The Foreigner (2017) Movie Review | "Never Push A Good Man Too Far"

by - October 02, 2017
Tudiaaa The Foreigner, action movie yang sangat dinanti-nantikan oleh soooo many people sudah pun keluar di pawagam pada 30 September 2017 yang lepas! Gabungan dua pelakon utama yang hebat - Jackie Chan & Pierce Brosnan tidak dinafikan menjadi tarikan utama bagi filem The Foreigner ini + trailer yang sangat DA BOM! 

Ada juga yang melabelkan The Foreigner adalah gabungan Taken & James Bond, Taken + John Wick, Jackie Chan vs James Bond. Why James Bond? Because of Pierce Brosnan adalah salah seorang aktor yang pernah memegang watak James Bond pada zaman dulu.


The Foreigner (2017) Movie

The Foreigner (2017) Movie Review
The Foreigner (2017) Movie
--NEVER PUSH A GOOD MAN TOO FAR--

Sinopsis The Foreigner :

Quan is a humble London businessman whose long-buried past erupts in a revenge-fueled vendetta when the only person left for him to love -- his teenage daughter -- dies in a senseless act of politically motivated terrorism. His relentless search to find the terrorists leads to a cat-and-mouse conflict with a British government official whose own past may hold the clues to the identities of the elusive killers.


Jackie Chan - Quan Ngoc Minh
Pierce Brosnan - Liam Hennessy
Simon Kunz - Mathhew Rice
Dermot Krowley - McGrath

The Foreigner (2017) Movie
The Foreigner (2017) Movie
The Foreigner (2017) Movie
The Foreigner (2017) Movie
Reason pertama saya nak tengok cerita ni of course lah sebab Jackie Chan haha. Dalam banyak-banyak aktor Chinese, Jackie Chan lah yang paling saya minat dan kagumi.

Kedua, kalau cerita Jackie Chan, mesti lah hasilnya da best kan? Jackie Chan's film must be really a good film. Penuh dengan aksi yang real. Bukan guna effect komputer semata.

Ketiga, sebab trailer The Foreigner membuatkan saya eager nak pergi tengok. 

And as expected, cerita The Foreigner best gilos! Umi abi pun puji best.
The Foreigner (2017) Movie
tonton wayang cerita The Foreigner (2017) di TGV cinemas, AEON Seremban 2

The Foreigner (2017) Movie Honest Review


Di awal cerita saya dah pun titiskan air mata hahahahaha. Scene di mana Quan menangis sebab anak perempuan dia mati di dalam kedai yang dibom oleh unknown. Perghhh memang meleleh air mataku time tu. Saya bab-bab family ni memang tak boleh tahan. Senang je nak mengalir.

p/s: pelakon anak perempuan Jackie Chan tersebut adalah aktres yang sama membawa watak Cho Chang dalam Harry Potter hehhee.

The Foreigner (2017) Movie
Quan menangisi pemergian anak perempuannya | The Foreigner (2017)
Kan anak perempuan Quan mati gara-gara kedai yang dimasuki kena bom. So, Quan tanya la kat ketua polis, Bromley siapakah suspek-suspek pengebom yang terlibat. Bromley kata polis still siasat siapakah dalang di sebalik peristiwa bom tu. Then, disebabkan polis tak dapat beri jawapan.. Quan pergi jumpa sendiri Timbalan Menteri Pertama, Liam Hennessy yang Quan rasakan boleh tolong beri nama-nama pengebom. Liam ni pernah jadi ahli UDI dulu-dulu (pengebom yang terlibat disyaki dari kumpulan UDI). Tapi still Quan tak dapat jawapan. Bila Quan tanya Liam apakah nama-nama pengebom yang disyaki terlibat, Liam kata dia pun tak tahu.

Start dari situ lah cerita makin panas. Quan tak puas hati dengan jawapan Liam sebab dia yakin Liam tahu siapakah dalangnya. Liam pula macam endah tak endah dengan ugutan Quan. Liam pandang rendah dengan Quan. Yelah kan. Quan -- seorang lelaki tua berumur 60 tahun -- jalan pun lambat-lambat -- lemah. So, Liam rasa Quan ni bukan satu ancaman bagi dia. 

Then, bam! Lelaki 'tua' yang Liam perlekeh-lekeh kan tu bom tandas pejabatnya, bom ladang rumahnya, bom kereta orang suruhan dia. Bukan setakat tu, Quan dapat kalahkan orang-orang kuat dia, dapat selinap masuk dan keluar rumah dia dengan senyap tanpa dapat dikesan. VERY SUPERB!

The Foreigner (2017) Movie
babak dalam hutan antara babak yang paling best dalam The Foreigner!
Lepas satu-satu kena serang dek Quan, baru laaa Liam rasa cuak dan unsecure. Siap suruh isteri dia pergi ke luar negara untuk mendapatkan perlindungan. Tapiiii.. isteri dia tu rupanya....tuttt. Tengok sendiri lah eh kat wayang hahahaa.

Alaa Quan serang-serang Liam tu bukannya nak apa pun, dia just nak names yang terlibat dalam serangan bom tu. Kira macam desak Liam la untuk beri nama-nama tersebut. And finally, Quan dapat juga nama 5 pengebom yang terlibat. Apalagi.. memang kena lah. Quan pergi serang tempat persembunyian pengebom-pengebom tu seorang diri. Haaa part yang Quan masuk ke dalam rumah pengebom tu lah perghhh. GEMPAK gilos!



SPOILER ALERT!

Apakah ending bagi movie The Foreigner ni?

The Foreigner (2017) Movie
babak di penghujung The Foreigner (2017) Movie
-- Kelima-lima pengebom tu mati. 

-- Liam tak mati tapi Quan suruh (a.k.a paksa) Liam hantar cerita skandal dia dengan Maggie tersebar di Internet. 

-- Isteri Liam mati. 

-- Pembelot, McGrath mati kena tembak dengan Liam. Quan pun terselamat walaupun mengikut undang-undang, dia sepatutnya ditangkap kerana membunuh tapi... Bromley arahkan jangan bunuh Quan. Just pantau je pergerakan Quan.

Kira macam happy ending lah. Tapi tak berapa nak happy sangat lah sebab yelaa Quan still bersedih dengan kematian anak perempuan dia.

The Foreigner (2017) Movie
The Foreigner (2017) Movie
Bagi saya, babak paling best dalam The Foreigner of course la bila babak Jackie Chan berlawan dengan orang jahat. Lawan kat dalam hutan, rumah penempatan sementara Quan, dan babak akhir di rumah pengebom. Sangat sangat best dan gempak! Sangat mendebarkan dan thrill! Skill yang ditunjukkan oleh Jackie Chan ketika buat bom dan skill ketika berlawan sangat amazing!

The Foreigner (2017) Movie
bayangkan Jackie Chan letak pisau panas di luka yang dimasuki peluru tanpa sebarang ubat pelali. Sampai Jackie Chan pengsan sebab tak tahan sakit!
Dan yang paling penting, the action scenes are REAL tho. Aksi stunt dilakonkan oleh Jackie Chan, as usual, bukan fake. Memang real. Jackie Chan yang berumur 63 tahun masih melakukan stunt sendiri.. jatuh tangga, turun dengan tiang, kena pisau, jatuh dari bumbung rumah, kena serang dan tembak dalam hutan.. semuanya Jackie Chan lakonkan sendiri tanpa bantuan CGI effect. Real tu sampai bila Jackie Chan rasa sakit, kita rasa sakit sekali hahaha. Betapa hebatnya lakonan dia. Sooo amazing.

The Foreigner (2017) Movie
The Foreigner (2017) Movie's scenes
Memang tak mengecewakan cerita The Foreigner ni. Siapa yang tak tengok lagi, saya sarankan pergi lah tengok kat wayang. Berbaloi. Pelakon semua best-best. Aksi pun best-best. Plot twist pun ada. Saya bagi 4.5/5 stars!

Okay jom layan trailer the foreigner yang super awesome! Daaa~!


THE FOREIGNER TRAILER (2017)





"You have no idea who you're dealing with"


-- "Yes I do, do you?"


You May Also Like

1 comments

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p