HIPOTIROIDISME - Simptom & Kaedah Perubatan Alternatif Untuk Meredakannya - sayidahnapisahdotcom HIPOTIROIDISME - Simptom & Kaedah Perubatan Alternatif Untuk Meredakannya
LightBlog

HIPOTIROIDISME - Simptom & Kaedah Perubatan Alternatif Untuk Meredakannya

HIPOTIROIDISME - Simptom & Kaedah Perubatan Alternatif Untuk Meredakannya | Hipotiroidisme berlaku apabila pembinaan hormon tiroid dalam kalenjar tiroid berkurangan yang berpunca daripada kekurangaktifan kalenjar tiroid. Ia juga dikenali sebagai fungsi kalenjar tiroid lembap (FKTL). Ia lebih mudah dialami kaum wanita dikatakan secara langsung akan memperlahankan metabolisme dan mengubah pelbagai proses biokimia tubuh.


HIPOTIROIDISME - Simptom & Kaedah Perubatan Alternatif Untuk Meredakannya

HIPOTIROIDISME - Simptom & Kaedah Perubatan Alternatif Untuk Meredakannya
HIPOTIROIDISME - Simptom & Kaedah Perubatan Alternatif Untuk Meredakannya | credit image: www.amazine.co
SIMPTOM HIPOTIROID

1. Lesu Ekstrem
--lesu ekstrem dikatakan merupakan simptom nombor satu berpunca daripada tiroid kurang aktif. Jadi jika anda sering berasa letih & kekurangan tenaga walaupun tidur cukup 8 jam setiap hari (ia juga tanda pelbagai masalah kesihatan lain). Tanda tanda tersebut mungkin boleh dikaitkan hipotiroidisme.

2. Murung, resah dan mood turun-naik
-- ketiga-tiga masalah ini merupakan gangguan perasaan yang biasa dialami jika anda mengalami hipotiroidisme. Ia berlaku kerana apabila hormon tiroid terlalu rendah maka ia akan memberi kesan negatif kepada perembisan paras hormon serotonin iaitu hormon gembira dalam otak.

3. Otak Kabur
-- antara tanda-tanda otak anda kabur ialah anda menjadi pelupa & sukar untuk memfokus. Terdapat kemungkinan ia berpunca daripada hipotiroidisme.

4. Gangguan Sistem Pencernaan
-- perembisan hormon tiroid yang rendah dikatakan memperlahan proses pencernaan & boleh menyebabkan sembelit.

5. Berat Badan Bertambah Tanpa Mengubah Kebiasaan Makan & Senaman
-- ini merupakan salah satu tanda hipotiroidisme.

6. Kolestrol Tinggi
-- jika anda mengalami paras kolestrol 'tidak baik', juga dikenali sebagai lipoprotein berketumpatan rendah (low destiny lipoprotein: LDL) - yang tidak berubah sungguhpun anda mengubah diet, bersenam atau mengambil ubatan maka terdapat kemungkinan anda mengalami hipotiroidisme. Jika tidak diredakan, LDL tinggi berpunca daripada kandungan kolestrol teroksida (oxysterols) boleh menyebabkan anda mengalami masalah jantung termasuk serangan jantung.

Sungguhpun anda mengalami beberapa simptom tersebut dan keputusan ujian menunjukkan kalenjar tiroid berfungsi dengan normal namun terdapat kemungkinan anda mengalami kekurangaktifan kalenjar tiroid gred rendah.

Jika anda memgalami sekurang-kurangnya 3 simptom daripada simptom-simptom berikut, terdapat kemungkinan tiroid anda bermasalah & anda dikatakan berpotensi mengalami hipotiroidisme sebenar.

Simptom-simptom yang dimaksudkan ialah bendalir tubuh berlebihan, kerap mengalami infeksi virus, keguguran rambut, mudah melecet, sindrom premenstruasi, telinga berdesing, sensitif kepada suhu sejuk, sejuk kaki & tangan dan insomnia.

Simptom-simptom lain ialah mudah meradang, kulit gatal, sakit sendi, sengal otot, kuku rapuh, pijar kaki & tangan, sukar memfokus, sembelit, tahap keimunan rendah, sakit kepala atau migrain & suara parau.


KAEDAH PEREDAAN HIPOTIROID

Jika doktor telah mengesahkan anda menghidap hipotiroidisme dan anda memilih untuk mengamalkan kaedah perubatan alternatif untuk meredakannya maka anda boleh mengamalkan kaedah yang penulis cadangkan seperti berikut:

1. Elak Produk AntiBakteria
-- agen-agen antibakteria biasanya dicampur dengan losen, sabun mandi, detergen pencuci tangan & syampu. Agen-agen ini termasuk triclosan dikatakan memganggu fungsi kalenjar-kelenjar endokrina termasuk tiroid.

2. Kawal Stress
-- stress kronik dikatakan salah satu pencetus hipotiroidisme. Solat, berdoa & membaca atau mendengar bacaan al-Quran adalah ubat mujarab untuk mengawal stres.

3. Makanan Bebas Gluten
-- produk tepung gandum memang digemari ramai namun ia mengandungi gluten. Gluten dikatakan menyebabkan penyakit autoimiun di mana sistem imun boleh menyerang kelenjar tiroid. Kajian menunjukkan diet bebas gluten dapat memperbaiki fungsi tiroid.

4. Elak Guna Garam Halus atau Ditambah Iodin
-- amalkan penggunaan garam laut kasar atau garam Himalaya kerana ia kaya dengan pelbagai mineral termasuk selenium. Zink dan kuprum yang boleh membantu memelihara fungsi kalenjar tiroid.

5. Makanan Peram
-- biasakan diri makan makanan diperam tinggi kandungan probiotik yang tidak ditambah pengawet seperti cencaluk, budu, pekasam, tempe & tapai. Ini kerana 20% fungsi tiroid memerlukan mikrobiota sihat.

6. Elak Makanan Karbohidrat Proses
-- karbohidrat proses termasuk gula pasir & makanan bergula tinggi memberi kesan negatif kepada fungsi kelenjar tiroid. Ambil makanan bernutrien tinggi seperti bijiran tidak ceruh & buah-buahan & sayur-sayuran termasuk ulam-ulaman. Jika yakin anda kekurangan nutrien, ambil suplemen multivitamin terutama dihasilkan daripada sumber semula jadi.

7. Lemak Sihat
-- elak makanan mengandungi lemak trans. Ambil lelemak sihat seperti minyak sawit, kelapa, zaitun, flax dan mentega susu asli. Guna minyak kelapa dalam kebanyakan makanan. Tingkatkan pengambilan ikan, badam dan buah berangan.

8. Rumpai Laut
-- belajar untuk suka makan wakame, nori & arame kerana selain iodin & polisakarida. Ia kaya pelbagai mineral, antioksidan & vitamin yang membantu memelihara kelenjar tiroid.

9. Vitamin D
-- dapatkan cahaya matahari mencukupi terutama pada setiap pagi dengan berjoging atau berjalan kaki selama sekurang-kurangnya setengah jam.

10. Herba Adaptogen
-- amalan mengambil herba-herba adaptogen seperti ashwagandha, ginseng Siberia, schizandra atau horny goat weed (epimedium grandiflorum) bukan sahaja dapat merehatkan minda dan saraf malah dipercayai dapat membantu menyongsang hipotiroidisme.

Sumber: Akhbar Sinar Harian | ruangan WOW! konsumer | ditulis oleh: Bahrain Samah, MH, MD (AM) - pendidik/ penulis genre perubatan preventif/ alternatif

Post a Comment

7 Comments

  1. Gugel pasal hipotirodisme ni teruih landing kat sini. Sekali tengok nama blog sama lak dengan nama 'anak yang tak sempat lahir' suatu masa dulu hehe.. byt, salam ukhwah & thanks for sharing info. Jemputlah singgah: https://deebpunyecite.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang mendalam, sebelum nie akak tau pasal penyakit nie sikit jea, thanks Sayidah..

    ReplyDelete
  3. Nikmat kesihatan memang besar. Kalau dah sihat cukup nikmat

    ReplyDelete
  4. Good info KC, hehehe, Mai penghidap hypertiroid.

    ReplyDelete
  5. Good sharing, semoga Allah beri kita kesihatan yang baik..aamiin

    ReplyDelete
  6. kalau ikutkan semua tanda ada dah ni

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p