"Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?" - sayidahnapisahdotcom "Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
LightBlog

"Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Walaupun tak pernah mengandung, jauh lagi nak beranak haha.. tapi saya biasa je dengar isu tentang doktor lelaki menyambut kelahiran bayi di hospital. Isunya adalah boleh atau tidak doktor lelaki menyambut kelahiran bayi para ibu ketika bersalin? Haram kah? Atau dibenarkan sebab dah tak ada pilihan dan dikira darurat?

"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
Ada segelintir orang yang memang sensitif berkaitan perkara ini dan bertegas tak mahu doktor lelaki. "No matter what, nak doktor perempuan jugak!" Tu contoh dialog drama la ye hehe. Ada yang sanggup cari doktor perempuan walaupun tengah sakit-sakit nak bersalin, or tengah waktu kecemasan pun still risau tentang "dosa" yang bakal ditanggung bila doktor lelaki melihat aurat mereka.

Memang bagus pun untuk kita risau hal-hal berkaitan dengan aurat ni. Cuma kena tahu juga hukum yang sebenar so that tak perlu risau yang sia sia. Maka nya.. moh le kita ikuti jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli alBakri.


Soalan: Salam. Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran dan melihat faraj wanita sewaktu bersalin sedangkan di hospital yang sama masih terdapat doktor perempuan? Bagaimana aurat wanita dalam perubatan?


Soalan: Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?


"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
Jawapan: Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.

Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat...
1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai.
3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.

“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin drpd Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127). Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” 

Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih, (no. 3103).

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.

Sumber: twitter @drzul_slbakri 

"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
"Datuk, apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi?"
Moga kita semua lebih jelas selepas ni berkaitan dengan hukum isu doktor lelaki sambut kelahiran ketika bersalin. Okayy daaa~ wassalam! :)

Post a Comment

5 Comments

  1. perkongsian yang bagus.. nice sharing..

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. perkara macam ni memang kena faham betul-betul. inshaAllah akan dipermudahkan setiap urusan kita, aamiin

    ReplyDelete
  3. memang betul tu kalau boleh biarlah doc perempuan yang sambut baby tu ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau takde sangat, doktor lelaki pun boleh :)

      Delete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p