Cirit-birit : Punca, Makanan Perlu Dielak, Makanan Elok Dimakan, Ubat Cirit - sayidahnapisahdotcom Cirit-birit : Punca, Makanan Perlu Dielak, Makanan Elok Dimakan, Ubat Cirit
LightBlog

Cirit-birit : Punca, Makanan Perlu Dielak, Makanan Elok Dimakan, Ubat Cirit

Cirit-birit : Punca, Makanan Perlu Dielak, Makanan Elok Dimakan, Ubat Cirit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Kelmarin demam menyerang. Semalam until now pula kena cirit birit air. Subhanallah ~ dugaannnn. Ni baru larat nak mengarang sekejap ni.

So, bersesuaian dengan keadaan saya sekarang ni, sukacita nya saya untuk berkongsi info tentang cirit cirit haha. Apakah punca, makanan yang bagus dan tak bagus untuk dimakan, ubat yang boleh diambil, perlu ke tak jumpa doktor dan sebagainya.

Cirit ni memang seksa. Perut memulas mulas, tak selera makan, sakit perut teramat sangat (sebab masuk angin), rasa nak muntah (loya tekak), asyik keluar masuk tandas perghhh. Memang melemahkan badan dan lesu tak bermaya. Bagi sesiapa yang sedang mengalaminya sekarang seperti saya, bertabah lah ye. Dan teruskan pembacaan ini hehe.

Cirit-birit? Apa yang anda boleh lakukan di rumah? Bila nak pergi jumpa doktor?

Cirit-birit : Punca, Makanan Perlu Dielak, Makanan Elok Dimakan, Ubat Cirit
Cirit-birit : Punca, Makanan Perlu Dielak, Makanan Elok Dimakan, Ubat Cirit
Sebab-sebab cirit birit:
1. Keracunan makanan
2. Keracunan ubat/dadah
3. Kesan sampingan ubat
4. Jangkitan pada usus
5. Alahan laktosa
6. Nak MC

Makanan yang perlu dielak jika cirit-birit:
1. Terlalu manis
2. Pedas
3. Berempah
4. Susu
5. Alkohol
6. Kopi
7. Makanan dengan serat tak larut, cth: barli, kekacang, dsb. 

Makanan ini boleh menyebabkan cirit-birit semakin parah, namun setiap orang lain sedikit reaksinya.

Makanan elok dimakan jika cirit-birit:
1. Bubur nasi
2. Pisang
3. Biskut kering
4. Roti bakar
5. Air kelapa
6. Sup ayam (tak pedas/berempah)
7. *Yogurt

Makanan ini sesuai bila baru mula kena cirit-birit.
*Bagi sesetengah orang, yogurt boleh sebabkan cirit-birit makin teruk.

Ubat cirit-birit yang boleh beli di farmasi:
1. Antispasm: buscopan
2. Activated carbon (arang)
3. Anti-diarrhea: lomotil/loperamide
4. Bulking agent: pectin
5. mucosa protector: smecta
6. Anti-muntah: metoclopromide

Jika tak tahu nak pilih, tanya jurufarmasi atau pergi klinik.

Jika cirit-birit, bila kena jumpa doktor?
1. Najis berdarah
2. Najis berlendir
3. Najis hitam legam
4. Lesu teruk
5. Cirit-birit lebih 2 hari
6. Demam tinggi
7. Sakit perut kuat
8. Berulang-ulang

Kenapa perlu jumpa doktor?
Bimbang kalian kena:
1. Appendicitis
2. Rotavirus/Salmonella 
3. Kanser
4. Irritable bowel
5. Macam-macamlah lagi. Biar doktor yang kenal pasti.

credit info: Dr. Kamarul Ariffin #MedTweetMY

Cirit-birit : Punca, Makanan Perlu Dielak, Makanan Elok Dimakan, Ubat Cirit

Q &A bersama Dr.Kamarul

Q: 100 plus?
A: 100+? Air bikarbonat dan tinggi gula tak digalakkan minum semasa cirit-birit. Lebih baik ambil ORS sahaja.
Q: Betul ke 100+ boleh tambah tenaga?
A: Ia minuman isotonik yang ada gula. Gula = sumber tenaga.

Q: Doc kalau najis berlendir tu kenapa ya?
A: Jangkitan kuman, buasir, cancer, dsb. Kena check.

Q: How about this one? Boleh consume ke ?
Cirit-birit : Punca, Makanan Perlu Dielak, Makanan Elok Dimakan, Ubat Cirit
Pil "Chi-Kit' Teck Aun
A: Entah. Saya tak tahu mechanisms of action dia.

Q: Doc, betul ke cirit birit berlaku lepas 8 jam makan makanan yang tercemar?
A: Tidak semestinya. Boleh lebih cepat daripada itu.
Q: IC. .patut la ada sekali tu lepas saya makan sate ikan, lebih kurang setengah jam terus perut memulas. 2-3 kali gak la memerut

Q: Doc kalau cirit birit once a week every month tu cmna ya?
A: Pergilah jumpa doktor untuk check.

Jika mengikut pengalaman saya pula, antara yang membantu saya melegakan perut dan loya tekak adalah Vitagen & 100 PLUS. Sebenarnya kena banyak minum air kosong sebab banyak tenaga dan cecair keluar dari badan, tapi bila saya minum air kosong rasa mual. Thats why saya ganti dengan air 100Plus.


Semoga bermanfaat. Daa~ wassalam! :)

Post a Comment

2 Comments

  1. Mama ucapkan selamat hari jumaat kepada sis sayidah. Jumaat yang indah

    ReplyDelete
  2. yuppp betul lepas CB elok minum banyak air kosong untuk ganti air yang hilang. Selalunya kena CB bila badan panas sangat

    ReplyDelete

Silakan comment. Jangan malu, jangan segan yew :p