Total Pageviews

"5 kepentingan hidup yang dipegang zionis di sini adalah...."

by - January 11, 2018
Berkongsi sedikit kisah dari Fynn Jamal di Palestin (full credit to her).. Jom baca kisah beliau:

5 kepentingan hidup yang dipegang zionis di sini adalah:


1. sempadan
2. keselamatan & ketenteraan
3. ruang udara
4. air
5. elektrik

dengan sukahati tanpa perlu jawapan jelas, dia boleh tolak sesiapa sahaja dari keluar masuk palestine. jemaah kami sendiri merasainya. dua daripada kami tidak diizin masuk. tiada alasan. dia cakap tak boleh. itu sahaja.
.
duduk di hotel sejarak 700m dari aqsa, kami merasa sendiri apa yang dihadapi muslim di sekitar sini. dengan sesukanya mereka padam api dan membukanya semula. sejam sekurang-kurangnya sekali akan blackout. kadang-kadang tiga kali. sekali blackout seminit. kadang-kadang 10 minit. kadang-kadang tak tau berapa lama. sebab aku terus tidur je. malas fikir nak pening kepala.
"5 kepentingan hidup yang dipegang zionis di sini adalah...."
gambar ni—
adalah antara waktu-waktu blackout.
bayangkan la mandi tengah malam balik isya’ tetiba gulitaaaa.
.
memang saja pedengki.
.
apa pun,
kuncinya di sini adalah:
setiap lima di atas diperlakukan sesuka hati.
.
tak usahlah tanya kenapa, justifikasi apa. dia punya suka. itu sahaja.
.
kalau kau rasa tidak adil,
kalau kau rasa tak ada logika;
jawapannya semudah soalan ini:
siapa je yang ada untuk buat apa-apa?
.
semoga الله permudah hidup mereka.

-- 08.01.2018 --

Saya suka nak berkongsi cerita Fynn Jamal di atas ni supaya kita rasa lebih bersyukur dengan hidup kita sekarang. Syukur dengan lima perkara yang dibincangkan di atas. Cuba bayangkan kita berada di dalam keadaan sebegitu. Mampukah kita tanggung? Merungutkah kita? Meraungkah kita? Mungkin.

The point of the story.. ada orang yang hidup lebih teruk dari kita. Marilah bersyukur dengan nikmat yang sedikit supaya kita dapat bersyukur dengan nikmat yang banyak :)


Daaa~ wassalam!

You May Also Like

3 comments

  1. sy suka jugak baca kisah fynn jamal. best !

    ReplyDelete
  2. gee pun follow kak fynn punya insta story..sangat inspirasi kan?huhu..

    ReplyDelete
  3. yaa betul tu, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, ada lagi orang kehidupan lagi teruk dari kita

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p