Total Pageviews

For Student #SPM2017 Yang Dapat Result Harini.. this is for you~

by - March 15, 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Today, hari Khamis, 15 Mac 2018, semua student #SPM2017 akan mendapat result yang ditunggu-tunggu oleh mereka saban hari. Mesti berdebar-debar dup dap dup dap kan? hehee. Saya tak ada nak bagi nasihat lebih-lebih pun because bagi saya, apa yang penting adalah how you handle that. Nak kecewa boleh. Nak gembira silakan. Tapi.. Lepas dapat result, what's your plan? Itu yang lebih penting daripada duduk menangis or mengenangkan keputusan SPM yang baru diperoleh. 

Semalam saya ada baca status Fynn Jamal yang bermula dengan ayat "esok result spm keluar. esok komfem feed penuh dgn status-status justifikasi". And I nodded my head tanpa sedar hahaha. Memang betul pun kan. Itu yang biasa kita nampak bila orang nak comfort kan budak #SPM2017 yang baru dapat result teruk or agak teruk. The status is soo awesome & I think I should share with you all.


For Student #SPM2017 Yang Dapat Result Harini.. this is for you~

For Student #SPM2017 Yang Dapat Result Harini.. this is for you~

esok result spm keluar. esok komfem feed penuh dgn status-status justifikasi
.
“abang dulu result jahanam pun kaya”
“akak spm hancus, still generate income sebab akak instacantik”
.
benda-benda berkaitan spm tak menjanjikan kejayaan.
.
jujur aku setuju. spm tak menjanjikan masa depan. tapi untuk bagi false hopes pun tak betul juga, kan?
.
apa yang abang-abang dan kakak-kakak yang result menjunam tu tak cerita adalah betapa STRUGGLE nya mereka.
.
result spm takkan menjamin gaji besar, isteri cantik, suami kacak, rumah banglo dan anak-anak bijak— tapi result spm boleh bukak jalan untuk ke universiti.
.
dan tolong jangan mulakan dengan “abang tak belajar uni pun boleh kaya” dan “akak fail uni pun boleh berjaya”.
.
sebab memang;
belajar universiti tak menjanjikan masa depan juga.
.
tapi hakikatnya belajar universiti membolehkan banyak pintu terbuka.
.
aku seorang realist. satu masa dulu aku seorang guru. dan dari dulu sblm aku jadi seorang ibu pun, aku dah berjanji pada diri aku untuk tak jadi mak abah yang obses dengan result.
.
tapi tak menghalalkan untuk aku memperlekeh keputusan-keputusan peperiksaan.
.
apa kau tanam,
itulah yg kau tuai.
.
taat الله, belajar elok, berkat hidup—
dapatlah result cantik.
.
kalau dah buat semuanya dan result tetap buruk—
alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
kalau mmg tak buat yang sepatutnya—
bertanggungjawablah dengannya. belajar dari kesilapan. fix it. dah. ape ade hal.
.
those abang kakak yang bangga spm melingkup itu pun redeemed themselves dengan usaha double triple quadruple berbanding kawan-kawan kelas mereka yang result bagus, masuk uni bagus, jadi engineer dan dapat gaji bagus.
.
betul. berniaga seumpamanya memang jauh lebih lucrative dari kerja makan gaji. tapi dari segi selesa dan aman hati— orang-orang yang fixed income itu jauh lebih menang.
.
dan hakikatnya;
siapa kata orang pandai cuma duduk belakang meja?
.
berapa ramai graduan uni apabila cebur diri dalam niaga jadi jauh lagi berjaya?
.
this contest between street smart and paper smart will never end. sebab manusia tak perlu kategori dan setiap insan mampu memecahkan stereotype.
.
tapi kita semua individu.
dan hanya kerana satu manusia melakukan sesuatu kerana sesuatu tidak bermakna semua orang perlu jadi yang sama.
.
kita kalau dah melingkup;
jangan buat kelab.
.
itu je.

--by Fynn Jamal.

For Student #SPM2017 Yang Dapat Result Harini.. this is for you~

SPM is not the end my adik adik. Wake up if you stumble and fall. If you success right now, say Alhamdulillah. But the future? We'll never know. Have faith in Him and keep on moving forward bravely. Be afraid not to try. Don't be afraid to fail.

Chaiyok! :)

You May Also Like

3 comments

  1. semoga berjaya kepada adik2 yang dpt result SPM arini..

    ReplyDelete
  2. tp sgalanya bermula dr spm, so kena pastikan buat yg terbaik..gud luck semuaa

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p