Ejim mendaratkan dirinya ke atas kereta konco Wong. Lepastu Wong tembak kereta belakang. Then Ejim pun jadi tak stable then bergayut kat pintu kereta. Lepastu time jatuh dari kereta pun perghhhh soo dramatic and real! Dan macho hahahahaha.



2. scene di mana Ejim terkurung dalam satu tempat oleh Wong & konco-konconya. Haa tu memang best. Dengan scene kaca gelas pecah + dinding kayu pecah + Ejim keluar dari tempat tu dengan macho nya.. perghhh dah macam taraf antarabangsa dah aksinya hehehe.

Tapi ada satu je scene yang saya agak kureng.. Scene 'kelakar' +  agak 'tak menjadi' bagi saya adalah ketika scene Ejim menyelamatkan Wan Suraya daripada terkena letupan di dalam hutan. Alaaa scene yang di mana Wong tembak dua ketul fire extinguisher yang diikat di batang pokok, then peluru tu memantul ke arah Wan Suraya. Wan Suraya dah kata STOPPPP kat Ejim supaya Ejim tak pergi situ tapi Ejim tetap pergi berlari selamatkan Wan Suraya. Haa start dari Wan Suraya kata STOPPPP tu lah yang kelakar. Maybe sebab slow motion nya lamaaaaaaa sangat & riak muka Wan Suraya time tu kelakar, haa kan saya dah tergelak masa tu. scene tu sepatutnya jadi scene yang mendebarkan dan serius tau, tapiii tu lah. hahahhaa.

Oh baru saya ingat ada satu scene yang berjaya mengalirkan air mata saya sobsob. Time Ejim menangisi ayahnya yang meninggal dunia dan pada masa yang sama Amiruddin  pun menangisi isterinya yang juga telah meninggal dunia. Perghhh serius time tu rasa menusuk gilos kesedihan dalam hati. Saya ni kalau melibatkan ahli keluarga yang mati, memang feeling sedih tu natural je datang. Plus, dengan lakonan Ejim & Amiruddin yang menangis bersungguh-sungguh, real dan nampak sangat terseksa apabila kehilangan orang yang paling disayangi..

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
Saya tak boleh nafikan yang saya nampak visual dan imej Ejim ni serupa Ong Bak. Lagi-lagi bila Ejim berlari dan berlawan. Kenal tak Ong Bak? Bukan tom tom bak ye hahaha. Ong Bak -- berlakon watak hero dalam filem Thailand, Ong Bak yang sangat ganas dan cekap berlawan hanya dengan menggunakan anggota badan. Disebabkan saya suka Ong Bak, so saya suka sekali si Ejim ni hahaha.

Rasa macam sekejap je masa berlalu bila cerita dah sampai penghujung. Rasa macam nak panjangkan lagi je duration filem Tombiruo tu hahaha.

Tapi satu je yang saya nak tahu.. adakah pemandangan-pemandangan yang lawa dalam filem ni real atau CGI semata? Benar atau fake sahaja? Sebab kalau the scenery was real, perghhhh memang menakjubkan! Kalau fake, kbaii haha.

Review Filem Tombiruo : Penunggu Rimba | Filem Aksi Thriller No.1 di Malaysia (2017)
tiket wayang Filem Tombiruo : Penunggu Rimba di TGV Cinemas Aeon Seremban 2, Negeri Sembilan
By the way.. at the veryyyyyy end of the film.. ada hint yang menunjukkan lepas ni bakal ada sambungan. Sebab kalau diikutkan novel, memang ada sekuel Tombiruo pun. Ada 3 novel.

Mengikut sumber yang saya dapat dari berita Astro Awani:


Penulis thriller tersohor negara Ramlee Awang Murshid berharap sekual untuk filem Tombiruo : Penunggu Rimba akan dapat diterbitkan tidak lama lagi.


Katanya, beliau percaya semua pihak yang terlibat dalam filem "Tombiruo: Penunggu Rimba” akan memutuskan mengenai sambungan filem berkenaan sekiranya ia mendapat sambutan hangat.



Jelasnya beliau sudahpun membayangkan skrip bagi filem sekuel terbabit yang akan diadaptasi dari novel Tombiruo: Semangat Hutan.

Begitupun, pembikinan filem ini mungkin lebih sukar memandangkan ia akan melibatkan babak pertarungan yang lebih mencabar.

ramlee awang murshid tombiruo
novelis thriller Filem Tombiruo : Penunggu Rimba - Ramlee Awang Murshid
Tudiaaa tudiaaa. Akan ada sambungan! Okayy kalau macam tu, saya kena khatam lah novel yang kedua pula hahahaha. Baru faham jalan cerita.

Okay itu sahaja~ Daaa wassalam :)

Lagu OST Tombiruo: Penunggu Rimba | Ribut Hati oleh penyanyi Aina Abdul (LIRIK VIDEO)


You May Also Like

7 comments

  1. wah bestnya baca review dr KC,tp sha xtgk lg hihi..

    ReplyDelete
  2. kalau mama tgk scene tu, mungkin mama pun nangis jugak.. dah le mama ni kalau tgk citer katun pun boleh nangis.. apapun citer ni mmg best kan

    ReplyDelete
  3. Wah..menarik sungguh novel INI yang telah difilemkan..

    Penulisnya Awang Rambli Mursyid memamg Saya minati..

    ReplyDelete
  4. Tak dinafikan filem tombiruo slah satu filem terbaik Malaysia..filem dri keluarga yusof memang berkualiti..

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p